Ahad, 8 Ogos 2010

Keampunan


Keampunan - Mel


Sajak Imam Bukhari r.a

Di kala malam yang sunyi sepi
Bani insan tengah tenggelam
dalam tidur dan mimpi
musafir yang malang ini
tersentak bangun pergi membasuh diri
untuk datang menghadap-Mu tuhan

Lemah lututku berdiri
di hadapan-Mu
sedu sedan tangisku keharuan
hamba yang lemah serta hina ini
Engkau terima jua mendekat
bersimpuh di bawah Duli Kebesaran-Mu

Tuhan
Hamba tidak pasti
bagaiman penerimaan-Mu
di kala mendengar pengaduan hamba
yang penuh dosa dan noda ini

Dalam wahyu yang Engkau nuzulkan
Engkau berjanji
untuk sedia menerima pengaduan
dan sudi memberi keampunan

Dan Muhammad Rasul-Mu
yang mulia itu ada nyatakan:
Ampunan-Mu Tuhan lebih besar
dari kesalahan insan
hamba percaya pada tutur kepastian itu
sebab itu hamba datang wahai Tuhan
bukan tidak redha dengan ujian
cuma hendak mengadu pada-Mu
tempat hamba kembali nanti
memohon sakinah, maghfirah dan mutmainnah..


Download
Mp3
Ringtone


Isnin, 2 Ogos 2010

Said Bin Zaid Bin Amru Bin Nufail


Said bin Zaid bin Amru bin Nufail Al Adawi atau sering juga disebut sebagai Abul A'waar lahir di Mekah 22 tahun sebelum Hijrah. Beliau termasuk sepuluh orang yang diberi khabar gembira akan masuk syurga oleh Nabi s.a.w.

"Wahai Allah, jika Engkau mengharamkanku dari agama yang lurus ini, janganlah anakku Sa’id diharamkan pula daripadanya.” (Doa Zaid untuk anaknya Said).

Ayah Said bernama Zaid bin Amru bin Nufail, tidak suka dan tidak pernah mengikuti ajaran jahiliyah. Beliau, yang diberi gelar Hanif, adalah penyelamat bayi perempuan yang ingin di bunuh oleh bapanya pada masa tersebut dan mengambilnya sebagai anak angkat. Beliau juga tak pernah menyekutukan Allah, juga tak pernah menggunakan apa pun sebagai perantaranya dengan Allah. Beliau pernah mempelajari agama Yahudi dan Nasrani, tapi masih juga tak berpuas hati, sampai akhirnya beliau bertemu dengan seorang rahib yang memberitahu bahawa Allah akan mengirimkan seorang Nabi dari kalangan bangsa Arab. Oleh kerana itu beliau memutuskan untuk kembali ke Mekah. Di tengah jalan beliau terbunuh oleh kawanan perompak sehingga tak sempat kembali ke Mekah. Tapi doanya agar Allah tidak menghalangi anaknya masuk Islam sebagaimana beliau terhalang akhirnya terkabul.

Allah memperkenankan doa Zaid. Pada waktu Rasulullah s.a.w mengajak orang ramai untuk masuk Islam, Said segera memenuhi panggilan Islam. Said bin zaid menjadi pelopor orang-orang beriman dengan Allah dan membenarkan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

Said bin Zaid tidak seorang diri masuk Islam , beliau bersama-sama dengan isterinya, Fathimah binti Khathab, adik perempuan Umar bin Khatthab. Kerana pemuda Quraisy ini masuk Islam, dia disakiti dan dianiaya, serta dipaksa oleh kaumnya agar kembali kepada agama mereka. Tetapi jangankan mereka berhasil mengembalikan Said dan isterinya kepada kepercayaan nenek moyang mereka, bahkan sebaliknya Said dan isterinya berhasil menarik seorang laki-laki Quraisy yang paling berani dan gagah, baik fizikal mahupun intelektualnya masuk ke dalam Islam. Mereka berdualah yang telah menyebabkan Umar bin Khathab masuk Islam.

Said bin zaid pernah hijrah ke Habsyah (Ethiopia), kemudian Madinah, dan Rasulullah s.a.w mempersaudarakan beliau dengan Ubay bin Ka’ab.Rasulullah s.a.w pernah mengutus beliau bersama Thalhah bin Ubaidillah untuk mengintai kafilah Quraisy yang pulang dari berniaga, dan saat keduanya melaksanakan tugas, terjadilah perang Badar yang berakhir dengan kemenangan untuk kaum muslimin, kemudian keduanya pulang dan Rasulullah s.a.w memberikan keduanya bahagian dari harta rampasan perang. Said terkenal dengan keberaniannya dan kegagahannya, dan selalu mangikuti setiap peperangan.

