Jumaat, 30 Julai 2010

Gugurnya 'Singa Allah'


Hamzah Asadullah-Inteam
KESEDIHAN PARA MUKMININ,
MASIH TERPANCAR DI PEDANG MUSYRIKIN,
SEDANG DARAH PARA SYUHADAK,
MASIH MERAH DI LANTAI SIRAH.

KETAMAKAN KEPADA HARTA,
MUNGKIN ITU JADI PUNCANYA,
MAKA ALLAH MENJADI MURKA,
SEHINGGA NABI PUN TURUT TERLUKA.
DALAM RAMAI UMAT YANG GUGUR,
SATU JASAD TUBUHNYA HANCUR,
KEPILUAN MERATAPAN,
MENANGISI SUATU KEHILANGAN.
DAN SETELAH DIKENALPASTI,
DIA HAMZAH PERISAI NABI,
JIWA RAGA DIKORBANKAN,
AGAR ISLAM TETAP TERSELAMAT.
DISEBALIK KETEWASANMU,
ADA SYURGA SEDANG MENUNGGU,
TIAP PERINTAH MENGANDUNG HIKMAH,
KEINGKARAN KAN MENGUNDANG PADAH.
HUA SAIDUNA HAMZAH ASADULLAH,
DIKAULAH PERISAI RASULULLAH,
BERJUANG BERKORBAN DEMI ALLAH.

SUDAHKAH PUAS HATIMU HENDON,
DAPAT MELAPAH HATI DAN JANTUNG,
TERBALASKAH DENDAM KESUMAT,
YANG SEKIAN LAMA TELAH TERSEMAT.
LAILAHAILLAH... LAILAHAILLAH...
LAILAHAILLAH... LAILAHAILLAH...


TERCETUSLAH perang Uhud. 'Singa Allah' itu tampil ke muka. Musuh pertama yang tumbang akibat pedang Hamzah ialah Artan bin Abdu Syurahbil, kemudian pembawa bendera Quraisy, Usman bin Abu Talhah, setelah itu Sibak bin Abdul Uzza dan berpuluh-puluh perajurit Quraisy bergelimpangan.

Setelah ramai tentera Qurasiy gugur, tibalah saat Hamzah menemui panggilan Allah.

Wahsyi menceritakannya:

"Kulihat Saidina Hamzah laksana singa garang. Kepala yang tercerai dari badan akibat pedangnya tidak terkira banyaknya. Ketika Sibak mengajaknya bermain pedang, Saidina Hamzah menjawab dengan pukulan yang mengakhiri ajal Sibak.

"Tidak jauh daripadanya aku bersembunyi di balik batu. Hamzah tidak melihatku. Kutujukan lembing ke arah Saidina Hamzah. Setelah aku pastikan sasarannya, aku segera melemparkan lembingku. Kulihat Hamzah rebah. Kubiarkan hingga dia mati.

"Setelah itu baru kudatangi dan kucabut lembing yang masih terbenam di tubuhnya. Aku lalu menghilang di tengah-tengah peperangan yang sedang bersemarak. Tujuanku hanya untuk membunuhnya. Tidak lebih dari itu."

Wahsyi menambah:

"Hindun membedah tubuh Hamzah sebaik-baik mengetahui 'Singa Allah' itu gugur. Diambil limpanya untuk dimakan. Tetapi kerana tidak sanggup menelannya, Hindun meluahkannya semula."

Hindun naik ke batu besar lalu berteriak lantang:

Dendam di Badar berbalas kini

Perang berkobar membakar segala

Hatiku pedih tidak terperi

Utbahku dahulu telah sirna. Nazarku kini sampailah sudah

Wahsyi pengubat luka dadaku

Baktimu Wahsyi kukenang sentiasa

Hingga tulangku berkecai dalam pusara.

Ketika diceritakan kepada Nabi Muhammad saw perihal perbuatan Hindun, Nabi bersabda:

"Adakah wanita durjana itu memakannya?"

"Tidak!" jawab mereka.

"Allah tidak memasukkan sedikit pun bahagian tubuh Saidina Hamzah ke dalam neraka," Nabi saw menambah.

Jenazah Hamzah telah disembahyangkan sebanyak 70 kali oleh orang ramai, kemudian barulah dikebumikan sekuburan dengan saudaranya, Abdullah bin Jahasy.

Rasulullah kemudian menyatakan, Malaikat Jibril telah mendatangi baginda dan memberitahu:

"Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib telah tertulis namanya sebagai warga langit yang tujuh."

Pada hari itu turunlah wahyu Allah bermaksud:

"Andai kamu menyeksa, seksalah sepadan dengan penyeksaan yang dilakukan kepadanya. Tetapi kalau kamu sabar, maka kebahagiaanlah bagi orang-orang yang sabar."

Wahyu Allah ini diturunkan sebagai meredakan hati Nabi saw. Segala perbuatan kaum Quraisy terhadap bapa saudaranya Hamzah, kemudian Nabi saw maafkan di samping melarang segala bentuk penganiayaan.

Baginda pulang bersama tentera Islam yang lain. Sebaik-baik saja baginda masuk ke rumahnya di Madinah, baginda terdengar suara ratapan beberapa orang wanita terhadap para pejuang mereka yang telah gugur.

"Gerangan apakah ini?" tanya baginda.

"Wanita-wanita Ansar meratapi para pahlawan mereka yang gugur, wahai Rasulullah!" sahut seorang sahabat.

"'Kasihan, Saidina Hamzah tiada wanita yang meratapinya," sabda Nabi saw lagi sambil berdoa untuk kebahagiaan Saidina Hamzah.

Ketika hari pembukaan (futuh) Mekah, Rasulullah SAW telah mengutus seseorang kepada Wahsyi untuk menyerunya kepada Islam. Akhirnya Wahsyi memeluk Islam, lalu dibawa ke hadapan Rasulullah SAW.

Rasulullah bertanya, "Kamukah yang bernama Wahsyi?"
"Ya," jawab Wahsyi.
"Kamukah yang telah membunuh bapa saudaraku Hamzah?" tanya Rasulullah.
"Benar," jawab Wahsyi. "

"Ceritakan kepadaku bagaimana kamu melakukan pembunuhan itu ," pinta Rasulullah.

Wahsyi pun menceritakan satu persatu apa yang telah dilakukan kepada bapa saudara Nabi itu, bagaimana tubuh bapa saudara baginda dilapah dengan kejam oleh Hindun dan dimakan hati dan jantungnya.Selesai sahaja bercerita, Rasulullah SAW yang dalam keadaan teramat sedih berkata kepadanya: "Pergilah kamu dari sini. Jangan engkau muncul lagi di hadapan mataku."

Hancur luluh hati Wahsyi mendengar kata-kata yang keluar dari mulut baginda. Namun dia akur dan insaf bahawa perbuatannya dahulu telah menyakiti hati kekasih Allah iaitu Rasulullah SAW. Walaupun dosanya telah diampunkan lantaran memeluk Islam, tetapi atas kasih sayang Rasulullah, dia dilarang menampilkan diri di hadapan baginda, takut-takut perasaan Rasulullah tercacat apabila terpandang wajahnya. Mencacatkan hati kekasih Allah sangat besar akibatnya dan tidak akan selamat di dunia lebih-lebih lagi di Akhirat.

Lalu Wahsyi yang sedar akan kedudukannya, redha menerima ketentuan itu. Dia memperbaiki dirinya dan meningkatkan ketaqwaannya kepada Tuhan. Sewaktu-waktu menghadiri majlis baginda, Wahsyi mengintai-ngintai dari jauh untuk melihat wajah Rasulullah SAW. Semakin hari hatinya semakin cinta dengan Nabi SAW. Dan semakin hari hatinya juga semakin rasa berdosa terhadap baginda atas perbuatannya dahulu. Lalu timbul azam di hatinya untuk menebus kembali dosa-dosanya itu dengan melakukan sesuatu yang akan menggembirakan baginda.

Wahsyi bertekad dan berazam tidak akan pulang lagi ke Kota Mekah demi untuk merebut cinta kekasih Allah iaitu Muhammad SAW. Beliau benar-benar ingin menebus kesalahannya dengan menyebarkan Islam. Keazaman Wahsyi itu telah dibuktikannya dengan menjelajah ke seluruh pelosok dunia untuk berdakwah mengajak seramai mungkin manusia kepada Islam, hingga akhirnya beliau mati di luar Jazirah Arab.

Download
Mp3
Ringtone

Selasa, 27 Julai 2010

Maher Zain

Istimewanya Maher Zain



Lupakan sejenak tentang drama atau kumpulan dari korea yang pernah aku tulis sebelum ni. Actually aku tertarik dengan penyanyi yang bernama Maher Zain. Siapa Maher Zain, tak kenal pun? Memang rugi beb tak kenal dia ni. Ok ni serba ringkas tentang si Maher Zain.

Sumber inspirasi pertama Maher dalam muzik datangnya dari bapanya sendiri iaitu penyanyi tempatan di bandar Mediterranean, Tripoli – Lubnan. Keluarganya berpindah ke Sweeden ketika dia berumur 8 tahun dan meneruskan persekolahannya dan kemudian masuk universiti sehingga dia mendapat sarjana dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. Disebabkan banyak perkara yang berubah di sekitarnya, satu perkara yang tetap sama ialah hasratnya yang kuat untuk muzik. Dia menghabiskan masa akhir di sekolah dengan teman-temannya di mana mereka akan bernyanyi, rap, menulis dan bereksperimentasi dalam segala hal berkaitan dengan muzik. Ketika itu dia mula menyedari yang muzik menjadi sebahagian dari dia.

Setelah terlibat sekian lama dalam bidang muzik di Sweden sebagai penerbit muzik, Maher diperkenalkan oleh RedOne seorang penerbit muzik yang berbakat dan meningkat naik dalam bidang muzik di Sweden. Maher mula bekerja dengan RedOne sebagai artis dari Sweden dan kemudian pindah dengan dia ke New York. Selama beberapa tahun ia berada di tengah-tengah kesibukan kota NY, mereka bekerjasama dengan artis seperti Kat Deluna di album debutnya yang termasuk lagu yang mendapat hits seperti ‘Whine Up’ dan ‘Run the Show’.

Walaupun Maher mengecapi kemasyhuran dan banyak orang menggambarkan sebagai pekerjaan mimpi bagi seseorang yang begitu muda dalam bidang ini, tetapi untuk Maher rasanya seperti ini jauh dari apa yang dia sebut ‘mimpi’, “saya mencintai muzik, tapi saya benci segala sesuatu yang dikelilingi itu, selalu merasa seperti ada sesuatu yang tidak benar “.

