Khamis, 14 Mei 2009

Masalah penempatan setinggan di tengah kepesatan pembangunan Bandar raya Kota Kinabalu.(Bhg. 1)

Bandar raya Kota Kinabalu merupakan kawasan yang pesat membangun. Pembangunan ini memberikan kesan yang positif dan negatif kepada pembangunan bandar. Permintaan perumahan bagi golongan berpendapatan rendah adalah salah satu isu yang harus ditangani. Kekurangan penawaran rumah kos rendah adalah berpunca daripada permintaan perumahan yang tinggi daripada golongan ini dan secara tidak langsung ia mengakibatkan wujudnya kawasan-kawasan setinggan. Strategi dan penyelesaian isu ini memerlukan data dan maklumat yang lengkap. Perancangan dan pemantauan pembangunan ke atas kawasan perumahan setinggan dan kos rendah akan menjadi lebih mudah dan berkesan dengan adanya satu pangkalan data yang komprehensif.
Bandar menurut Melvin G.Marcus & Thomas R. Detwyler 1985, menyatakan bahawa terdapat 3 definisi utama, pertamanya bandar adalah suatu unit politik, suatu petempatan yang didiami oleh sejumlah penduduk atau suatu kelompok rumah kediaman atau lain-lain struktur atau kadang kala ia juga dilihat hanya dari segi penghuninya sahaja. Sebagai contohnya mengikut Bangsa-Bangsa Bersatu (Demographic Yearbook) 1968-1969 menyatakan bahawa di Malaysia sesuatu kawasan boleh dianggap bandar bila penduduknya berjumlah 10,000 orang atau lebih.
Keduanya bandar adalah satu gabungan antara tempat dengan penghuninya. Di sini bandar ditakrifkan untuk meliputi keseluruhan elemen semulajadi, sosial dan buatan manusia yang terkelompok dalam kawasan yang mempunyai ramai penduduk; penduduknya mempunyai kebudayaan yang tinggi termasuklah dalam berbagai-bagai kemahiran tetapi tidak dapat menghasilkan tenaga yang mencukupi.
Ketiganya Dari segi fungsi ia boleh dianggap sebagai satu ekosistem terbuka yang mengembangkan kebudayaan bandar melalui pertukaran bahan dan tenaga. Di sini, dengan adanya sistem pengangkutan yang baik, kawasan pedalaman dapat menyediakan sumber-sumber yang diperlukan oleh bandar (pekerja) dan pekerja pula dapat menyerap beberapa hasil dari bandar.

Rabu, 13 Mei 2009

Definisi Akidah dan Iman

Definisi Akidah.
Perkataan akidah adalah berasal daripada perkataan 'akad yang bermaksud ikatan atau simpulan.
Perkataan ini juga telah digunkan kepada sesuatu yang lebih bermakna seperti perjanjian.Dari ini lahirlah perkataan akidah iaitu ikatan atau simpulan maknawi yang terkhusus dalam kepercayaan.
Dengan kata lain akidah boleh difahamkan sebagai kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul kuat dalam jiwa sehingga tak munkin tercerai.

Definisi iman.
imam Syafie mendefinisikan iman adalah ucapan,perbuatan dan niat atau dengan kata lain iman itu adalah kepercayaan dan keyakinan yang mantap,lahir dari ucapan dan perkataan menunjukkan keyakinan tersebut.Seterusnya dibuktikan dengan amalan.

Berdasarkan definisi kedua-dua di atas,terdapat perbezaan antara keduanya:
1)Iman tidak hanya terbatas kepada keyakinan di hati seperti mana akidah.
2)Iman menuntut amalan seseorang.
3)seseorang muslim (akidah) berbeza dengan seorang mukmin(iman).

Isnin, 11 Mei 2009

Assalamualaikum

Alhamdulillah, dalam serba kekurangan bijak dalam ilmu maya ini berjaya juga aku menghasilkan blog ini. Dihasilkan bukan untuk sesiapa, hanya untuk aku melepaskan minat menulis, mengkaji dan mencetus ide-ide serta mungkin berkongsi ide-ide yang baru.....
Read More..