Baliau termasuk seorang yang doanya selalu dikabulkan oleh Allah, diriwayatkan bahawa Arwa binti Uwais telah melakukan kebohongan dengan menuduhnya merampas sebahagian tanah miliknya, kemudian perempuan itu pergi ke Marwan bin Hakam yang waktu itu menjadi sebagai gabenor Madinah, dan mengadukan masalahnya. Maka Marwanpun mengutus seseorang kepada Said untuk berjumpanya, lalu Marwan berkata,"Sesungguhnya wanita ini menuduh engkau telah merampas tanahnya," Said berkata,"Bagaimana mungkin saya menzaliminya sedangkan saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Barangsiapa yang mengambil tanah orang lain walau sejengkal maka nanti di hari kiamat Allah akan memikulkan tujuh lapis bumi kepadanya”. Marwan berkata : “Jadi engkau harus bersumpah”, Said berkata : “Ya Allah jika wanita ini berdusta, maka janganlah engkau matikan dia kecuali matanya lebih dahulu buta, dan menjadikan kuburnya di sumur dan meninggalkan tanah yang diakui itu sebagai miliknya menjadi kuburannya”. Setelah waktu berjalan, mata Arwa menjadi buta dan selalu dipimpin oleh pembantunya, dan pada suatu malam dia bangun dari tidurnya, sedangkan pembantunya belum bangun lalu berjalan dan dirinya terjatuh ke dalam sumur lalu mati dan dijadikan sumur itu sebagai kuburnya.

Said bin Zaid adalah sahabat yang sangat terkenal di kalangan manusia, beliau mencintai mereka dan merekapun mencintainya, dan waktu terjadi fitnah di kalangan umat Islam beliau tidak ikut di dalamnya, beliau sangat tekun dalam ketaatan kepada Allah dan beribadah kepada-Nya hingga akhir hayatnya.

Said bin Zaid meninggal pada umur 73 tahun, 51 tahun sesudah Hijrah di Madinah, Saad bin Abi Waqqash dan Abdullah bin Umar yang menolong masukkan jenazahnya ke dalam liang lahat.

Download
Mp3
Ringtone

Jumaat, 30 Julai 2010

Gugurnya 'Singa Allah'


Hamzah Asadullah-Inteam
KESEDIHAN PARA MUKMININ,
MASIH TERPANCAR DI PEDANG MUSYRIKIN,
SEDANG DARAH PARA SYUHADAK,
MASIH MERAH DI LANTAI SIRAH.

KETAMAKAN KEPADA HARTA,
MUNGKIN ITU JADI PUNCANYA,
MAKA ALLAH MENJADI MURKA,
SEHINGGA NABI PUN TURUT TERLUKA.
DALAM RAMAI UMAT YANG GUGUR,
SATU JASAD TUBUHNYA HANCUR,
KEPILUAN MERATAPAN,
MENANGISI SUATU KEHILANGAN.
DAN SETELAH DIKENALPASTI,
DIA HAMZAH PERISAI NABI,
JIWA RAGA DIKORBANKAN,
AGAR ISLAM TETAP TERSELAMAT.
DISEBALIK KETEWASANMU,
ADA SYURGA SEDANG MENUNGGU,
TIAP PERINTAH MENGANDUNG HIKMAH,
KEINGKARAN KAN MENGUNDANG PADAH.
HUA SAIDUNA HAMZAH ASADULLAH,
DIKAULAH PERISAI RASULULLAH,
BERJUANG BERKORBAN DEMI ALLAH.

SUDAHKAH PUAS HATIMU HENDON,
DAPAT MELAPAH HATI DAN JANTUNG,
TERBALASKAH DENDAM KESUMAT,
YANG SEKIAN LAMA TELAH TERSEMAT.
LAILAHAILLAH... LAILAHAILLAH...
LAILAHAILLAH... LAILAHAILLAH...


TERCETUSLAH perang Uhud. 'Singa Allah' itu tampil ke muka. Musuh pertama yang tumbang akibat pedang Hamzah ialah Artan bin Abdu Syurahbil, kemudian pembawa bendera Quraisy, Usman bin Abu Talhah, setelah itu Sibak bin Abdul Uzza dan berpuluh-puluh perajurit Quraisy bergelimpangan.

Setelah ramai tentera Qurasiy gugur, tibalah saat Hamzah menemui panggilan Allah.

Wahsyi menceritakannya:

"Kulihat Saidina Hamzah laksana singa garang. Kepala yang tercerai dari badan akibat pedangnya tidak terkira banyaknya. Ketika Sibak mengajaknya bermain pedang, Saidina Hamzah menjawab dengan pukulan yang mengakhiri ajal Sibak.

"Tidak jauh daripadanya aku bersembunyi di balik batu. Hamzah tidak melihatku. Kutujukan lembing ke arah Saidina Hamzah. Setelah aku pastikan sasarannya, aku segera melemparkan lembingku. Kulihat Hamzah rebah. Kubiarkan hingga dia mati.

"Setelah itu baru kudatangi dan kucabut lembing yang masih terbenam di tubuhnya. Aku lalu menghilang di tengah-tengah peperangan yang sedang bersemarak. Tujuanku hanya untuk membunuhnya. Tidak lebih dari itu."

Wahsyi menambah:

"Hindun membedah tubuh Hamzah sebaik-baik mengetahui 'Singa Allah' itu gugur. Diambil limpanya untuk dimakan. Tetapi kerana tidak sanggup menelannya, Hindun meluahkannya semula."

Hindun naik ke batu besar lalu berteriak lantang:

Dendam di Badar berbalas kini

Perang berkobar membakar segala

Hatiku pedih tidak terperi

Utbahku dahulu telah sirna. Nazarku kini sampailah sudah

Wahsyi pengubat luka dadaku

Baktimu Wahsyi kukenang sentiasa

Hingga tulangku berkecai dalam pusara.