Seriously aku jarang dengar lagu-lagu dari luar melainkan aku betul-betul suka dengan lagu tu atau artis tu sendiri contohnya macam Taylor Swift. Tapi kali ni lain kerana apa yang buat aku lebih minat dengan dia ialah konsep dan kelunakkan suara dia ni. Secara am’nya konsep yang dia bawa lebih kepada berbentuk islamik. Serius memang semua lagu-lagu dari dia memang superb bagi aku. Tak boleh nak bandingkan mana yang best, bagi aku semua best dan ada kekekuatan tersendiri dari segi susunan lirik dan lagu. Kebanyakkan lagu-lagu berbentuk ketuhanan ni sesuai sangat dengan semua peringkat umur dan boleh membuatkan hati kita tenang apabila mendengar. So enjoy the song randomly choosen by me. Bagi yang pertama kali dengar pasti jatuh cinta dengannya.

kredit to http://www.khairilafzal.com/



FOR THE REST OF MY LIFE-Maher Zain
I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Through days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
Repeat Chorus
I know that deep in my heart..


Download
Mp3
Ringtone




Sabtu, 24 Julai 2010

SEJARAH POLITIK KELANTAN

Oleh: Drs Saiful Bahrin Mohamad.


Beruntung Jadi Anak Kelantan-Cikgu Sulizi

Dunia perpolitikan di Kelantan tidak pernah sepi, sekali isu melanda geloranya semakin membadai. Di mana-mana sahaja bicara politik akan kedengaran baik di desa-desa maupun di bandar-bandar, dari rakyat bawahan sampailah keperingkat rakyat atasan. Semuanya yang berlaku itu ada motif yang tertentu; motif tersirat dan tersurat.

Kelantan yang mendapat nama jolokan Serambi Mekah di abad kesebelas Masehi, terkenal sebagai gedung ilmu Islam dan negeri tadahan Wahyu. Sehinggakan ramai rakyat Kelantan terdiri daripada ahli ibadah dan ahli makrifah yang melahirkan ramai ulamak yang mempunyai semangat kasihkan agama, bangsa dan tanahair serta mempunyai kefahaman politik.

Fahaman politik orang Kelantan banyak dipengaruhi oleh latar belakang pendidikan mereka. Ramai kalangan orang Kelantan berpendidikan Islam. Mereka mendapat pendidikan itu sama ada secara formal ataupun tidak formal. Bagi mereka yang mempunyai pendidikan Islam, parti PAS menjadi pilihan sebagai wadah perjuangan dengan tidak menafikan sebahagian daripadanya ada yang berlatar belakangkan pendidikan sekular.


PAS dan Umno

Sejarah politik Kelantan adalah PAS dan Umno merupakan dua parti yang mendominasikan fahaman politik orang Kelantan. Ini menyebabkan kelahiran parti-parti lain tidak mendapat sokongan, kalaupun ada sokongan hanya sebahagian kecil sahaja. Meskipun begitu, prinsip demokrasi di negara ini tetap memberikan kebebasan kepada orang Kelantan bagi menentukan kuasa politik dan bentuk pemerintahan di negeri ini.

Tidak terlalu keterlaluan jika dikatakan orang Kelantan kuat berpolitik. Ini jelas dapat dilihat bahawa orang Kelantan sudah beberapa kali menukar bentuk kerajaan mereka. Dalam pilihan raya pra-merdeka pada 27 Julai 1955, Perikatan diberi mandat penuh, tetapi dalam pilihan raya pertama selepas merdeka pada Ogos 1959, PAS telah diberi mandat untuk menerajui kerajaan Kelantan apabila menang besar, iaitu 28 kerusi daripada 30 kerusi yang dipertandingkan.

Dimageran

Kemudian pada tahun 1978, kerajaan PAS Kelantan telah dimagerankan ekoran krisis dalaman yang dicetuskan oleh perancangan Umno, maka telah membawa kepada pilihan raya khusus negeri Kelantan pada 11 Mac 1978. Barisan Nasional telah berjaya menerima mandat kali kedua menerajui kerajaan Negeri dengan PAS hanya mampu bertahan di dua kerusi; satu di Sering dan satu lagi di Manek Urai.

Meskipun begitu hasrat orang Kelantan memilih kerajaan Barisan Nasional adalah untuk membangun dan maju. Hasrat ini, jelas sekali tidaklah ke mana. Harapan orang Kelantan kepada janji pemimpin Umno mengatasi kemelut pembangunan dan kemiskinan rakyat sebagaimana dijanjikan jelas tidak kesampaian. Justeru itu, berlakunya krisis keyakinan hampir keseluruhan orang Kelantan terhadap kerajaan Barisan Nasional. Lantaran itu, dalam pilihan raya 21 Oktober 1990, sekali lagi orang Kelantan mengambil sikap mengubah kepimpinan kerajaan negerinya dari Barisan Nasional kepada Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan). Dalam pilihan raya itu, Angkatan telah berjaya merampas kesemua kerusi yang dipertadingkan, iaitu 39 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 13 kerusi Parlimen.

Kemenangan Angkatan di Kelantan pada tahun 1990 cukup bermakna. Rakyat Kelantan telah dilihat bersatu di bawah kepimpinan ulamak yang menawarkan konsep politik "Membangun Bersama Islam" dan berprinsipkan "Islam sebagai Ad-din". Apa yang penting di sebalik perubahan kerajaan Barisan Nasional kepada Angkatan adalah mengandungi harapan hampir keseluruhan orang Kelantan terhadap misi perpaduan dan pembangunan yang berteraskan Islam. Ia juga secara tersirat bermakna kemenangan kepada PAS yang telah 12 tahun mempertingkatkan misi dakwah politik Islam dalam masyarakat. Maka rakyat Kelantan telah menyahut seruan perjuangan PAS dengan membuktikan Ketua Dewan Ulamak PAS, Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz terpilih sebagai Menteri Besar. Harapan itu jelas termakbul, tatkala kemenangan itu dikongsi bersama dengan beberapa bekas pemimpin Umno yang dulunya (tahun 1978) bersubhat menjatuhkan PAS di Kelantan yang kini (pada pilihan raya 1990) telah berpadu dengan PAS menghadapi Barisan Nasional. Betapa orang Kelantan telah tahu, peranan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) ketika PAS bersama-sama dalam Barisan Nasional dan semasa PAS dilanda krisis.

Kembalinya Ku Li

Oleh hal yang demikian, orang Kelantan dengan penuh kekagetan ingin melihat benar-benar "kembalinya Ku Li" berperanan untuk menunjuk baik kepada PAS dan orang Kelantan, setelah gagal dengan misi pembangunannya ketika merampas Kelantan dari PAS tahun 1978 dulu. Namun yang terjadi, bukanlah seumpama yang diimpikan! Perubahan dan perpaduan yang diharapkan terlerai di perjalanan. Hanya sepenggal pilihan raya Ku Li boleh bersabar. Kerenah lama Ku Li menjadi-jadi semula selepas lima tahun bersama-sama PAS. Ku Li telah kembali semula kepada Umno dan berkongsi kuasa dalam kerajaan Barisan Nasional.

Namun tidaklah orang Kelantan kecewa dengan pendirian dan kerenah Ku Li itu, malah ramai juga yang bersyukur lantaran telah memberi laluan murni bagi Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz dan PAS secara umumnya mengurus negeri Kelantan. Hakikat ini terserlah daripada beberapa usaha pihak tertentu yang cuba mempengaruhi orang Kelantan supaya menolak PAS dan membenci kepimpinan Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz, tetapi kesemua usaha kerenat itu gagal di hati rakyat. Apa yang berlaku orang Kelantan tetap setia dengan PAS dan terus menyokong kepimpinan Taun Guru Hj
Nik Abdul Aziz.

Apakah hakikat yang terjadi lantaran orang Kelantan kuat berpolitik? Mungkin perkara itu "ya", tetapi yang nyata orang Kelantan ada sikap yang unik dalam menilai isu-isu politik yang melibatkan dirinya, negerinya dan pemimpinnya, hatta terhadap rajanya.

Meskipun begitu, sejarah silih ganti kerajaan di Kelantan telah dilihat oleh pengkaji politik tanah air sebagai menandakan rakyat Kelantan matang berpolitik dan terlalu peka dengan isu-isu semasa serta sanggup mengubah haluan fahaman politik mereka.

Namun demikian, bukan semua pendapat tersebut boleh diterima umum. Berdasarkan kewujudan pelbagai parti politik di Kelantan sejak merdeka sehingga pilihan raya 1995 lalu ia adalah suatu manifestasi daripada pemikiran politik orang Kelantan. Meskipun tidak dapat dinafikan bahawa kewujudan parti-parti politik (selain PAS dan Umno) adalah sebenarnya kerana pengaruh semasa pemimpin politik yang bermasalah sahaja. Konflik dalaman sesebuah parti menyebabkan tumbuhnya parti-parti politik kecil yang boleh dianggap sebagai parti serpihan seperti Berjasa, Hamim, Semangat 46 dan Akim. Namun parti-parti serpihan ini hanya mendapat tempat di hati orang Kelantan dalam tempoh sebentar sahaja, dan parti-parti serpihan ini hanyalah berorientasikan musim pilihan raya semata.

Pemimpin dari luar

Bagi setengah pihak pula melihat dan melabelkan orang Kelantan sebagai bersikap kedaerahan (Parochialism). Mungkin label yang diberikan itu agak negatif pada pandangan orang Kelantan sendiri atau mungkin keterlaluan jika dianalisis dari sudut sejarah dan pengalaman PAS sebagai sebuah parti Islam yang memperjuangkan dasar yang universal. Ini adalah kerana sejarah politik Kelantan terbukti orang Kelantan (khususnya orang PAS) mudah menerima pemimpin politik dari luar sebagai wakil rakyat mereka. Prof Zulkifli Mohamad, Abu Bakar Hamzah, Haji Othman Abdullah dan yang terbaru Mohamad Sabu dari Pulau Pinang dan Dr Daeng Sanusi Mariok dari Johor adalah di antara yang berjaya memasuki Dewan Rakyat melalui pemilihan rakyat Kelantan. Kalaulah benar orang Kelantan bersifat kedaerahan sudah semestinya Dr. Daeng Sanusi dan Mohamad Sabu, kedua-duanya dari PAS tidak akan dipilih, mereka sudah tentu akan memilih Husin Ahmad dan Annuar Musa sebagai wakil rakyat mereka kerana mereka berdua adalah anak Kelantan jati.

