Rabu, 2 Jun 2010

Sejarah Bangsa Yahudi (bab 2)

Bani Israel di Mesir

Para sejarawan berpendapat ketika nabi Yaakub dan semua keluarganya hijrah ke Mesir, Mesir saat itu di bawah pemerintahan dinasti Hyksos pada abad kesembilan belas sebelum Masehi (1878-1580).

Hyksos adalah bangsa pengembala asal Asia yang hijrah ke Mesir. Bangsa ini berjaya memanfaatkan kelemahan penguasa Mesir pada masa itu dan membentuk empat dinasti penguasa Mesir yang seterusnya.

Semasa dinasti Hyksos, Bani Israel hidup dalam keadaan aman dan makmur. Tetapi ketika, Ahmes berjaya mengalahkan dinasti Hyksos dan mengusir mereka. Maka Mesir kembali di bawah pemerintahan bangsa asli Mesir.

Dinasti penguasa Mesir baru ini melihat bahawa Bani Israel lebih berpihak ke Hyksos daripada mereka, maka dinasti ini pun mulai merasa resah terhadap Bani Israel di Mesir.

Pada masa Ramses II, Bani Israel mengalami masa-masa yang paling sulit dalam kehidupan mereka. Hal ini disebabkan pada masa pemerintahan yang lalu, orang-orang Mesir mendapatkan perlakuan yang berbeza dalam masa dinasti Hyksos dan juga semakin banyaknya populasi mereka hingga menjadi begitu dominan dalam masyarakat.Bani Israel dijadikan budak yang hina dengan hak-hak kehidupan yang begitu jauh dari orang-orang Mesir.

Dalam keadaan tertekan inilah, muncullah pemuda terbaik dari Bani Israel yang kemudian dijadikan oleh Allah menjadi nabi sekaligus sebagai pembebas Bani Israel dari kehinaan, iaitu Nabi Musa.


Bagaimana nasib Bani Israel selanjutnya? bersambung dalam bab 3

Isnin, 31 Mei 2010

Sejarah Bangsa Yahudi (Bab 1)

Imbasan
Sejarah ini dimulai dari sebuah kisah Nabi yang menjadi pengikat tiga agama besar di dunia ketika ini iaitu Nabi Ibrahim,Kerana menceritakan mengenai sejarah bangsa ini terasa kurang bila tidak menceritakan terlebih dahulu mengenai Nabi mulia ini.

Kebanyakan sejarawan sepakat bahawa Nabi Ibrahim lahir di kota Ur , Kaldan di bahagian selatan Iraq. Ada sebahagian lagi mengatakan baginda lahir di kota Kutsa, selatan Iraq. Sebagai tempat kelahiran baginda, kota ini juga masih menyimpan bekas-bekas runtuhan dewa-dewa yang baginda hancurkan. Runtuhan ini masih dapat dilihat hingga sekarang dan diberi nama Tel Ibrahim.

Ketika itulah yang memegang kekuasaan adalah raja Namrud bin Kana’an bin Kusyi.
Setelah baginda selamat dari menjadi korban api besar yang dijadikan sebagai“penebusan dosa” untuk para dewa, baginda pun hijrah. Hal ini disebabkan selama ini kaumnya tidak pernah menghiraukan dakwah beliau.

Penghijrahan baginda merupakan kebiasaan para nabi. Pada masa selanjutnya, Nabi Yaakub, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad semuanya pernah berhijrah.
Baginda hijrah ke tanah Syam dan tinggal di Haran, sebelah utara Syam. Tetapi di sini para penduduknya juga tidak menghiraukan dakwah baginda. Bagindapun berhijrah ke tanah Kana’an (Palestin). Di tanah Kan’aan ini baginda menyebarkan tauhid bahawa hanya Allah yang patut disembah.

Ketika tanah Kana’an mengalami musim kemarau. Baginda pun bersama isteri, Sarah menuju Mesir. Ketika itu Mesir sudahpun maju dan makmur di bawah kekuasaan raja (Fir’aun) Sanusart II dan Sanusart III. Wilayah kekuasaan Fir’aun pada saat itu membentang hingga Syam. Ketika berada di Mesir inilah Baginda mendapatkan isteri keduanya yang bernama Hajar, inilah sejarahnya bermula dari kedua rahim isteri nabi Ibrahim inilah dunia ini menjadi sebuah wacana pertempuran tiga ideologi besar, Yahudi Nasrani dan Islam.