Ketika diceritakan kepada Nabi Muhammad saw perihal perbuatan Hindun, Nabi bersabda:

"Adakah wanita durjana itu memakannya?"

"Tidak!" jawab mereka.

"Allah tidak memasukkan sedikit pun bahagian tubuh Saidina Hamzah ke dalam neraka," Nabi saw menambah.

Jenazah Hamzah telah disembahyangkan sebanyak 70 kali oleh orang ramai, kemudian barulah dikebumikan sekuburan dengan saudaranya, Abdullah bin Jahasy.

Rasulullah kemudian menyatakan, Malaikat Jibril telah mendatangi baginda dan memberitahu:

"Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib telah tertulis namanya sebagai warga langit yang tujuh."

Pada hari itu turunlah wahyu Allah bermaksud:

"Andai kamu menyeksa, seksalah sepadan dengan penyeksaan yang dilakukan kepadanya. Tetapi kalau kamu sabar, maka kebahagiaanlah bagi orang-orang yang sabar."

Wahyu Allah ini diturunkan sebagai meredakan hati Nabi saw. Segala perbuatan kaum Quraisy terhadap bapa saudaranya Hamzah, kemudian Nabi saw maafkan di samping melarang segala bentuk penganiayaan.

Baginda pulang bersama tentera Islam yang lain. Sebaik-baik saja baginda masuk ke rumahnya di Madinah, baginda terdengar suara ratapan beberapa orang wanita terhadap para pejuang mereka yang telah gugur.

"Gerangan apakah ini?" tanya baginda.

"Wanita-wanita Ansar meratapi para pahlawan mereka yang gugur, wahai Rasulullah!" sahut seorang sahabat.

"'Kasihan, Saidina Hamzah tiada wanita yang meratapinya," sabda Nabi saw lagi sambil berdoa untuk kebahagiaan Saidina Hamzah.

Ketika hari pembukaan (futuh) Mekah, Rasulullah SAW telah mengutus seseorang kepada Wahsyi untuk menyerunya kepada Islam. Akhirnya Wahsyi memeluk Islam, lalu dibawa ke hadapan Rasulullah SAW.

Rasulullah bertanya, "Kamukah yang bernama Wahsyi?"
"Ya," jawab Wahsyi.
"Kamukah yang telah membunuh bapa saudaraku Hamzah?" tanya Rasulullah.
"Benar," jawab Wahsyi. "

"Ceritakan kepadaku bagaimana kamu melakukan pembunuhan itu ," pinta Rasulullah.

Wahsyi pun menceritakan satu persatu apa yang telah dilakukan kepada bapa saudara Nabi itu, bagaimana tubuh bapa saudara baginda dilapah dengan kejam oleh Hindun dan dimakan hati dan jantungnya.Selesai sahaja bercerita, Rasulullah SAW yang dalam keadaan teramat sedih berkata kepadanya: "Pergilah kamu dari sini. Jangan engkau muncul lagi di hadapan mataku."

Hancur luluh hati Wahsyi mendengar kata-kata yang keluar dari mulut baginda. Namun dia akur dan insaf bahawa perbuatannya dahulu telah menyakiti hati kekasih Allah iaitu Rasulullah SAW. Walaupun dosanya telah diampunkan lantaran memeluk Islam, tetapi atas kasih sayang Rasulullah, dia dilarang menampilkan diri di hadapan baginda, takut-takut perasaan Rasulullah tercacat apabila terpandang wajahnya. Mencacatkan hati kekasih Allah sangat besar akibatnya dan tidak akan selamat di dunia lebih-lebih lagi di Akhirat.

Lalu Wahsyi yang sedar akan kedudukannya, redha menerima ketentuan itu. Dia memperbaiki dirinya dan meningkatkan ketaqwaannya kepada Tuhan. Sewaktu-waktu menghadiri majlis baginda, Wahsyi mengintai-ngintai dari jauh untuk melihat wajah Rasulullah SAW. Semakin hari hatinya semakin cinta dengan Nabi SAW. Dan semakin hari hatinya juga semakin rasa berdosa terhadap baginda atas perbuatannya dahulu. Lalu timbul azam di hatinya untuk menebus kembali dosa-dosanya itu dengan melakukan sesuatu yang akan menggembirakan baginda.

Wahsyi bertekad dan berazam tidak akan pulang lagi ke Kota Mekah demi untuk merebut cinta kekasih Allah iaitu Muhammad SAW. Beliau benar-benar ingin menebus kesalahannya dengan menyebarkan Islam. Keazaman Wahsyi itu telah dibuktikannya dengan menjelajah ke seluruh pelosok dunia untuk berdakwah mengajak seramai mungkin manusia kepada Islam, hingga akhirnya beliau mati di luar Jazirah Arab.

Download
Mp3
Ringtone

Selasa, 27 Julai 2010

Maher Zain

Istimewanya Maher Zain



Lupakan sejenak tentang drama atau kumpulan dari korea yang pernah aku tulis sebelum ni. Actually aku tertarik dengan penyanyi yang bernama Maher Zain. Siapa Maher Zain, tak kenal pun? Memang rugi beb tak kenal dia ni. Ok ni serba ringkas tentang si Maher Zain.