Oleh hal yang demikian, tidaklah berbangkit isu orang Kelantan terlalu berpolitik atau kedaerahan dalam berpolitik. Penting sekali bagi melihat orang Kelantan adalah sejauh mana prinsip dan dasar yang dipegang oleh seseorang pemimpin dalam konteks pengharapan masyarakat terhadapnya. Pernah orang Kelantan (orang PAS) menolak kepimpinan Dato' Asri Haji Muda daripada bertanding di kerusi parlimen Kelantan dan terpaksa bertanding di Kedah. Sebaliknya orang Kelantan bersedia menerima mana-mana pemimpin yang boleh dipercayai berdasarkan harapan dan ketokohan seseorang pemimpin itu. Misalnya dalam perlantikan Senator, pernah Ustaz Amaluddin Darus dari Kedah dilantik sebagai senator (tahun 1965) mewakili negeri Kelantan dan yang terbaru adalah Ustazah Jamilah Ibrahim telah berasal dari Kedah juga dilantik sebagai senator. Tegas sekali, orang Kelantan tidak melihat negeri asal seseorang untuk diterima sebagai pemimpin, tetapi melihat kepada dasar perjuangannya. Jelas di sini, betapa sikap politik orang Kelantan bukanlah parochialism sebaliknya adalah fundamentalism, iaitu bermaksud sikap yang nazari, yang mengutamakan dasar pokok dan prinsip dalam perjuangan politik.

Politik Kelas Berat

Orang Kelantan memang tidak tepat dikatakan sebagai mengamalkan politik kedaerahan. Meskipun begitu, mungkin tepat jika dikatakan orang Kelantan adalah pecandu politik kelas berat. Hakikat ini berdasarkan pengamatan dan keterlibatan harian orang Kelantan yang boleh dikatakan di mana-mana sahaja bicara politik akan kedengaran bermula daripada keluarga di rumah, kedai kopi, stesyen kereta dan bas, di anjung masjid dan di pejabat-pejabat.

Sebenarnya hakikat itu berlaku lantaran sepanjang masa, sama ada ketika Barisan Nasional memerintah maupun sekarang ketika zaman PAS, memang ada-ada saja modal politik dan isu-isu semasa yang panas tercetus akibat suasana politik semasa. Misalnya, pada masa PAS memerintah Kelantan dalam tempoh 1959-78 dulu, pernah berbangkit soal hubungan tidak harmoni pihak kerajaan dengan istana dan pernah juga berbangkit hubungan tidak baik dengan pihak pentadbir. Meskipun begitu, pihak Barisan Nasional tidaklah melihat isu itu sebagai modal politik mereka yang utama dalam usaha untuk menjatuhkan PAS tahun 1978. Pemimpin Umno memang sedar isu-isu itu hampir tak kering dibicarakan. Namun menjelang kejatuhan PAS isu yang berkaitan dengan kejujuran dan tanggungjawab, seperti isu jual balak dan tanah yang diutarakan sebagai kempen. Kenapa itu terjadi adalah kerana orang Kelantan tidak melihat isu istana dan pegawai itu sebagai yang berkait dengan prinsip dan dasar perjuangan tokoh atau parti (fundamental). Sebaliknya isu jual balak dan tanah merupakan amanah dan tanggungjawab yang secara langsung menyentuh persoalan kepentingan rakyat umum. Pada mereka isu sebegitu adalah nazari yang perlu rakyat membuat penilaian semula kepada kepimpinan yang ada. Justeru itulah, kekalahan Barisan Nasional tahun 1990 merupakan persoalan prinsip dan dasar perjuangan, bila mana kepimpinan Umno pada masa itu berjaya didedahkan sebagai mempraktiskan kemungkaran politik dan penyelewengan kuasa pemimpin terhadap rakyat, tatkala kegagalan mereka menganjak taraf pembangunan dan hidup orang Kelantan melepasi garis kemajuan yang diharap-harapkan sebagaimana janji mereka pada tahun 1978 dulu.

Justeru itu, adalah menjadi biasa jika isu-isu politik semasa berlaku panas di Kelantan, tetapi sokongan rakyat terhadap kerajaan tetap kukuh. Melainkan jika isu tersebut benar-benar membawa kerugian kepada rakyat. Isu-isu seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri dikatakan berpolitik, pegawai tadbir berpolitik atau menentang kerajaan, atau isu-isu berkaitan istana; semuanya tidak mungkin menjejas pengaruh kerajaan di hati rakyat. Lantaran isu-isu ini adalah biasa dalam pemikiran orang Kelantan.

Orang Kelantan di bawah PAS

Pada September 1996, rasminya Semangat 46 dibubarkan, PAS pula dengan rasminya mentadbir kerajaan Negeri bersendirian meskipun masih dalam semangat kerajaan Angkatan. Sikap kebanyakan orang Kelantan pada masa itu adalah tunggu dan lihat di sebalik persoalan, benarkah kerajaan Angkatan akan jatuh dan akan menyerah kuasa kepada Umno dan bekas pemimpin Semangat 46 akan kembali berkuasa bersama-sama Barisan Nasional?

Lipatan sejarah terbukti benar! orang Kelantan tidak mudah diperbodohkan oleh suara sumbang bekas pemimpin Semangat 46 yang saban hari mengutuk dan mencaci kepimpinan Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz, selaku Menteri Besar dan beberapa pemimpin PAS yang lain. Orang Kelantan faham benar sikap bermuka-muka bekas pemimpin Semangat 46 itu. Oleh itu, segala tohmahan dan kritikan tidak ikhlas mereka dapat dibaca awal oleh rakyat. Kali ini, orang Kelantan tidak mudah terpedaya kerana mereka sudah jilah, kenal laut darat dan sudah pasti siapa sebenar bekas pemimpin Semangat 46.

Kebalikan daripada itu, rata-rata orang Kelantan telah menaruh simpati kepada Tuan Guru Menteri Besar yang dikatakan menempuh banyak kerumitan dalam menjalankan tugas dek kerenah pemimpin-pemimpin tertentu dari bekas sahabat, yang berjuang membentuk kerajaan Angkatan suatu ketika dulu. Lantaran itu, banyak rahmat telah dirasai oleh orang Kelantan sebaik sahaja PAS bersendirian mentadbir negeri. Pelabur mula memberi perhatian serius terhadap peluang pelaburan di Kelantan. Hubungan kerajaan Pusat-kerajaan Negeri makin mesra. Kemelut kewangan kerajaan Negeri dapat diselesai. Imej boros dan mewah sebuah kerajaan sudah bersih. Tinggal lagi pemimpin PAS meneruskan lagi amanah dan tanggungjawab rakyat demi kepentingan agama, negeri dan umat Islam. Apa yang diharapkan adalah sokongan terus meningkat kepada kerajaan negeri dan PAS, dengan izin Allah.

Deklarasi Rakyat

Sebenarnya sikap orang Kelantan adalah menentang segala kemungkaran politik dan usaha-usaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan ulamak. Sebagaimana tergambar dalam deklarasi rakyat Kelantan semasa Perhimpunan Rakyat Kelantan pada 23 April 1995 di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu :

Bahawasanya, kami rakyat Kelantan
Sedar
Televisyen dan akhbar kamu, menipu kami
Kamu siarkan berita berat sebelah
Kamu menggelapkan berita benar
kami sedar kamu mahu memancing dan membeli kami
Tidak akan kami menjual negeri kami
Tidak akan kami gadai Islam kami,
Sedarlah kamu,
Kamu kelirukan agama
Kamu peralatkan tokoh agama seperti terompah kayu
Kamu tolak hudud
Kamu perlekehkan agama
Kamu persendakan ulamak
Kamu paksa tokoh koporat tawan hati kami
dengan gula-gula ekonomi
Awas !
kami tidak bodoh
kami tidak bodoh
kami tidak bodoh
kata apa yang hendak kamu kata
perkosa televisyen dan akhbar sepuas nafsu kamu
kami akan tetap dengan pendirian kami
Islam cara hidup kami
Al-Quran panduan kami
Ya Allah Ya Tuhan kami
Berikan kemenangan kepada orang-orang Islam
Binasakan musuh Islam, Penentang agamaMu
Pecah belahkan kesatuan mereka
Belenggukan mereka
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Tetapkan kami dengan Islam
Matikan kami semua sebagai sholihin.
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.


Kekecuhan dalam Umno

Kini PAS kian mendapat sambutan di kalangan orang Kelantan, malah di seluruh negara. Pemerhati politik pula melihat betapa kekecuhan berlaku dalam kepimpinan Umno Kelantan. Krisis kepercayaan semakin menular di kalangan kepimpinan atasan dan pertengahan parti itu. Perebutan jawatan di peringkat bahagian semakin hangat. Dilema Umno untuk mengulamak kepimpinannya di Kelantan terhimpit dengan hambatan pengaruh kepimpinan sekular dengan kecemerlangan PAS menerajui kerajaan negeri Kelantan. Kehadiran tokoh agama Ustaz Zainal Abidin Ab Kader telah dipandang serung oleh kebanyakan pemimpin berlatar belakang sekular. Keadaan panas di peringkat bahagian makin menaik bila mana kehadiran beberapa tokoh "baru" dari bekas Semangat 46 yang sudah bisik-bisik untuk merebut jawatan di peringkat Ketua Bahagian. Sehingga pemimpin Umno "lama" mula merasai bala bagi Umno Kelantan menerima bekas ahli Semangat 46. Apakah semuanya itu tidak dapat difahami oleh keseluruhan orang Kelantan? Tidak mungkin, atas nama orang Kelantan, mereka semua memahaminya kerana orang Kelantan adalah orang yang faham politik negerinya.

Rabu, 21 Julai 2010

Kumpulan Nada Murni


Nada Murni

Kumpulan Nada Murni merupakan sebuah kumpulan penyanyi nasyid yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu dan aktif era 1987-an di Malaysia. Kumpulan Nada Murni yang bertapak sejak 1987 tersohor dengan lagu mereka seperti Bila Nur Melimpah Di Hati dan Nun Di Sana.

Kumpulan Nada Murni dianggotai oleh sekumpulan ahli jemaah Al-Arqam. Antara yang terkenal ialah:

1. (Asri) Mohamad Asri bin Ibrahim (meninggal)
2. (Isman) Ismen Nadim bin Isam
3. (Munif) Munif Ahmad @ Putra Aiman
4. (Faizal) Mohd Faizal bin Osman
5. (Ariffin) Muhammad Ariffin b. Ahmad Rahim
6. (Salleh) Salleh bin Ramli (meninggal)

Kumpulan nasyid ini begitu popular. Album-album mereka begitu laris walaupun dijual secara tradisional (jualan terus) tidak dijual di kedai. Antara kumpulan lain yang seangkatan dengannya ialah kumpulan The Zikr.