Seterusnya, Nabi Ibrahim kembali lagi ke Kan’an (Palestin) dan singgah di Hebron. Di tanah Kana’an ini baginda sempat mengunjungi beberapa tempat seperti Beersheba, Al Quds, el Khali dan tempat lainnya.

Dari isteri kedua baginda, Hajar mendapatkan keturunan Ismail dan dari isteri pertama iaitu Sarah mendapatkan keturunan Ishak, yang kedua-duanya kelak menjadi seorang nabi. Kemudian Nabi Ishak mendapatkan putera bernama Yaakub yang mempunyai nama panggilan Israel.

Nabi Yaakub dilahirkan di Palestin, kira-kira pada tahun 1750 sebelum Masehi. Menurut riwayat beliau hijrah ke tanah Haran. Di tanah baru ini beliau menikah dan dikurnia dua belas putera: Simeon (Samson), Reuben, Levy, Judah, Issachar, Zebulun, Dan, Naphtali, Gad dan Asher. Sedangkan putera terakhir beliau Benyamin, dilahirkan di tanah Kana’an (Palestin), setelah Nabi Yaakub kembali bersama anak-anaknya ke Sa’ir, dekat el Khalil (Hebron).

Yaakub dan keluarganya hijrah pula ke Mesir seperti kejadian yang dialami oleh Nabi Ibrahim. Di Mesir inilah Al Qur’an mengisahkan bagaimana kehidupan Nabi Yusuf dalam surah Yusuf.

Di atas kebaikan Nabi Yusuf inilah anak-anak nabi Yaakub dan semua keturunannya hidup dengan tenang. Inilah babak awal Bani Israel. Sejarah Bani Israel pun bermula dari Mesir. Dan Sejarah besar mula tercatat di tanah ini hingga ke Palestin.

Rakyat M'sia antara diserang kapal perang Israel

Rakyat Malaysia yang menaiki sebuah daripada enam flotila bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza diserang kapal perang Israel mengakibatkan 16 orang terbunuh manakala puluhan lagi cedera.Menurut The Star, rakyat Malaysia itu adalah krew televisyen dari Astro yang menaiki kapal dari Turki.

Sementara itu menurut AFP yang memetik laporan televisyen yang dimiliki Hamas, anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang didakwa dipenuhi aktivis pro-Palestin yang berjuang untuk Gaza.

Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.

Rangkaian televisyen berkenaan berkata, dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera.

Tentera Israel enggan mengulas laporan itu dan penganjur konvoi bantuan berkata, mereka terputus hubungan dengan bot berkenaan.

Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.

Kredit to http://www.malaysiakini.com

Unit Amal yang digeruni !


Kisah hebatnya Unit Amal telah mendorong beberapa pemuda dari Dewan Penyokong PAS menganggotainya secara sukarela. Jika di Bukit Gantang, mungkin ada sebahagian menyedari wajah seorang petugas yang hanya mahu dikenali dengan nama Tanga. Beliau beragama Hindu, tetapi sangat mengagumi dan menghargai pengorbanan Unit Amal.

Lalu secara sukarela beliau menyarungkan seragam merah membantu rakan lain ketika berlangsung acara besar parti di sana. Kebetulan baru-baru ini, penulis berkesempatan bertemu dengan beliau, hatinya telah pasrah dan ikhlas untuk bersama Unit Amal. Beliau merupakan penyokong PAS yang tegar. Dicermin depan kereta kecilnya terlekat logo PAS dan TGNA. Itulah kenderaan yang sering ditahan oleh anggota keselamatan universiti setiap kali beliau keluar dan masuk ke fakulti. Tidak sedikit pun berbekas untuk takut atau malu memberi tahu bahawa beliau pencinta PAS dan Pakatan Rakyat.


Dunia mahasiswanya telah berakhir mei lalu. Tesis kajian telah selamat dihantar ke Fakulti. Masa yg luas terbentang ini memberikan beliau kebebasan untuk bersama Unit Amal. Tahniah Tanga. Penulis kagum sama kamu ! Sekagum penulis apabila kamu menjadikan penulis sebagai sebahagian sumber tesis kamu. Tanpa dipinta, sebuah buku yang mengandungi kajian lengkap beliau diberikan kepada penulis sebagai penghargaan.