Sumber inspirasi pertama Maher dalam muzik datangnya dari bapanya sendiri iaitu penyanyi tempatan di bandar Mediterranean, Tripoli – Lubnan. Keluarganya berpindah ke Sweeden ketika dia berumur 8 tahun dan meneruskan persekolahannya dan kemudian masuk universiti sehingga dia mendapat sarjana dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. Disebabkan banyak perkara yang berubah di sekitarnya, satu perkara yang tetap sama ialah hasratnya yang kuat untuk muzik. Dia menghabiskan masa akhir di sekolah dengan teman-temannya di mana mereka akan bernyanyi, rap, menulis dan bereksperimentasi dalam segala hal berkaitan dengan muzik. Ketika itu dia mula menyedari yang muzik menjadi sebahagian dari dia.

Setelah terlibat sekian lama dalam bidang muzik di Sweden sebagai penerbit muzik, Maher diperkenalkan oleh RedOne seorang penerbit muzik yang berbakat dan meningkat naik dalam bidang muzik di Sweden. Maher mula bekerja dengan RedOne sebagai artis dari Sweden dan kemudian pindah dengan dia ke New York. Selama beberapa tahun ia berada di tengah-tengah kesibukan kota NY, mereka bekerjasama dengan artis seperti Kat Deluna di album debutnya yang termasuk lagu yang mendapat hits seperti ‘Whine Up’ dan ‘Run the Show’.

Walaupun Maher mengecapi kemasyhuran dan banyak orang menggambarkan sebagai pekerjaan mimpi bagi seseorang yang begitu muda dalam bidang ini, tetapi untuk Maher rasanya seperti ini jauh dari apa yang dia sebut ‘mimpi’, “saya mencintai muzik, tapi saya benci segala sesuatu yang dikelilingi itu, selalu merasa seperti ada sesuatu yang tidak benar “.

Seriously aku jarang dengar lagu-lagu dari luar melainkan aku betul-betul suka dengan lagu tu atau artis tu sendiri contohnya macam Taylor Swift. Tapi kali ni lain kerana apa yang buat aku lebih minat dengan dia ialah konsep dan kelunakkan suara dia ni. Secara am’nya konsep yang dia bawa lebih kepada berbentuk islamik. Serius memang semua lagu-lagu dari dia memang superb bagi aku. Tak boleh nak bandingkan mana yang best, bagi aku semua best dan ada kekekuatan tersendiri dari segi susunan lirik dan lagu. Kebanyakkan lagu-lagu berbentuk ketuhanan ni sesuai sangat dengan semua peringkat umur dan boleh membuatkan hati kita tenang apabila mendengar. So enjoy the song randomly choosen by me. Bagi yang pertama kali dengar pasti jatuh cinta dengannya.

kredit to http://www.khairilafzal.com/



FOR THE REST OF MY LIFE-Maher Zain
I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Through days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
Repeat Chorus
I know that deep in my heart..


Download
Mp3
Ringtone




Sabtu, 24 Julai 2010

SEJARAH POLITIK KELANTAN

Oleh: Drs Saiful Bahrin Mohamad.


Beruntung Jadi Anak Kelantan-Cikgu Sulizi

Dunia perpolitikan di Kelantan tidak pernah sepi, sekali isu melanda geloranya semakin membadai. Di mana-mana sahaja bicara politik akan kedengaran baik di desa-desa maupun di bandar-bandar, dari rakyat bawahan sampailah keperingkat rakyat atasan. Semuanya yang berlaku itu ada motif yang tertentu; motif tersirat dan tersurat.

Kelantan yang mendapat nama jolokan Serambi Mekah di abad kesebelas Masehi, terkenal sebagai gedung ilmu Islam dan negeri tadahan Wahyu. Sehinggakan ramai rakyat Kelantan terdiri daripada ahli ibadah dan ahli makrifah yang melahirkan ramai ulamak yang mempunyai semangat kasihkan agama, bangsa dan tanahair serta mempunyai kefahaman politik.

Fahaman politik orang Kelantan banyak dipengaruhi oleh latar belakang pendidikan mereka. Ramai kalangan orang Kelantan berpendidikan Islam. Mereka mendapat pendidikan itu sama ada secara formal ataupun tidak formal. Bagi mereka yang mempunyai pendidikan Islam, parti PAS menjadi pilihan sebagai wadah perjuangan dengan tidak menafikan sebahagian daripadanya ada yang berlatar belakangkan pendidikan sekular.


PAS dan Umno

Sejarah politik Kelantan adalah PAS dan Umno merupakan dua parti yang mendominasikan fahaman politik orang Kelantan. Ini menyebabkan kelahiran parti-parti lain tidak mendapat sokongan, kalaupun ada sokongan hanya sebahagian kecil sahaja. Meskipun begitu, prinsip demokrasi di negara ini tetap memberikan kebebasan kepada orang Kelantan bagi menentukan kuasa politik dan bentuk pemerintahan di negeri ini.