Selepas Al-Arqam diharamkan, Nada Murni masih lagi aktif dan masih mengeluarkan album sehingga 1996. Album "Untukmu Rasulullah II" yang dikeluarkan pada tahun tersebut merupakan album terakhir. Irama nasyid di Malaysia mula menyepi kerana tidak ada lagu nasyid baru untuk diperdengarkan.

Ahli kumpulan Nada Murni kemudiannya berpecah dan muncul sebagai kumpulan Hijjaz, Rabbani dan Raihan.

Album

1. Kelahiran
2. Soul of Islam
3. Balada Makkatul Mukarramah
4. Cahaya Di Ufuk Timur
5. Malaysia Indah
6. Untukmu Rasulullah
7. Munajat
8. Yang Dirindu
9. Asmaul Husna
10. Melodi Sufi
11. Neraca Taqwa
12. Potret Aidilfitri
13. Untukmu Rasulullah II (1996)

Lagu popular

1. Bila Nur Melimpah di Hati
2. Di mana ketenangan
3. Haji Akhir Zaman
4. Harapan pada ayah ibu
5. Indahnya Hidup
6. Islam Yang Telah Berkembang dan banyak lagi...

Islam Yang Telah Berkembang-Nada Murni

Islam yang telah berkembang
laksana bunga yang indah
yang berkembang mekar harum mewangi
tumbuhnya memenuhi bumi [2x]

tumbuhnya memenuhi bumi
lembah dan tanah yang tinggi
kesuburan itu telah dibajai
oleh darah para syuhada'

kembangnya itu telah sirami oleh air peluh oleh mujahid
tamannya itu telah dipagari oleh para mujaddid dan mujtahid
paduan kita diambil dari al quran sunnah Rasulullah 2x

berkumandanglah kalimah toyyibah dari pembela agama kebenaran
keindahan Islam telah terpancar oleh harta si kaya dan pemurah
ibarat air mengalir deras
dermanya bagai mencurah-curah 2x


Download
Mp3
Ringtone(versi baru oleh Hijjaz)

Kredit to http://ms.wikipedia.org/wiki/Nada_Murni



Ahad, 18 Julai 2010

Kumpulan Nasyid Shoutul Amal


Kumpulan Shoutul Amal merupakan sebuah kumpulan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu nashid Melayu dan berasal dari Terengganu.

Dianggotai oleh:
* Alim
* Fakhrurrazi
* Subri Bin Abdullah
* Firdaus

Telah melahirkan dua buah album studio dan satu album kompilasi.
1. Nostalgia
2. Satu Analisa (2005)
3. kompilasi


Semarak Perjuangan-Shoutul Amal

Download
Mp3
Ringtone


Khamis, 15 Julai 2010

Bangsa Yang Hilang 3

Pendapat Para Pengkaji Barat dan Timur tentang asal-usul Bangsa Melayu

Sehingga ke hari ini, para cendekiawan, pengkaji sejarah, pakar antropologi dan ahli geneologi masih berdebat dan mencari-cari dari manakah datangnya satu bangsa yang dipanggil MELAYU ini. Sejarah kewujudan bangsa Melayu masih samar-samar dan misteri dan setiap pengkaji menemui bukti dan penemuan dari pelbagai bangsa, negara mahupun budaya yang mempunyai kaitan dengan bangsa Melayu. Setiap pengkaji juga mempunyai ulasan dan teori sendiri di mana masing-masing kelihatan mempunyai percanggahan di antara satu sama lain. Tidak ada percanggahan yang ketara di dalam membicarakan riwayat sesuatu bangsa kecuali bangsa Melayu.

Tidak seperti bangsa Inggeris yang diketahui berasal dari tiga suku-suku purba Jerman iaitu Angles (dari sini terbit kata Anglo dan seterusnya English, Saxon dan Jutes. Juga bangsa Iran yang berasal dari bangsa Madyan Purba (Medea Empire) sebelum kehadiran Empayar Acheamenid dan Sassanid dan kelahiran Emperor-emperor agung seperti Cyrus,Xerxes dan Darius.

Para pengkaji Barat dan Timur juga menemui tanda-tanda fizikal di beberapa kawasan di dunia yang sama dengan apa yang ditemui di Kepulauan Melayu. Antara yang paling terkenal adalah penemuan kapak tua dari Asia Tengah oleh R.H. Geldern dan gendang Dongson di Vietnam Utara. Ini belum masuk lagi berpuluh-puluh kajian tentang sosio-budaya di tempat-tempat lain yang dikatakan mirip bangsa Melayu seperti etnik-etnik Tibet, kaum asli di Taiwan dan Kepulauan Jepun dan sudah tentu bukti-bukti transformasi budaya di beberapa kawasan pedalaman China, Indochina (MOn,Khmer,Campa) dan Kepulauan Asia Pasifik. APAKAH ERTI SEMUA INI? Mengapa begitu banyak kesan-kesan yang sama dengan bangsa ini di seluruh Asia? Terdapat satu rahsia di mana ia dapat menjawab semua misteri ini. Rahsia ini adalah satu kunci dari beberapa kunci di dalam 'Ark of Covenant' bangsa misteri ini.


Sebelum perbincangan yang lebih mendalam eloklah diturunkan hasil kajian umum dan terkenal beberapa pengkaji sama ada Barat dan tempatan tentang asal-usul bangsa Melayu. Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa Melayu, tetapi kata sepakat para ahli belum dicapai. Setakat ini ada dua pandangan yang dikemukakan. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara (Asia Tengah) dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini.

Sebagai perbandingan, kedua-dua pandangan tersebut diperlihatkan seperti yang berikut ini.

Berasal dari Asia Tengah
R.H. Geldern ialah seorang ahli prasejarah dan menjadi guru besar di Iranian Institute and School for Asiatic Studies telah membuat kajian tentang asal usul bangsa Melayu. Sarjana yang berasal dari Wien, Austria ini telah membuat kajian terhadap kapak tua (beliung batu). Beliau menemui kapak yang diperbuat daripada batu itu di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang. Bentuk dan jenis kapak yang sama, beliau temui juga di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern berkesimpulan, tentulah kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu ini.

J.H.C. Kern ialah seorang ahli filologi Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan pelbagai bahasa Austronesia yang lain telah membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan nama perahu. Beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik .Perkataan tersebut di antara lain ialah: padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan, dan ubi. Berdasarkan senarai perkataan yang dikajinya itu Kern berkesimpulan bahawa bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di Asia.

W. Marsden pula dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasa Polinesia (bahasa yang digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik) merupakan bahasa yang serumpun. E. Aymonier dan A. Cabaton pula mendapati bahawa bahasa Campa serumpun dengan bahasa Polinesia, manakala Hamy berpendapat bahawa bahasa Melayu dan bahasa Campa merupakan warisan daripada bahasa Melayu Kontinental. Di samping keserumpunan bahasa, W. Humboldt dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu (terutama bahasa Jawa) telah banyak menyerap bahasa Sanskrit yang berasal dari India.

J.R. Foster yang membuat kajiannya berdasarkan pembentukan kata berpendapat bahawa terdapat kesamaan pembentukan kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Polinesia. Beliau berpendapat bahawa kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa yang lebih tua yang dinamainya Melayu Polinesia Purba. Seorang ahli filologi bernama A.H. Keane pula berkesimpulan bahawa struktur bahasa Melayu serupa dengan bahasa yang terdapat di Kampuchea.

J.R. Logan yang membuat kajiannya berdasarkan adat resam suku bangsa mendapati bahawa ada persamaan adat resam kaum Melayu dengan adat resam suku Naga di Assam (di daerah Burma dan Tibet). Persamaan adat resam ini berkait rapat dengan bahasa yang mereka gunakan. Beliau mengambil kesimpulan bahawa bahasa Melayu tentulah berasal dari Asia. G.K. Nieman dan R.M. Clark yang juga membuat kajian mereka berdasarkan adat resam dan bahasa mendapati bahawa daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang bangsa Melayu.

Dua orang sarjana Melayu, iaitu Slametmuljana dan Asmah Haji Omar juga menyokong pendapat di atas. Slametmuljana yang membuat penyelidikannya berdasarkan perbandingan bahasa, sampai pada suatu kesimpulan bahawa bahasa Austronesia yang dalamnya termasuk bahasa Melayu, berasal dari Asia. Asmah Haji Omar membuat huraian yang lebih terperinci lagi. Beliau berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara ini tidaklah sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui daratan, iaitu Tanah Semenanjung, melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui Lautan China. Namun, beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya asal bahasa mereka satu dan perbezaan yang berlaku kemudian adalah kerana faktor geografi dan komunikasi. Dengan demikian, anggapan bahawa bahasa Melayu Moden merupakan perkembangan daripada bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Kuno itu asalnya daripada bahasa Melayu Purba merupakan anggapan yang keliru.

Kajian mendapati bahawa bahasa Melayu Moden berasal daripada bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Induk. Bahasa Melayu Induk berasal daripada bahasa Melayu Purba yang juga merupakan asal daripada bahasa Melayu Kuno. Kajian ini juga memperlihatkan bahawa bahasa Melayu Moden bukanlah merupakan pengembangan daripada dialek Johor-Riau dan bahasa Melayu Moden tidak begitu rapat hubungannya dengan dialek yang lain (Da, Db, dan Dn). Dialek yang lain berasal daripada Melayu Induk manakala dialek Johor-Riau berasal daripada Melayu Klasik.
Berikut ini akan diperlihatkan cara perpindahan orang Melayu dari Asia Tengah tersebut.

(a) Orang Negrito

Menurut pendapat Asmah Haji Omar sebelum perpindahan penduduk dari Asia berlaku, Kepulauan Melayu (Nusantara) ini telah ada penghuninya yang kemudian dinamai sebagai penduduk asli. Ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa mereka yang tinggal di Semenanjung Tanah Melayu ini dikenali sebagai orang Negrito. Orang Negrito ini diperkirakan telah ada sejak tahun 8000 SM (Sebelum Masihi). Mereka tinggal di dalam gua dan mata pencarian mereka memburu binatang. Alat perburuan mereka diperbuat daripada batu dan zaman ini disebut sebagai Zaman Batu Pertengahan. Di Kedah sebagai contoh, pada tahun 5000 SM, iaitu pada Zaman Paleolit dan Mesolit, telah didiami oleh orang Austronesia yang menurunkan orang Negrito, Sakai, Semai, dan sebagainya.