Tesis kamu mengingatkan pengalaman penulis menyiapkan beberapa kajian ketika di universiti dulu. Cerita lama. Tetapi apa yang mahu digarap pada pagi ini lebih mengarah kepada Unit Amal, yang menjadi cerita yang hebat kamu kepada semua orang. Penulis juga mengkagumi Unit ini. Siapa yang tidak kenal akan Unit Amal.

Mengimbau semula kisah lalu, penulis nukilkan semula tulisan dari sahabat penulis, cenangau di blog beliau tentang pahit getir Unit Amal di bahagian banner di atas. Ada sesuatu yg tersirat akan kata-katanya.

Juga tidak tertulis rasanya di atas kertas jika pengorbanan mereka dinilai, tidak ada bingkisan atau kata-kata yang indah untuk menggambarkan pengorbanan mereka, hanya doa dan harapan dipanjatkan agar pengorbanan mereka mendapat penilaian terbaik di sisi Allah. Kehebatan yang dimiliki oleh anggota unit amal mungkin tidak dapat diakukan oleh kita.

Kita mungkin memandang dengan simpati atau dengan sebelah mata di dalam menilai kerja. Tidak ramai yang sanggup menjadi anggota unit amal. Bahkan ada di kalangan kita malah peringkat pimpinan yang mengeluarkan kata-kata yang tidak sedap didengar yang mana kadang kala mengguris hati mereka yang berkorban dan berjuang. Saya mendengar banyak cerita, rungutan dan pandangan ahli terhadap mereka. Tidak kurang juga cerita sedih, suka dan duka mereka melaksanakan amanah ini.

Penulis sentiasa menyokong penuh Unit Amal dalam apa jua program. Jika di Parit Buntar, bulan lalu kejayaan Unit Amal melengkapkan kejayaan program mereka mencari dana terserlah dengan baik. Pertandingan memancing di Ban Pecah, Tg. Piandang. Itu satu perkara. Mereka terpaksa mencari dana sendiri.

Kita tidak memandang sebelah mata apa yang mereka lakukan kerana kita mungkin tidak dapat menggalasnya dan meakukannya. Kita lebih seronok melakukan sesuatu yang tidak menyusahkan, tidak membebankan atau dipandang elit dan penuh protokol.

Beberapa kisah dari episod pengorbanan mereka amat menyentuh jiwa saya bila mana bertugas, Unit Amal menjadi benteng hadapan dalam setiap majlis dan himpunan besar PAS. Dari menjadi mengawal trafik dan lalu lintas, kawat hormat, mengawal pimpinan sehinggalah berhadapan dengan polis dan pihak berkuasa.

Mereka digeruni musuh hasil dari keikhlasan kerja mereka. Penulis begitu tersentuh dan teruja hati melihat Unit Amal yang bertugas yang kadang kala berbelanja dengan kewangan sendiri. Sesekali duit minyak tidak mencukupi mereka terpaksa membawa tong pungutan derma bagi menampung kos. Kadang-kadang berlaku situasi yang mana ada pihak tertentu menjanjikan bayaran untuk memastikan kelancaran program tetapi memungkiri janji setelah selesai kerja bahkan ada pihak yang menganggap Unit Amal suka meminta-minta.

Kata-kata hanya ada Allah dan Rasul yang keluar dari petugas unit Amal bukanlak retorik atau sengaja diadakan. Keluar bertugas dengan tidak ada wang atau peruntukan yang jelas amatlah dikagumi, meninggalkan bekalan untuk keluarga dengan kadar yang amat minima serta pengorbanan keluarga yang memberi sokongan adalah penyuntik semangat untuk bertugas.

Insyaallah ketulusan serta keikhlasan yang lahir dari nurani mereka akan menjadi contoh yang baik untuk semua pejuang dan menguatkan lagi pengaruh PAS.

(*) Terima kasih kepada Unit Amal, kerana pasukan anda pernah melindungi kami, bloggers Pakatan Rakyat yang diundang bahaya dan ancaman ketika di Bagan Pinang dan ketika Rampasan Kuasa di negeri Perak satu waktu dahulu. Tabik hormat untuk Unit Amal.

kredit to http://politikbanjar.blogspot.com/2010/05/unit-amal-yang-digeruni.html

Ahad, 30 Mei 2010

Majlis Kenduri Kahwin yang mendapat berkat.