Tidak terlalu keterlaluan jika dikatakan orang Kelantan kuat berpolitik. Ini jelas dapat dilihat bahawa orang Kelantan sudah beberapa kali menukar bentuk kerajaan mereka. Dalam pilihan raya pra-merdeka pada 27 Julai 1955, Perikatan diberi mandat penuh, tetapi dalam pilihan raya pertama selepas merdeka pada Ogos 1959, PAS telah diberi mandat untuk menerajui kerajaan Kelantan apabila menang besar, iaitu 28 kerusi daripada 30 kerusi yang dipertandingkan.

Dimageran

Kemudian pada tahun 1978, kerajaan PAS Kelantan telah dimagerankan ekoran krisis dalaman yang dicetuskan oleh perancangan Umno, maka telah membawa kepada pilihan raya khusus negeri Kelantan pada 11 Mac 1978. Barisan Nasional telah berjaya menerima mandat kali kedua menerajui kerajaan Negeri dengan PAS hanya mampu bertahan di dua kerusi; satu di Sering dan satu lagi di Manek Urai.

Meskipun begitu hasrat orang Kelantan memilih kerajaan Barisan Nasional adalah untuk membangun dan maju. Hasrat ini, jelas sekali tidaklah ke mana. Harapan orang Kelantan kepada janji pemimpin Umno mengatasi kemelut pembangunan dan kemiskinan rakyat sebagaimana dijanjikan jelas tidak kesampaian. Justeru itu, berlakunya krisis keyakinan hampir keseluruhan orang Kelantan terhadap kerajaan Barisan Nasional. Lantaran itu, dalam pilihan raya 21 Oktober 1990, sekali lagi orang Kelantan mengambil sikap mengubah kepimpinan kerajaan negerinya dari Barisan Nasional kepada Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan). Dalam pilihan raya itu, Angkatan telah berjaya merampas kesemua kerusi yang dipertadingkan, iaitu 39 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 13 kerusi Parlimen.

Kemenangan Angkatan di Kelantan pada tahun 1990 cukup bermakna. Rakyat Kelantan telah dilihat bersatu di bawah kepimpinan ulamak yang menawarkan konsep politik "Membangun Bersama Islam" dan berprinsipkan "Islam sebagai Ad-din". Apa yang penting di sebalik perubahan kerajaan Barisan Nasional kepada Angkatan adalah mengandungi harapan hampir keseluruhan orang Kelantan terhadap misi perpaduan dan pembangunan yang berteraskan Islam. Ia juga secara tersirat bermakna kemenangan kepada PAS yang telah 12 tahun mempertingkatkan misi dakwah politik Islam dalam masyarakat. Maka rakyat Kelantan telah menyahut seruan perjuangan PAS dengan membuktikan Ketua Dewan Ulamak PAS, Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz terpilih sebagai Menteri Besar. Harapan itu jelas termakbul, tatkala kemenangan itu dikongsi bersama dengan beberapa bekas pemimpin Umno yang dulunya (tahun 1978) bersubhat menjatuhkan PAS di Kelantan yang kini (pada pilihan raya 1990) telah berpadu dengan PAS menghadapi Barisan Nasional. Betapa orang Kelantan telah tahu, peranan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) ketika PAS bersama-sama dalam Barisan Nasional dan semasa PAS dilanda krisis.

Kembalinya Ku Li

Oleh hal yang demikian, orang Kelantan dengan penuh kekagetan ingin melihat benar-benar "kembalinya Ku Li" berperanan untuk menunjuk baik kepada PAS dan orang Kelantan, setelah gagal dengan misi pembangunannya ketika merampas Kelantan dari PAS tahun 1978 dulu. Namun yang terjadi, bukanlah seumpama yang diimpikan! Perubahan dan perpaduan yang diharapkan terlerai di perjalanan. Hanya sepenggal pilihan raya Ku Li boleh bersabar. Kerenah lama Ku Li menjadi-jadi semula selepas lima tahun bersama-sama PAS. Ku Li telah kembali semula kepada Umno dan berkongsi kuasa dalam kerajaan Barisan Nasional.

Namun tidaklah orang Kelantan kecewa dengan pendirian dan kerenah Ku Li itu, malah ramai juga yang bersyukur lantaran telah memberi laluan murni bagi Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz dan PAS secara umumnya mengurus negeri Kelantan. Hakikat ini terserlah daripada beberapa usaha pihak tertentu yang cuba mempengaruhi orang Kelantan supaya menolak PAS dan membenci kepimpinan Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz, tetapi kesemua usaha kerenat itu gagal di hati rakyat. Apa yang berlaku orang Kelantan tetap setia dengan PAS dan terus menyokong kepimpinan Taun Guru Hj
Nik Abdul Aziz.

Apakah hakikat yang terjadi lantaran orang Kelantan kuat berpolitik? Mungkin perkara itu "ya", tetapi yang nyata orang Kelantan ada sikap yang unik dalam menilai isu-isu politik yang melibatkan dirinya, negerinya dan pemimpinnya, hatta terhadap rajanya.

Meskipun begitu, sejarah silih ganti kerajaan di Kelantan telah dilihat oleh pengkaji politik tanah air sebagai menandakan rakyat Kelantan matang berpolitik dan terlalu peka dengan isu-isu semasa serta sanggup mengubah haluan fahaman politik mereka.