(b) Melayu-Proto

Berdasarkan pendapat yang mengatakan bahawa orang Melayu ini berasal dari Asia Tengah, perpindahan tersebut (yang pertama) diperkirakan pada tahun 2500 SM. Mereka ini kemudian dinamai sebagai Melayu-Proto. Peradaban orang Melayu-Proto ini lebih maju sedikit daripada orang Negrito. Orang Melayu-Proto telah pandai membuat alat bercucuk tanam, membuat barang pecah belah, dan alat perhiasan. Kehidupan mereka berpindah-randah. Zaman mereka ini dinamai Zaman Neolitik atau Zaman Batu Baru.

(c) Melayu-Deutro

Perpindahan penduduk yang kedua dari Asia yang dikatakan dari daerah Yunan diperkirakan berlaku pada tahun 1500 SM. Mereka dinamai Melayu-Deutro dan telah mempunyai peradaban yang lebih maju daripada Melayu-Proto. Melayu-Deutro telah mengenal kebudayaan logam. Mereka telah menggunakan alat perburuan dan pertanian daripada besi. Zaman mereka ini dinamai Zaman Logam. Mereka hidup di tepi pantai dan menyebar hampir di seluruh Kepulauan Melayu ini.

Kedatangan orang Melayu-Deutro ini dengan sendirinya telah mengakibatkan perpindahan orang Melayu-Proto ke pedalaman sesuai dengan cara hidup mereka yang berpindah-randah. Berlainan dengan Melayu-Proto, Melayu-Deutro ini hidup secara berkelompok dan tinggal menetap di sesuatu tempat. Mereka yang tinggal di tepi pantai hidup sebagai nelayan dan sebahagian lagi mendirikan kampung berhampiran sungai dan lembah yang subur. Hidup mereka sebagai petani dan berburu binatang. Orang Melayu-Deutro ini telah pandai bermasyarakat. Mereka biasanya memilih seorang ketua yang tugasnya sebagai ketua pemerintahan dan sekaligus ketua agama. Agama yang mereka anuti ketika itu ialah animisme.

Berasal dari Nusantara
Seorang sarjana Inggeris bernama J. Crawfurd telah membuat kajian perbandingan bahasa yang ada di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia. Beliau berpendapat bahawa asal bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal daripada bahasa di Pulau Jawa (bahasa Jawa) dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera (bahasa Melayu). Bahasa Jawa dan bahasa Melayulah yang merupakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara ini.

J. Crawfurd menambah hujahnya dengan bukti bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaan yang tinggi dalam abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah mengalami perkembangan budaya beberapa abad lamanya. Beliau sampai pada satu kesimpulan bahawa:

(a) Orang Melayu itu tidak berasal dari mana-mana, tetapi malah merupakan induk yang menyebar ke tempat lain.
(b) Bahasa Jawa ialah bahasa tertua dan bahasa induk daripada bahasa yang lain.

K. Himly, yang mendasarkan kajiannya terhadap perbandingan bunyi dan bentuk kata bahasa Campa dan pelbagai bahasa di Asia Tenggara menyangkal pendapat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu Polinesia serumpun dengan bahasa Campa. Pendapat ini disokong oleh P.W. Schmidt yang membuat kajiannya berdasarkan struktur ayat dan perbendaharaan kata bahasa Campa dan Mon-Khmer. Beliau mendapati bahawa bahasa Melayu yang terdapat dalam kedua-dua bahasa di atas merupakan bahasa ambilan sahaja.

Sutan Takdir Alisjahbana, ketika menyampaikan Syarahan Umum di Universiti Sains Malaysia (Julai 1987) menggelar bangsa yang berkulit coklat yang hidup di Asia Tenggara, iaitu Thailand Selatan, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, dan Filipina Selatan sebagai bangsa Melayu yang berasal daripada rumpun bangsa yang satu. Mereka bukan sahaja mempunyai persamaan kulit bahkan persamaan bentuk dan anggota badan yang berbeza daripada bangsa Cina di sebelah timur dan bangsa India di sebelah barat.

Gorys Keraf di dalam bukunya Linguistik bandingan historis (1984) mengemukakan teori Leksikostatistik dan teori Migrasi bagi mengkaji asal usul bangsa dan bahasa Melayu. Setelah mengemukakan hujah tentang kelemahan pendapat terdahulu seperti: Reinhold Foster (1776), William Marsden (1843), John Crawfurd (1848), J.R. Logan (1848), A.H. Keane (1880), H.K. Kern (1889), Slametmuljana (1964), dan Dyen (1965) beliau mengambil kesimpulan bahawa "...negeri asal (tanahair, homeland) nenek moyang bangsa Austronesia haruslah daerah Indonesia dan Filipina (termasuk daerah-daerah yang sekarang merupakan laut dan selat), yang dulunya merupakan kesatuan geografis".

Pendapat lain yang tidak mengakui bahawa orang Melayu ini berasal dari daratan Asia mengatakan bahawa pada Zaman Kuarter atau Kala Wurn bermula dengan Zaman Ais Besar sekitar dua juta sehingga lima ratus ribu tahun yang lalu. Zaman ini berakhir dengan mencairnya ais secara perlahan-lahan dan air laut menggenangi dataran rendah. Dataran tinggi menjadi pulau. Ada pulau yang besar dan ada pulau yang kecil. Pemisahan di antara satu daratan dengan daratan yang lain berlaku juga kerana berlakunya letusan gunung berapi atau gempa bumi. Pada masa inilah Semenanjung Tanah Melayu berpisah dengan yang lain sehingga kemudian dikenali sebagai Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Pulau Kalimantan, dan pulau lain di Indonesia.

Pintu Rahsia
Proto homonoid yang dianggap sebagai pramanusia dianggarkan sudah ada sejak satu juta tahun yang lalu dan ia berkembang secara evolusi. Namun, manusia yang sesungguhnya baru bermula sejak 44,000 tahun yang lalu dan manusia moden (Homo sapiens sapiens) muncul sekitar 11,000 tahun yang lalu.

Pada masa pramanusia dan manusia yang sesungguhnya di Asia Tenggara, Asia Timur, dan Australia telah ada manusia. Hal ini dibuktikan dengan ditemuinya Homo soloinensis dan Homo wajakensis (Manusia Jawa = "Java Man") yang diperkirakan berusia satu juta tahun. Pada masa ini wilayah tersebut didiami oleh tiga kelompok Homo sapiens sapiens, iaitu orang Negrito di sekitar Irian dan Melanesia, orang Kaukasus di Indonesia Timur, Sulawesi, dan Filipina, serta orang Mongoloid di sebelah utara dan barat laut Asia.

Masing-masing bangsa ini berpisah dengan berlakunya pemisahan daratan. Mereka berpindah dengan cara yang perlahan. Orang Kaukasus ada yang berpindah ke sebelah barat dan ada pula yang ke sebelah timur. Yang berpindah ke arah timur seperti ke Maluku, Flores, dan Sumba bercampur dengan orang Negrito. Yang berpindah ke arah barat mendiami Kalimantan, Aceh, Tapanuli, Nias, Riau, dan Lampung. Yang berpindah ke arah utara menjadi bangsa Khmer, Campa, Jarai, Palaung, dan Wa.

Hukum Bunyi yang diperkenalkan oleh H.N. van der Tuuk dan diperluas oleh J.L.A. Brandes yang menghasilkan Hukum R-G-H dan Hukum R-D-L dikatakan oleh C.A. Mees bahawa "Segala bahasa Austronesia itu, walaupun berbeza kerana pelbagai pengaruh dan sebab yang telah disebut, memperlihatkan titik kesamaan yang banyak sekali, baik pada kata-kata yang sama, seperti mata, lima, talinga, dan sebagainya, mahupun pada sistem imbuhan, dan susunan tatabahasanya. Perbezaan yang besar seperti dalam bahasa Indo-Eropah, misalnya: antara bahasa Perancis dan Jerman, antara Sanskrit dan Inggeris, tidak ada pada bahasa-bahasa Austronesia. Apalagi Kata Dasar (terutama bahasa Melayu) tidak berubah dalam morfologi" juga menunjukkan bahawa bahasa yang terdapat di Asia Selatan dan Tenggara berbeza dengan bahasa yang terdapat di Asia Tengah.

Pendapat-pendapat dari Barat kebanyakan boleh disimpulkan seperti ini:

-Bangsa Melayu berasal dari bangsa lain seperti China,India atau suku kaum di benua Afrika
-Bangsa Melayu adalah lahir dari transformasi bangsa-bangsa besar seperti China,India atau Arab.

Tetapi kajian mereka dipertikaikan oleh beberapa pengkaji Barat J. Crawfurd,Gorys Keraf dan lain-lain bersama-sama para pengkaji tempatan termasuk para pengkaji di Universiti Sains Malaysia.Pendapat Geldern tentang kapak tua masih boleh diperdebatkan. Budaya kapak tua yang diperbuat daripada batu sebenarnya bukan hanya terdapat di Asia Tengah dan Nusantara. Budaya yang sama akan ditemui pada semua masyarakat primitif sama ada di Amerika dan juga di Eropah pada zaman tersebut.

Lagi pula, secara kebetulan Geldern membuat kajiannya bermula dari Asia kemudian ke Nusantara. Kesimpulan beliau tersebut mungkin akan lain sekiranya kajian itu bermula dari Nusantara, kemudian ke Asia Tengah.

Kajian Kern berdasarkan bukti Etnolinguistik memperlihatkan bahawa persamaan perkataan tersebut hanya terdapat di alam Nusantara dengan pengertian yang lebih luas dan perkataan tersebut tidak pula ditemui di daratan Asia Tengah. Ini menunjukkan bahawa penutur bahasa ini tentulah berpusat di tepi pantai yang strategik yang membuat mereka mudah membawa bahasa tersebut ke barat, iaitu Madagaskar dan ke timur hingga ke Pulau Easter di Lautan Pasifik.

Secara khusus, penyebaran bahasa Melayu itu dapat dilihat di sepanjang pantai timur Pulau Sumatera, di sepanjang pantai barat Semenanjung Tanah Melayu; di Pulau Jawa terdapat dialek Jakarta (Melayu-Betawi), bahasa Melayu Kampung di Bali, bahasa Melayu di Kalimantan Barat, bahasa Melayu Banjar di Kalimantan Barat dan Selatan, Sabah, Sarawak, dan bahasa Melayu di Pulau Seram.

Pendapat Marsden bahawa bahasa Melayu yang termasuk rumpun bahasa Nusantara serumpun dengan rumpun bahasa Mikronesia, Melanesia, dan Polinesia dengan induknya bahasa Austronesia secara tidak langsung memperlihatkan adanya kekerabatan dua bahasa tersebut yang tidak ditemui di Asia Tengah. Penyebaran bahasa Austronesia juga terlihat hanya bahagian pesisir pantai timur (Lautan Pasifik), pantai barat (Lautan Hindi), dan Selatan Asia (kawasan Nusantara) sahaja dan ia tidak masuk ke wilayah Asia Tengah.