Sempena cuti sekolah ini, satu kemestian undangan yang kita terima dan tidak akan terlepas ialah undangan kenduri kahwin, mungkin mengambil kesempatan daripada cuti sekolah bagi memeriahkan lagi majlis ini. Bukan soal cuti sekolah atau undangan kenduri kahwin yang akan dibicarakan tetapi majlis kenduri kahwin itu sendiri.

Pada pemerhatian, terdapat juga majlis kenduri kahwin atau walimatul urus yang diadakan tidak merujuk kepada ajaran Islam yang berpaksikan dengan ilmu Tauhid dan Fiqah. Sudah tentu masih ada majlis yang merujuk dan mengambil berat mengenainya, mereka ini tidak perlu dibimbangkan kerana telah berada di atas landasan yang betul.

Di dalam Tauhid dan Fiqah dianjurkan supaya di dalam sesuatu majlis yang diadakan hendak sifar aktiviti yang melanggar syariat Allah. Di antara program dan aturcara majlis perkahwinan pada asasnya ialah:
- Meminang.
- Bertunang.
- Akad Nikah.
- Kenduri.
semua perkara tersebut masih diamalkan dengan baik tanpa meninggalkan atau mengabaikannya.Tetapi terdapat juga perlanggaran dan pencemaran hukum ketika perlaksanaan aturcaranya.

- Majlis Pertunangan.
Majlis ini biasanya dicemari dengan pembaziran atau mempamerkan diri, ketokohan atau status keluarga.

- Majlis Akad Nikah.
Majlis Akad Nikah yang diadakan di masjid biasanya berlaku pengabaian terhadap galakan menghormati masjid, terdapat di kalangan tetamu yang hadir tidak bersolat menghormati masjid ( Tahiyatul masjid ) termasuk pengantin perempuan kerana terhalang dengan pakaian khas dan perhiasan yang sedang dipakai.Lagipun, Mak Andam yang digunakan khidmatnya bukanlah terdiri dari mereka yang peka sangat dengan hal-hal seperti itu.

- Majlis Kenduri Kahwin.
Nabi Muhammad.s.a.w. sangat mengambil berat tentang perkara ini kerana kenduri itu suatu cara mengisytiharkan kepada masyarakat tentang pernikahan kedua-dua mempelai tersebut. Nabi menyarankan agar kenduri kahwin dibuat walaupun sekadar menyembelih seekor kambing untuk dijamukan kepada tetamu, tetapi apa yang berlaku kini aturcara kenduri kahwin telah banyak tersasar dengan perbagai acara selingan yang mampu menghalau keberkatan kepada pasangan pengantin, sebaliknya mengundang iblis dan syaitan untuk memporak-perandakan ikatan perkahwinan pada masa akan datang.

- Aturcara yang lazim terdapat di majlis kenduri kahwin pada masa kini, mungkin di antaranya dapat disenaraikan seperti berikut:

- Malam himpunan ahli keluarga - dan berinai pengantin (jika pengantin perempuan).
- majlis Khatam al.Quran/bertahlil / Marhaban.
- Jamuan.
- ( Biasanya majlis ini diadakan pada waktu malam ).
- Jamuan kenduri - mulai jam 12.00 t.hari.
- Mungkin diiringi dengan....
. Persandingan.
. Pertunjukan silat.
. Nyanyian(Karaoke) dan tarian.( lelaki dan perempuan bergandingan ).

Aturcara tersebut adalah yang tersurat dan nyata kepada semua yang hadir, mungkin di sana terdapat juga upacara tertentu yang berkaitan dengan amalan tradisi keluarga yang dilarang oleh syariat Islam dan diamalkan di balik tabir.

Adakah terdapat di sana acara yang seolah-olah menyindir Allah Taala, kalau ada mungkinkah doa beramai-ramai yang telah diminta itu mempunyai peluang untuk dimakbulkan Allah.

Sebenarnya majlis kenduri kahwin seperti di atas perlu disemak semula dan difikirkan semula serta membuat suatu tapisan untuk mengabaikan aturcara yang tidak sesuai dengan majlis perkahwin yang mengharapkan keberkatan, kemudian buatlah anjakan ke arah suatu pakej yang baru dan diberkati Allah.Sekiranya kita usahakan insya Allah kita akan memperolehi dan dapat mewujudkan Majlis Kenduri Kahwin yang mendapat berkat.