Namun demikian, bukan semua pendapat tersebut boleh diterima umum. Berdasarkan kewujudan pelbagai parti politik di Kelantan sejak merdeka sehingga pilihan raya 1995 lalu ia adalah suatu manifestasi daripada pemikiran politik orang Kelantan. Meskipun tidak dapat dinafikan bahawa kewujudan parti-parti politik (selain PAS dan Umno) adalah sebenarnya kerana pengaruh semasa pemimpin politik yang bermasalah sahaja. Konflik dalaman sesebuah parti menyebabkan tumbuhnya parti-parti politik kecil yang boleh dianggap sebagai parti serpihan seperti Berjasa, Hamim, Semangat 46 dan Akim. Namun parti-parti serpihan ini hanya mendapat tempat di hati orang Kelantan dalam tempoh sebentar sahaja, dan parti-parti serpihan ini hanyalah berorientasikan musim pilihan raya semata.

Pemimpin dari luar

Bagi setengah pihak pula melihat dan melabelkan orang Kelantan sebagai bersikap kedaerahan (Parochialism). Mungkin label yang diberikan itu agak negatif pada pandangan orang Kelantan sendiri atau mungkin keterlaluan jika dianalisis dari sudut sejarah dan pengalaman PAS sebagai sebuah parti Islam yang memperjuangkan dasar yang universal. Ini adalah kerana sejarah politik Kelantan terbukti orang Kelantan (khususnya orang PAS) mudah menerima pemimpin politik dari luar sebagai wakil rakyat mereka. Prof Zulkifli Mohamad, Abu Bakar Hamzah, Haji Othman Abdullah dan yang terbaru Mohamad Sabu dari Pulau Pinang dan Dr Daeng Sanusi Mariok dari Johor adalah di antara yang berjaya memasuki Dewan Rakyat melalui pemilihan rakyat Kelantan. Kalaulah benar orang Kelantan bersifat kedaerahan sudah semestinya Dr. Daeng Sanusi dan Mohamad Sabu, kedua-duanya dari PAS tidak akan dipilih, mereka sudah tentu akan memilih Husin Ahmad dan Annuar Musa sebagai wakil rakyat mereka kerana mereka berdua adalah anak Kelantan jati.

Oleh hal yang demikian, tidaklah berbangkit isu orang Kelantan terlalu berpolitik atau kedaerahan dalam berpolitik. Penting sekali bagi melihat orang Kelantan adalah sejauh mana prinsip dan dasar yang dipegang oleh seseorang pemimpin dalam konteks pengharapan masyarakat terhadapnya. Pernah orang Kelantan (orang PAS) menolak kepimpinan Dato' Asri Haji Muda daripada bertanding di kerusi parlimen Kelantan dan terpaksa bertanding di Kedah. Sebaliknya orang Kelantan bersedia menerima mana-mana pemimpin yang boleh dipercayai berdasarkan harapan dan ketokohan seseorang pemimpin itu. Misalnya dalam perlantikan Senator, pernah Ustaz Amaluddin Darus dari Kedah dilantik sebagai senator (tahun 1965) mewakili negeri Kelantan dan yang terbaru adalah Ustazah Jamilah Ibrahim telah berasal dari Kedah juga dilantik sebagai senator. Tegas sekali, orang Kelantan tidak melihat negeri asal seseorang untuk diterima sebagai pemimpin, tetapi melihat kepada dasar perjuangannya. Jelas di sini, betapa sikap politik orang Kelantan bukanlah parochialism sebaliknya adalah fundamentalism, iaitu bermaksud sikap yang nazari, yang mengutamakan dasar pokok dan prinsip dalam perjuangan politik.

Politik Kelas Berat

Orang Kelantan memang tidak tepat dikatakan sebagai mengamalkan politik kedaerahan. Meskipun begitu, mungkin tepat jika dikatakan orang Kelantan adalah pecandu politik kelas berat. Hakikat ini berdasarkan pengamatan dan keterlibatan harian orang Kelantan yang boleh dikatakan di mana-mana sahaja bicara politik akan kedengaran bermula daripada keluarga di rumah, kedai kopi, stesyen kereta dan bas, di anjung masjid dan di pejabat-pejabat.

Sebenarnya hakikat itu berlaku lantaran sepanjang masa, sama ada ketika Barisan Nasional memerintah maupun sekarang ketika zaman PAS, memang ada-ada saja modal politik dan isu-isu semasa yang panas tercetus akibat suasana politik semasa. Misalnya, pada masa PAS memerintah Kelantan dalam tempoh 1959-78 dulu, pernah berbangkit soal hubungan tidak harmoni pihak kerajaan dengan istana dan pernah juga berbangkit hubungan tidak baik dengan pihak pentadbir. Meskipun begitu, pihak Barisan Nasional tidaklah melihat isu itu sebagai modal politik mereka yang utama dalam usaha untuk menjatuhkan PAS tahun 1978. Pemimpin Umno memang sedar isu-isu itu hampir tak kering dibicarakan. Namun menjelang kejatuhan PAS isu yang berkaitan dengan kejujuran dan tanggungjawab, seperti isu jual balak dan tanah yang diutarakan sebagai kempen. Kenapa itu terjadi adalah kerana orang Kelantan tidak melihat isu istana dan pegawai itu sebagai yang berkait dengan prinsip dan dasar perjuangan tokoh atau parti (fundamental). Sebaliknya isu jual balak dan tanah merupakan amanah dan tanggungjawab yang secara langsung menyentuh persoalan kepentingan rakyat umum. Pada mereka isu sebegitu adalah nazari yang perlu rakyat membuat penilaian semula kepada kepimpinan yang ada. Justeru itulah, kekalahan Barisan Nasional tahun 1990 merupakan persoalan prinsip dan dasar perjuangan, bila mana kepimpinan Umno pada masa itu berjaya didedahkan sebagai mempraktiskan kemungkaran politik dan penyelewengan kuasa pemimpin terhadap rakyat, tatkala kegagalan mereka menganjak taraf pembangunan dan hidup orang Kelantan melepasi garis kemajuan yang diharap-harapkan sebagaimana janji mereka pada tahun 1978 dulu.