Kesamaan pembentukan kata di antara bahasa Melayu dengan bahasa Polinesia yang dinyatakan oleh J.R. Foster dan kesamaan struktur bahasa Melayu dengan struktur bahasa Kampuchea juga memperlihatkan bahawa bahasa yang berada di Asia Selatan dan Asia Timur berbeza dengan bahasa yang berada di Asia Tengah. Jika kita lihat rajah kekeluargaan bahasa akan lebih nyata lagi bahawa bahasa di Asia Tengah berasal dari keluarga Sino-Tibet yang melahirkan bahasa Cina, Siam, Tibet, Miao, Yiu, dan Burma. Berdekatan dengannya agak ke selatan sedikit ialah keluarga Dravida, iaitu: Telugu, Tamil, Malayalam, dan lain-lain. Kedua-dua keluarga bahasa ini berbeza dengan bahasa di bahagian Timur, Tenggara, dan Selatan Asia, iaitu keluarga Austronesia yang menurunkan empat kelompok besar, iaitu Nusantara, Melanesia, Mikronesia, dan Polinesia.

Jika ditinjau dari sudut ilmu kaji purba pula, penemuan tengkorak yang terdapat di Nusantara ini memberi petunjuk bahawa manusia telah lama ada di sini. Penemuan tersebut di antara lain ialah:

1. Pithecanthropus Mojokerto (Jawa), yang kini berusia kira-kira 670,000 tahun.
2. Pithecanthropus Trinil (Jawa), kira-kira 600,000 tahun.
3. Manusia Wajak (Jawa), kira-kira 210,000 tahun.

Jika tiga fosil tersebut dibandingkan dengan fosil Manusia Peking atau Sinanthropus Pekinensis (China) yang hanya berusia kira-kira 550,000 tahun terlihat bahawa manusia purba lebih selesa hidup dan beranak-pinak berdekatan dengan Khatulistiwa. Hal ini diperkuat lagi dengan penemuan fosil tengkorak manusia yang terdapat di Afrika yang dinamai Zinjanthropus yang berusia 1,750,000 tahun. Beberapa hujah ini menambah kukuh kesimpulan Gorys Keraf di atas yang menyatakan bahawa nenek moyang bangsa Melayu ini tentulah sudah sedia ada di Kepulauan Melayu yang menggunakan bahasa keluarga Nusantara.

Masih ada soalan yang belum terjawab, iaitu jika betul bangsa Melayu ini sememangnya berasal dari Alam Melayu ini, sebelum itu dari manakah asal mereka? Pendapat orang Minangkabau di Sumatera Barat bahawa keturunan mereka ada hubungan dengan pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang semasa berlakunya banjir besar seperti yang diungkapkan oleh W. Marsden (1812) masih boleh dipertikaikan.

RAHSIA DARI KETURUNAN NABI NUH

Yang agak berkemungkinan disusurgalur ialah dari salasilah Nabi Nuh daripada tiga anaknya, iaitu Ham, Yafit (Japheth), dan Sam. Dikatakan bahawa Ham berpindah ke Afrika yang keturunannya kemudian disebut Negro berkulit hitam, Yafit berpindah ke Eropah yang kemudian dikenali sebagai bangsa kulit putih, dan Sam tinggal di Asia menurunkan bangsa kulit kuning langsat. Putera kepada Sam ialah Nabi Hud yang tinggal di negeri Ahqaf yang terletak di antara Yaman dan Oman.Untuk menyiasat dan menjejaki dari mana asal-usulnya bangsa misteri ini kita terpaksa ke masa-masa terjadinya Banjir Besar,beribu-ribu (atau mungkin sampai jutaan tahun?) sebelum kelahiran Sargon dari Akkadia dan bangsa Sumeria apatah lagi kewujudan dinasti-dinasti China seawal Dinasti Xia dan kelahiran Tamadun Indus.

Difirmankan: "Hai Nuh, turunlah dengan selamat sejahtera dan penuh keberkatan dari Kami atasmu dan atas umat-umat (yang mukmin) dari orang-orang yang bersamamu. Dan ada (pula) umat-umat yang Kami beri kesenangan pada mereka (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan ditimpa azab yang pedih dari Kami." (Huud 11:48)

Selepas Banjir Besar surut, maka Nabi Nuh a.s pun keluar bersama-sama para pengikutnya seramai 80 orang (mengikut jumlah yang disepakati di dalam manuskrip-manuskrip kuno). Tempat di mana mendaratnya bahtera Nabi Nuh (Noah's Ark) tidak dapat dipastikan dengan jelas tetapi pendapat yang popular ialah di Buki Judi di Pergunungan Ararat di Turki.

Setelah keluar dari bahtera maka bertebaranlah pengikut-pengikut Nabi Nuh ke seluruh bumi termasuk anak-anaknya iaitu Ham, Sam dan Yafid (Japheth). Ham telah mengembara ke kawasan di sebelah Afrika, manakala Yafid bergerak arah barat di mana nanti anak cucunya akan hidup merentasi kawasan Mediteranean, Kaukasus, Tanah Besar Eropah dan kawasan di sebelah utara seperti Denmark, Norway dan lainnya.

Sam pula menetap di Asia khususnya di Asia Barat. Sebahagian anak keturunannya ada yang bergerak ke timur jauh merentasi perbatasan China di mana terlebih dahulu direntasi oleh pengikut-pengikut Nabi Nuh yang bergerak ke kawasan sebelah Timur. INI ADALAH LAPISAN PERTAMA pergerakan anak-anak manusia selepas peristiwa Banjir Besar.

Nabi Nuh dan kaum kerabatnya yang lain masih menetap di Asia Barat. Dari kerabat Nabi Nuh ini maka lahirlah bangsa-bangsa purba Mesopotamia seperti Akkadia, Assyria dan bangsa-bangsa purba Babilon (termasuk Sumer dan Samiyah). Bangsa-bangsa ini membentuk peradaban Mesopotamia telah diperakui merupakan tamadun tertua di dunia dan digelar pusat ketamadunan dunia (adalah tamadun yang dikenalpasti mula-mula mencipta roda). Bangsa-bangsa yang membentuk tamadun ini merupakan bangsa yang bijak dan terdiri dari keturunan yang terlatih, mahir dan genius.

Ini tidak menghairankan memandangkan mereka berasal dari keturunan Nuh sendiri di mana Nabi Nuh adalah seorang yang pintar dan seorang 'patriarch' yang disegani. Manakala pengikut-pengikut Nabi Nuh yang telah sampai di sebelah India, China dan Timur Jauh tetap meneruskan hidup mereka namun agak terbelakang dari segi pencapaian bangsa-bangsa yang tinggal di pusat tamadun Mesopotamia.Ini memandangkan para pengikut Nabi Nuh adalah terdiri dari orang-orang yang miskin dan melarat di mana sebelum Banjir Besar mereka bolehlah dikatakan tinggal di kawasan perkampungan (atau perumahan kos rendah pada istilah kini) ataupun menetap di setinggan-setinggan.

Tahap pendidikan mereka yang rendah tidak memungkinkan mereka mendidik keturunan mereka secara intensif tidak seperti keturunan Nabi Nuh yang berasal dari golongan berpendidikan dan bijak pandai memandangkan Nabi Nuh sendiri selain seorang ahli agama, beliau juga adalah pakar dalam bidang zoologi dan kejuruteraan perkapalan. Beliau juga seorang ahli marin dan pelayaran yang berkemahiran. Sesungguhnya Allah s.w.t, mengangkat para utusan-Nya dari kalangan yang terbaik dan dari keturunan yang terpelihara. Di sini kita boleh menimbangkan dua petunjuk misteri ini,

*Adakah bangsa Melayu berasal dari kaum kerabat Nabi Nuh?
*Atau berasal dari salah seorang pengikut Nabi Nuh?

Bersambung...

Mistik File

Isnin, 12 Julai 2010

Bangsa Yang Hilang 2

"...sent them away from his son Isaac to the land of the east."

(Genesis 25:6 New International Version)

Di atas adalah petikan dari Kitab Kejadian dari Kitab Injil yang merupakan penyimpan rahsia terbesar berkenaan satu bangsa yang bergerak ke Timur dunia bagi mengembangkan keturunan manusia seperti yang diperintahkan Tuhan.

Bangsa terahsia inilah yang menurunkan pelbagai bangsa Asia dari tempat asal mereka iaitu Asia Barat dan Asia Tengah di mana dari situlah bermulanya peradaban manusia.

Bangsa ini, yang merupakan pemegang rahsia akhir zaman adalah satu bangsa besar yang pernah membina kota-kota purba dan menyertai peperangan-peperangan agung sejak surutnya Banjir Besar bersama-sama bangsa agung yang telah pupus seperti Sumerian dan Akkadian.

Sesungguhnya kisah pengembaraan bangsa ini merupakan satu epik yang teramat panjang, lebih panjang dari epik Homer, The Iliad and the Odyssey.


Untuk mengkaji sifat dan karakter bangsa misteri ini, perlulah dicari dan dirintis sejarah panjang pengembaraan mereka dan apakah yang ditemui mereka di sepanjang epik perjalanan mereka itu. Faktor yang mewujudkan kepelbagaian dari segi wajah,bahasa dan personaliti bangsa ini. Faktor yang menjadi sumber ALTER TERAHSIA bangsa misteri ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan alter? Alter dalam bahasa mudah adalah personaliti tambahan atau pun personaliti lain yang selalunya akan muncul apabila di'suis' dalam keadaan tertentu. Istilah alter sebenarnya berasal dari istilah mindcontrol di mana alter ini muncul setelah seseorang individu mengalami teknik mindcontrol tertentu contohnya teknik berasaskan-trauma.

Contoh yang paling mudah ialah apabila seseorang dikejar oleh anjing yang garang.Secara tiba-tiba orang tadi akan berlari sepantas-pantasnya sehingga dia sendiri merasa hairan dengan kemampuan dirinya yang luarbiasa itu. Padahal setiap kali pertandingan larian 100 meter, dialah yang tercorot (misalnya).

Juga jika seseorang yang dianggap lemah dalam sesuatu perkara, secara tiba-tiba menjadi begitu bersemangat dan gagah bila menyentuh perkara yang lain.