Selasa, 25 Mei 2010

Amar Ma’ruf Nahi Munkar

Islam bukanlah agama individual yang hanya mementingkan diri sendiri. Namun juga merupakan agama sosial di mana setiap anggota masyarakat harus melakukan kewajiban Amar Ma’ruf Nahi Munkar terhadap sesama. Menyuruh mengerjakan kebaikan dan Mencegah perbuatan mungkar.

“Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran.” [Al ‘Ashr 2-3]

Dari surah Al ‘Ashr di atas jelas. Selain beriman dan mengerjakan perbuatan baik, kita juga harus nasihat-menasihati dengan kebenaran dan kesabaran. Ertinya kita tidak boleh diam saja melihat kemungkaran, namun dengan sabar terus menasihati agar orang-orang lain juga ikut berbuat baik dan benar dan menghentikan perbuatan mungkar.

“Orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi niscaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.” [Al Hajj 41]

Luqman Al Hakim juga menyuruh anaknya untuk menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah perbuatan mungkar dan bersabar terhadap risiko yang mungkin dihadapi kerana bersikap sebegitu.

Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah mereka dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).” [Luqman 17]

Jika kita tidak mahu melaksanakan amar ma’ruf nahi munkar, maka Allah akan menyeksa kita dengan pemimpin yang zalim dan menindas kita dan tidak mengabulkan segala doa kita.

Hendaklah kamu beramar ma’ruf (menyuruh berbuat baik) dan bernahi mungkar (melarang berbuat jahat). Kalau tidak, maka Allah akan menguasakan atasmu orang-orang yang paling jahat di antara kamu, kemudian orang-orang yang baik-baik di antara kamu berdo’a dan tidak dikabulkan (do’a mereka). (HR. Abu Zar)

Kita wajib melakukan amar ma’ruf dan nahi mungkar serta saling nasihat-menasihati. Tidak ada yang maksum selain Nabi. Oleh itu, manusia biasa, ustaz, ulama, atau murobbi dan sebagainya, jika keliru, kita wajib menegurnya. Jika tidak, maka nasib kita seperti para Rabi Yahudi dan Rahib Nasrani yang dilaknat Allah. Jika kemaksiatan dan kemungkaran bermaharajalela, maka Allah menurunkan seksa yang tidak hanya menimpa orang yang zalim saja.

“Dan peliharalah dirimu dari pada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu. Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya.” [Al Anfaal 25]

Bahkan dalam ibadat solat pun, kita telah memilih Imam (pemimpin) yang paling alim dan paling soleh, tetap saja kita berkewajiban mengingatkan Imam jika mereka salah atau lupa dalam solat. Apalagi jika manusia itu di bawah taraf Nabi seperti wali, ulama, murobi, dan sebagainya. Perkara ini Nabi sendiri yang memerintahkan.

Bahkan Nabi menyatakan bahwa jihad paling utama adalah menyampaikan kebenaran di depan penguasa yang zalim dan kejam meski dia menanggung risiko hukuman yang amat berat.

Jihad paling afdhal ialah menyampaikan perkataan yang adil di hadapan penguasa yang zalim dan kejam. (HR. Aththusi dan Ashhabussunan)

Nabi menyatakan jika kita melihat kemungkaran, hendaknya kita merubah dengan tangan kita. Jika tidak mampu dengan lisan (ucapan) atau pun tulisan kita. Jika tidak mampu juga dengan hati (diam dan membenci dalam hati). Namun itu adalah selemah-lemahnya iman. Dengan hati ini ertinya membenci dalam hati. Jika mampu dia akan merubahnya dengan lisan atau pun tangan.

“Barangsiapa melihat suatu kemungkaran hendaklah ia merubah dengan tangannya. Apabila tidak mampu, hendaklah dengan lidahnya (ucapan), dan apabila tidak mampu juga hendaklah dengan hatinya dan itulah keimanan yang paling lemah. (HR. Muslim)

Ahad, 23 Mei 2010

Bangsa

Bangsa
Surah Al-Hujuraat ayat 13





Tafsir:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih baik keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Janganlah kita bermegah-megah dengan bangsa dan keturunan kerana tiada satu pun yang berguna melainkan amal dan takwa di sisi Allah..
Read More..