Justeru itu, adalah menjadi biasa jika isu-isu politik semasa berlaku panas di Kelantan, tetapi sokongan rakyat terhadap kerajaan tetap kukuh. Melainkan jika isu tersebut benar-benar membawa kerugian kepada rakyat. Isu-isu seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri dikatakan berpolitik, pegawai tadbir berpolitik atau menentang kerajaan, atau isu-isu berkaitan istana; semuanya tidak mungkin menjejas pengaruh kerajaan di hati rakyat. Lantaran isu-isu ini adalah biasa dalam pemikiran orang Kelantan.

Orang Kelantan di bawah PAS

Pada September 1996, rasminya Semangat 46 dibubarkan, PAS pula dengan rasminya mentadbir kerajaan Negeri bersendirian meskipun masih dalam semangat kerajaan Angkatan. Sikap kebanyakan orang Kelantan pada masa itu adalah tunggu dan lihat di sebalik persoalan, benarkah kerajaan Angkatan akan jatuh dan akan menyerah kuasa kepada Umno dan bekas pemimpin Semangat 46 akan kembali berkuasa bersama-sama Barisan Nasional?

Lipatan sejarah terbukti benar! orang Kelantan tidak mudah diperbodohkan oleh suara sumbang bekas pemimpin Semangat 46 yang saban hari mengutuk dan mencaci kepimpinan Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz, selaku Menteri Besar dan beberapa pemimpin PAS yang lain. Orang Kelantan faham benar sikap bermuka-muka bekas pemimpin Semangat 46 itu. Oleh itu, segala tohmahan dan kritikan tidak ikhlas mereka dapat dibaca awal oleh rakyat. Kali ini, orang Kelantan tidak mudah terpedaya kerana mereka sudah jilah, kenal laut darat dan sudah pasti siapa sebenar bekas pemimpin Semangat 46.

Kebalikan daripada itu, rata-rata orang Kelantan telah menaruh simpati kepada Tuan Guru Menteri Besar yang dikatakan menempuh banyak kerumitan dalam menjalankan tugas dek kerenah pemimpin-pemimpin tertentu dari bekas sahabat, yang berjuang membentuk kerajaan Angkatan suatu ketika dulu. Lantaran itu, banyak rahmat telah dirasai oleh orang Kelantan sebaik sahaja PAS bersendirian mentadbir negeri. Pelabur mula memberi perhatian serius terhadap peluang pelaburan di Kelantan. Hubungan kerajaan Pusat-kerajaan Negeri makin mesra. Kemelut kewangan kerajaan Negeri dapat diselesai. Imej boros dan mewah sebuah kerajaan sudah bersih. Tinggal lagi pemimpin PAS meneruskan lagi amanah dan tanggungjawab rakyat demi kepentingan agama, negeri dan umat Islam. Apa yang diharapkan adalah sokongan terus meningkat kepada kerajaan negeri dan PAS, dengan izin Allah.

Deklarasi Rakyat

Sebenarnya sikap orang Kelantan adalah menentang segala kemungkaran politik dan usaha-usaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan ulamak. Sebagaimana tergambar dalam deklarasi rakyat Kelantan semasa Perhimpunan Rakyat Kelantan pada 23 April 1995 di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu :

Bahawasanya, kami rakyat Kelantan
Sedar
Televisyen dan akhbar kamu, menipu kami
Kamu siarkan berita berat sebelah
Kamu menggelapkan berita benar
kami sedar kamu mahu memancing dan membeli kami
Tidak akan kami menjual negeri kami
Tidak akan kami gadai Islam kami,
Sedarlah kamu,
Kamu kelirukan agama
Kamu peralatkan tokoh agama seperti terompah kayu
Kamu tolak hudud
Kamu perlekehkan agama
Kamu persendakan ulamak
Kamu paksa tokoh koporat tawan hati kami
dengan gula-gula ekonomi
Awas !
kami tidak bodoh
kami tidak bodoh
kami tidak bodoh
kata apa yang hendak kamu kata
perkosa televisyen dan akhbar sepuas nafsu kamu
kami akan tetap dengan pendirian kami
Islam cara hidup kami
Al-Quran panduan kami
Ya Allah Ya Tuhan kami
Berikan kemenangan kepada orang-orang Islam
Binasakan musuh Islam, Penentang agamaMu
Pecah belahkan kesatuan mereka
Belenggukan mereka
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Tetapkan kami dengan Islam
Matikan kami semua sebagai sholihin.
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.