Satu contoh yang baik tentang alter ialah dalam buku Norman Cousins berjudul Anatomy of an Illness, yang menceritakan kisah yang penuh dengan maklumat tentang Pablo Casals, salah seorang pemuzik yang terhandal dalam abad ke 20. Cousins menceritakan pertemuannya dengan Casals tidak lama sebelum hari jadinya yang ke 90 pemain celo yang handal itu. Cousins mengatakan bahawa adalah sangat menyiksakan untuk melihat orang tua itu semasa dia memulakan harinya.

"Dia sangat lemah dan artritisnya tambah melemahkannya sehinggakan dia memerlukan pertolongan untuk memakai pakaian. Emfisemanya sangat jelas semasa dia bertungkus lumus untuk bernafas. Dia berjalan dengan mengheretkan kakinya,badannya bongkok dan kepalanya menjunam ke depan. Tangan-tangannya membengkak dan jari-jarinya menggenggam. Dia kelihatan seperti seorang yang amat tua, dan tersangat letih".

"Sebelum waktu makan, dia berjalan ke arah piano, iaitu salah satu alat muzik yang Casals cekap bermain. Dengan bersusah payah dia membetul-betulkan dirinya di atas kerusi piano. Dia nampaknya bersusah-payah berusaha untuk membawa jari-jarinya yang bengkak lagi tergenggam itu ke papan tanda."

Kemudian sesuatu yang menakjubkan berlaku. Casals dengan tiba-tiba betul-betul dapat mengubah dirinya di depan mata Cousins. Dia telah masuk ke dalam keadaan yang pintar akal, dan semasa dia melakukannya, fisiologinya berubah ke tahap di mana dia mula bergerak dan bermain, menunjukkan di kedua-dua badan dan piano hasil yang sepatutnya hanya berlaku pada seorang pemain piano yang sihat, kuat dan fleksibel. Seperti yang dinyatakan oleh Cousins,

"Jari-jarinya terbuka dengan perlahan-lahan dan mencapai ke arah mata piano seperti tunas-tunas pokok bergerak ke arah cahaya matahari. Belakangnya ditegakkan.Dia nampaknya bernafas dengan lebih mudah".

"Tubuh badannya tidak lagi kaku dan susut tetapi lemah lembut dan benar-benar bebas daripada lingkaran hidup atritisnya. Apabila dia meninggalkan piano, dia kelihatan benar-benar berubah daripada orang yang mula-mula duduk bermain. Dia berdiri dengan lebih tegak dan lebih tinggi; dia berjalan tanpa ada tanda-tanda mengheretkan kakinya. Dia serta-merta berjalan ke meja sarapan pagi, makan bersungguh-sungguh, dan kemudian keluar berjalan-jalan di sepanjang pantai".

Alter selalunya tersembunyi di belakang personaliti utama yang membayangi alter-alter tadi. Tetapi apabila subjek berada dalam keadaan tertentu di mana personaliti utama tidak mampu menanganinya, alter ini akan tiba-tiba muncul dan beraksi. Maka subjek tadi akan berubah menjadi alter lain, berbeza dari alter utama(personaliti utama). Tidak mustahil pula alter ini menggantikan pula alter sebelumnya sebagai personaliti utama subjek tersebut.

Alter inilah yang tersembunyi di dalam setiap orang Melayu yang kenal dirinya, asal-usulnya dan siapa dirinya yang sebenar. 'Melayu' adalah bangsa misteri yang dimaksudkan, telah banyak berubah dari karakter asal mereka ketika berada di wilayah Kanaan dan Sumeria (Mesopotamia) akibat perjalanan masa yang amat panjang selama beribu-ribu tahun dahulu, serta perubahan akibat cuaca dan pengembaraan yang merentasi beratus kilometer menuju ke arah timur untuk menuju ke arah 'The Promised Land' seperti yang diwahyukan Tuhan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Menurut kajian geneologi setakat ini, Nabi Ibrahim (Abram,Abraham) mempunyai tiga orang isteri, iaitu Sarah, Hajar dan yang terakhir Keturah. Sarah telah melahirkan Ishak (Isaac) manakala Hajar (Hagar) pula melahirkan Ismail (Ishmael). Keturah pula melahirkan enam orang anak iaitu Zimran, Jokshan, Medan, Midian,Ishbak dan Shuah. Nabi Ishak menurunkan bangsa Yahudi manakala Nabi Ismail menurunkan bangsa Arab. Kebanyakan teks-teks Judeo-Kristian mahupun Islam banyak menceritakan riwayat kedua-dua orang isteri Nabi Ibrahim ini tetapi lain pula dengan Keturah, isteri bongsu Nabi Ibrahim. Sarah,iaitu mempunyai pertalian keluarga dengan Nabi Ibrahim diketahui jelas berasal dari Tanah Kanaan iaitu tempat Nabi Ibrahim tinggal, manakala Hajar pula berasal dari keluarga diraja Firaun Mesir. Namun majoriti teks-teks Yahudi dan Kristian mendefinisikan Keturah sebagai 'unknown nationality'. Persoalannya,

"Siapakah Keturah ini?"

Dari mana dia berasal?. Telah ditakdirkan dari perut Keturah ini lahirlah bangsa-bangsa agung penakluk seperti Chaldea,Media dan Parsi yang mewarisi bangsa Sumeria, Akkadia,Assyria, Babylon dan lainnya dari kalangan Melayu cucu cicit Nabi Nuh dari jurai keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s di mana di dalam teks Yahudi Kuno mengatakan kelak akan lahir bangsa-bangsa penakluk yang menjadi musuh orang Israel dari saudara mereka sebelah Keturah. Selama beribu-ribu tahun bangsa Yahudi diperangi, dibuli dan dikacau oleh bangsa-bangsa ganas dan kejam yang teramat gagah ini sehingga dibayangkan di dalam hikayat-hikayat mereka sebagai 'raksasa', 'orang gasar(barbarian)', 'kaum yang ganas' dan sebagainya. Jika kita lihat kisah Nabi Musa yang ingin kaumnya memasuki Tanah Palestin, di mana kaum Yahudi berkeras tidak mahu memasukinya kerana terdapat 'kaum yang ganas' di dalam Palestin dan sanggup mengeluarkan kata-kata,

"Biarlah engkau saja yang pergi berperang dengan mereka bersama Allah,dan kami menunggu di sini" (Kisah Nabi Musa)

Perlu diingat, akibat trauma dengan sejarah pedih bangsa mereka yang dibuli oleh saudara mereka yang ramai dari sebelah ibu tiri mereka Keturah, rabbi-rabbi Yahudi telah membeza-bezakan taraf isteri-isteri nabi Ibrahim di mana hanya Sarah saja disebut sebagai isteri (wife) manakala Hajar dan Keturah disebut gundik (concubine). Kita boleh lihat di dalam Perjanjian Lama (Taurat) dan Perjanjian Baru (Injil), di mana mereka telah mengubah tafsiran isteri-isteri nabi Ibrahim.

Sesungguhnya Nabi Ibrahim selaku Rasul Allah yang teramat alim dan warak tidak pernah membeza-bezakan isterinya, meskipun di dalam peristiwa menghantar Siti Hajar dan anaknya Ismail ke lembah gersang di Mekah. Betapa pilu dan hancur hatinya melihat isterinya dan anaknya yang masih kecil terdampar di tengah padang pasir yang panas. Namun perintah Tuhan tetap dilaksanakan mengingatkan tanah yang dipijak Ismail ketika itu adalah Rumah Tuhan yang akan dibangunkannya bersama anaknya Ismail kelak. Adakah hanya Siti Khadijah sahaja sebagai isteri Nabi Muhammad s.a.w manakala isteri-isterinya yang lain hanya layak disebut gundik? TIDAK SAMA SEKALI.

Walhal pada asalnya Siti Sarah adalah wanita yang mandul, sebelum Allah s.w.t mengurniakan Nabi Ishak kepadanya pada saat umur yang terlampau tua. Sebab itulah Siti Sarah berkeras mengahwinkan Siti Hajar (yang disangka hamba perempuan Firaun) dengan suaminya bagi meneruskan keturunan. Bukan sahaja disebut gundik, malah perasaan rasis mereka terhadap keturunan Keturah meleret-leret dengan mengheret keturunan Siti Hajar bersama-sama.Siti Hajar dikatakan hamba Firaun manakala sumber lain pula menyatakan 'gundik Firaun'. Padahal Siti Hajar adalah PUTERI FIRAUN yang diserahkan kepada Nabi Ibrahim untuk menebus rasa bersalah Firaun ketika itu yang ingin memperkosa Siti Sarah semasa Nabi Ibrahim dan Siti Sarah di dalam tahanannya. Dengan kuasa Allah setiap kali Firaun datang untuk memperkosa Siti Sarah, perbuatannya terhalang secara aneh berkat doa Nabi Ibrahim.

Dari situ barulah Firaun sedar bahawa Nabi Ibrahim bukanlah sebarangan orang dan mungkin berasal dari orang suci yang harus dihormati. Akibat rasa bersalah yang teramat sangat,maka bukan sahaja Firaun membebaskan kedua-duanya malah membekalkan mereka dengan seorang perempuan muda yang bertutup wajahnya sebagai 'kifarat' dan hadiah kepada Nabi Ibrahim. Rahsia perempuan muda itu terbongkar ketika perjalanan pulang di mana Nabi Ibrahim membuka tutup kepala perempuan itu sambil bertanyakan asal-usulnya yang pada awalnya disangka seorang hamba yang dihadiahkan kepada mereka. Alangkah terkejutnya Nabi Ibrahim dan Siti Sarah bila mendengar pengakuan dari perempuan itu bahawa dia adalah anak perempuan Firaun bertaraf puteri diraja. Tersentuh hati Nabi Ibrahim sambil mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t yang sememangnya berkehendak menjaga keturunannya sebaik-baiknya.

Jadi keturunan Nabi Ismail yang turun kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah berketurunan diraja dari empayar agung Firaun yang pengaruhnya melewati Anatolia dan Kanaan ketika itu (Firaun ini berbeza langsung dengan Firaun di zaman Nabi Musa kerana Firaun ini hidup lebih lama dari Ramses II kerana sezaman dengan Nabi Ibrahim).

Perlu dingatkan bahawa semasa zaman Nabi Ibrahim tidak ada bangsa yang disebut sebagai Yahudi. Dan sesungguhnya Nabi Ibrahim bukanlah seorang Yahudi. Nabi Ibrahim adalah berasal dari satu kaum purba yang sezaman dengan bangsa Hittites yang telah pupus dan bangsa misteri di Mesir (Firaun tadi) yang mungkin mewariskan rahsia Piramid dan teknologi canggih zaman itu kepada bangsa Qibti yang menjadi pemerintah selepas itu termasuklah Ramses II di zaman Nabi Musa.

dalam Alquran ada disebut:

"Wahai ahli-ahli Kitab! Mengapa kamu berani bertengkar mengenai agama Ibrahim, pada hal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada zaman Ibrahim; patutkah kamu berdegil sehingga kamu tidak mahu menggunakan akal?....Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi dan bukanlah juga baginda seorang Kristian".
(Ali Imran: 65 - 68)

Bangsa Yahudi diturunkan dari jurai keturunan Nabi Ishak di mana anaknya Yaakub telah digelar sebagai isra' yang bermaksud suka berjalan malam akibat dari kegemaran Nabi Yaakub yang berjalan malam. Dari Nabi Yaakub ini turunlah anak-anaknya termasuk Levi,Yusuf,Bunyamin dan Yahudza. Di sini kita dapat mengesan perkataan yang memaparkan karakter Yahudi seperti Levi dan Yahudza. Bunyamin (Benjamin) pula adalah adik kesayangan Nabi Yusuf, yang kembali bertemu dengan Nabi Yusuf setelah sekian lama terpisah ketika Nabi Yusuf pada waktu itu menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan Raja Mesir (dalam hal ini pemerintah Mesir pada waktu itu digelar al-Aziz bermaksud raja).

Pada waktu itu bangsa Yahudi masih menjadi bangsa belasahan dan di bawah pemerintahan bangsa purba lain sehinggalah menjadi semakin kuat dan berjaya menubuhkan kerajaan sendiri sepertimana di era Nabi Sulaiman dan Nabi Daud. Dalam pada itu keturunan dari saudara -saudara mereka yang enam orang tadi dari sebelah Keturah telah membina kekuatan yang amat dasyat, pada masa yang sama mereka telah mula maju sedikit demi sedikit lebih pantas dari bangsa Yahudi, mencipta pelbagai ilmu sains dan teknologi yang canggih,membina negarakota-negarakota yang bertembok tinggi dan tebal, membina organisasi-organisasi moden yang sistematik serta menyusun balatentera yang gagah dan teknik peperangan yang maju.

Perlu dingat ketika ini dunia di sebelah lain seperti di Tanah Besar Cina dan Benua Kecil India masih mundur dan kurang berpenghuni. Adakalanya kaum-kaum dari sebelah Barat ini,(di mana pusat ketamadunan manusia purba bermula dari sini di sekitar Mesopotamia) telah mengembara ke India dan China untuk menangkap kaum asli yang masih bercawat di dalam hutan untuk dijadikan hamba atau buruh kasar membina tembok-tembok dan kota (peristiwa ini dapat dihayati jika kita menonton filem Apocalypse arahan Mel Gibson atau 1000000 B.C). Pada masa yang sama bangsa Yahudi masih ditakuk lama, hidup bermalas-malasan sambil mengharap belas ihsan bangsa-bangsa yang lebih gagah dari mereka. Sehinggalah mereka bertembung kembali dengan bangsa-bangsa keturunan Keturah seperti Media (Madyan) dan Babilon (Babil) serta Chaldea (Kaldan) yang mula merampas tanah-tanah mereka dan mula mengganas memusnahkan kediaman mereka.

Bangsa Yahudi menjadi bangsa hamba di bawah pemerintahan bangsa-bangsa hebat yang menjajah mereka berkurun lamanya secara bersilih ganti. Bangsa ini pernah dibawa beramai-ramai ke kota Babilon untuk dijadikan hamba, pencacai, buruh kasar, kuli dan orang gaji dibawah kekuasaan Emperor Nebuchadnezzar (Buktanassar) dalam keadaan hina dengan dirantai kaki dan tangan mereka. Pada masa ini semua suhuf-suhuf dan Taurat telah dibakar oleh pemerintah dan hanya segelintir dari mereka berjaya menyimpan dan menghafal isi kitab itu secara sembunyi-sembunyi.

Di waktu pemerintahan Babilon inilah bangsa Yahudi telah banyak tersesat jauh dengan mengamalkan sihir dan penyembahan syaitan akibat kekurangan ajaran agama dan tekanan hidup yang tinggi. Mereka mula mengabdikan diri kepada amalan spiritual yang pelik-pelik dengan harapan syaitan akan membantu mereka melepaskan mereka dari penderitaan di bawah penjajahan bangsa Babilon. Disinilah bermulanya amalan 'Babilonian Magic' yang menjadi asas Sihir Gematria, Necronomicon, Kultus Pentagram, Ramalan Tarot dan Persaudaraan Ular Iblis menyebabkan terjadinya insiden Harut dan Marut seperti yang dikisahkan dalam Al-Quran.

Kegilaan bangsa Yahudi ini dalam mempelajari sihir telah menjauhkan mereka dari hidayah Tuhan dan menyebabkan ramai nabi diutus kepada mereka bagi membetulkan akhlak mereka. Bangsa Yahudi adalah bangsa spiritual. Mereka peka kepada perkara-perkara bersifat ghaib dan misteri. Mereka percaya kepada makhluk halus dan kuasa sakti. Mereka gemar mempelajari sisi spiritual dari bangsa-bangsa gagah yang menjajah mereka silih berganti.

Berbalik kepada wanita misteri yang menjadi isteri ketiga Nabi Ibrahim, tidak banyak diketahui tentang kehidupannya malah berasal dari kawasan mana ataupun dari jurai keturunan mana walaupun sudah pasti berasal dari kelompok pengikut Nabi Nuh mahupun mungkin terus berasal dari kaum kerabat Nabi Nuh sendiri. Sumber-sumber kuno Yahudi juga masih samar-samar dalam membicarakan asal-usul Keturah, si wanita misteri ini. Tetapi jika disusur dari kehidupan Nabi Ibrahim sebagai 'patriarch' (gelaran yang diberikan kepada lelaki yang menjadi ketua keluarga yang sekaligus sebagai pemimpin atau raja bagi kaum kerabatnya yang terhormat dan besar) memungkinkan baginda hanya berkahwin dengan suku terhormat sahaja. Tambahan pula Keturah telah melahirkan anak-anaknya yang gagah-gagah dan hebat.

Keturah bermaksud kemenyan atau pun wangi-wangian yang kadangkala digunakan dalam upacara ritual. Dari sini kita dapat menyelusuri susurgalur bangsa Melayu sebagai bangsa spiritual. Tidak diketahui siapakah ibu bapa Keturah. Tetapi terdapat sumber yang mengatakan kemungkinan Keturah berasal dari kaum kerabat raja agung Sargon yang memerintah Akkadia (namun begitu teori yang paling meyakinkan setakat ini ialah Keturah berasal dari Timur Jauh; tempat di mana keturunan nabi Ibrahim diarahkan menyebar selepas itu). Jika demikian maka sahlah bangsa misteri ini sememangnya berasal dari keturunan raja-raja agung sepertimana Arab Quraisy yang berketurunan dari Raja Mesir dari bangsa misteri yang memerintah Sungai Nil ketika itu.

Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas. Firaun-firaun Mesir hanyalah membaikpulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi terlampau lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia. Anda boleh tonton filem 1000000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini. Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana. Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat.

Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan. Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid? Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat di bumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat di langit. Piramid Mesir adalah penunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah penunjuk arah ke Baitul Makmur di langit. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.Tidak percaya?.

Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum Banjir Besar di zaman Nabi Nuh. Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara. Setiap rumah ada sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi. Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia. TIDAK...TIDAK SAMA SEKALI. Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia, haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih. Di sini kita dapat mengetahui bahawa profesion Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal.

Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang? FIKIRKAN. 100 orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera nabi Nuh teramatlah sedikit. Malahan pula para pengikut nabi Nuh terdiri dari orang miskin yang lemah dan melarat sahaja. Nabi Nuh juga membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja). Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada pengkaji Barat mengatakan Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing. Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya. Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.

Masih tidak percaya?. Kalau kita lihat kronologi kemajuan manusia pun kita dapat melihat logik atau tidak kenyataan ini. Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi. Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup. Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa? Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh. Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun), maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar. Maka jika berfikir seperti ini, kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO. Peperangan pun melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.TETAPI ADAKAH SEMUA KEMAJUAN ITU BERGUNA APABILA TIBA BALA BENCANA? Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah s.w.t setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan.

Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan. Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini. Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar. Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan. Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.

Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini. Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua, bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja. TIDAK SAMA SEKALI. Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik. Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD,CD-RW,DVD,DVD-RW atau sebagainya) di China. Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Afrika! Apa maksud semua ini? Berapa umur Bumi sebenarnya? Berapa umur umat manusia sebenarnya?.

Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason. Mereka ada sebab untuk mengelirukan manusia. Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan. Maka setelah Banjir Besar, para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir. Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu, bercucuk tanam dan mengail ikan. Di waktu-waktu malam mungkin mereka berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua di kalangan mereka tentang kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta. Mereka juga menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.

Sudah tentu cucu-cicit mereka tercengang bangang mendengar 'dongeng-dongeng' ini dikala kehidupan mereka sekarang ditahap zaman Paleolitik. Maka keluarlah pelbagai mitos mengenai 'keajaiban' cerita-cerita ini. Dan tidak hairan jika ada di antara mereka yang 'nakal' mula berangan-rangan tentang dewa-dewi yang menaiki kenderaan terbang dan berperang menggunakan senjata nuklear seperti yang kita dapati dari kitab Hindu Mahabrata. Malah tidak keterlaluan jika ada pengkaji yang merumuskan dewa-dewi orang Hindu diambil dari anak-anak raja kerajaan Rama, Atlantis dan Lemuria yang tenggelam di dasar lautan.

Cuba perhatikan patung-patung sembahan Hindu. Dewa-dewi yang termasyhur semuanya berkulit cerah dan segak-segak seperti raja-raja purba. Apakah yang dikatakan oleh orang-orang gua apabila bertemu seorang yang kacak turun dari helikopter sambil memegang telefon bimbit? Lelaki tampan tadi akan dianggap sebagi dewa yang berkuasa!! Itulah yang terjadi kepada orang-orang Hindu. Mereka sebenarnya menyembah raja-raja purba yang digambarkan melalui kitab-kitab purba mereka seperti Ramayana dan Mahabharata, Veda serta Upanishad. Sudah tentu cucu-cicit keturunan Nabi Nuh yang menurunkan bangsa-bangsa moden selepas itu yang menceritakan kisah-kisah ajaib nenek moyang mereka yang menaiki pesawat terbang, komputer, reaktor nuklear dan kereta mewah seperti Mercedes Sport dan Ferrari! FIKIR-FIKIRKAN....tidak rugi kita meluangkan masa sejenak untuk berfikir asal-usul kita.

Mistik file

Read More..