Kekecuhan dalam Umno

Kini PAS kian mendapat sambutan di kalangan orang Kelantan, malah di seluruh negara. Pemerhati politik pula melihat betapa kekecuhan berlaku dalam kepimpinan Umno Kelantan. Krisis kepercayaan semakin menular di kalangan kepimpinan atasan dan pertengahan parti itu. Perebutan jawatan di peringkat bahagian semakin hangat. Dilema Umno untuk mengulamak kepimpinannya di Kelantan terhimpit dengan hambatan pengaruh kepimpinan sekular dengan kecemerlangan PAS menerajui kerajaan negeri Kelantan. Kehadiran tokoh agama Ustaz Zainal Abidin Ab Kader telah dipandang serung oleh kebanyakan pemimpin berlatar belakang sekular. Keadaan panas di peringkat bahagian makin menaik bila mana kehadiran beberapa tokoh "baru" dari bekas Semangat 46 yang sudah bisik-bisik untuk merebut jawatan di peringkat Ketua Bahagian. Sehingga pemimpin Umno "lama" mula merasai bala bagi Umno Kelantan menerima bekas ahli Semangat 46. Apakah semuanya itu tidak dapat difahami oleh keseluruhan orang Kelantan? Tidak mungkin, atas nama orang Kelantan, mereka semua memahaminya kerana orang Kelantan adalah orang yang faham politik negerinya.

Rabu, 21 Julai 2010

Kumpulan Nada Murni


Nada Murni

Kumpulan Nada Murni merupakan sebuah kumpulan penyanyi nasyid yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu dan aktif era 1987-an di Malaysia. Kumpulan Nada Murni yang bertapak sejak 1987 tersohor dengan lagu mereka seperti Bila Nur Melimpah Di Hati dan Nun Di Sana.

Kumpulan Nada Murni dianggotai oleh sekumpulan ahli jemaah Al-Arqam. Antara yang terkenal ialah:

1. (Asri) Mohamad Asri bin Ibrahim (meninggal)
2. (Isman) Ismen Nadim bin Isam
3. (Munif) Munif Ahmad @ Putra Aiman
4. (Faizal) Mohd Faizal bin Osman
5. (Ariffin) Muhammad Ariffin b. Ahmad Rahim
6. (Salleh) Salleh bin Ramli (meninggal)

Kumpulan nasyid ini begitu popular. Album-album mereka begitu laris walaupun dijual secara tradisional (jualan terus) tidak dijual di kedai. Antara kumpulan lain yang seangkatan dengannya ialah kumpulan The Zikr.

Selepas Al-Arqam diharamkan, Nada Murni masih lagi aktif dan masih mengeluarkan album sehingga 1996. Album "Untukmu Rasulullah II" yang dikeluarkan pada tahun tersebut merupakan album terakhir. Irama nasyid di Malaysia mula menyepi kerana tidak ada lagu nasyid baru untuk diperdengarkan.

Ahli kumpulan Nada Murni kemudiannya berpecah dan muncul sebagai kumpulan Hijjaz, Rabbani dan Raihan.

Album

1. Kelahiran
2. Soul of Islam
3. Balada Makkatul Mukarramah
4. Cahaya Di Ufuk Timur
5. Malaysia Indah
6. Untukmu Rasulullah
7. Munajat
8. Yang Dirindu
9. Asmaul Husna
10. Melodi Sufi
11. Neraca Taqwa
12. Potret Aidilfitri
13. Untukmu Rasulullah II (1996)

Lagu popular

1. Bila Nur Melimpah di Hati
2. Di mana ketenangan
3. Haji Akhir Zaman
4. Harapan pada ayah ibu
5. Indahnya Hidup
6. Islam Yang Telah Berkembang dan banyak lagi...

Islam Yang Telah Berkembang-Nada Murni

Islam yang telah berkembang
laksana bunga yang indah
yang berkembang mekar harum mewangi
tumbuhnya memenuhi bumi [2x]

tumbuhnya memenuhi bumi
lembah dan tanah yang tinggi
kesuburan itu telah dibajai
oleh darah para syuhada'

kembangnya itu telah sirami oleh air peluh oleh mujahid
tamannya itu telah dipagari oleh para mujaddid dan mujtahid
paduan kita diambil dari al quran sunnah Rasulullah 2x

berkumandanglah kalimah toyyibah dari pembela agama kebenaran
keindahan Islam telah terpancar oleh harta si kaya dan pemurah
ibarat air mengalir deras
dermanya bagai mencurah-curah 2x


Download
Mp3
Ringtone(versi baru oleh Hijjaz)

Kredit to http://ms.wikipedia.org/wiki/Nada_Murni



Ahad, 18 Julai 2010

Kumpulan Nasyid Shoutul Amal


Kumpulan Shoutul Amal merupakan sebuah kumpulan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu nashid Melayu dan berasal dari Terengganu.

Dianggotai oleh:
* Alim
* Fakhrurrazi
* Subri Bin Abdullah
* Firdaus

Telah melahirkan dua buah album studio dan satu album kompilasi.
1. Nostalgia
2. Satu Analisa (2005)
3. kompilasi


Semarak Perjuangan-Shoutul Amal

Download
Mp3
Ringtone


Read More..