Sabtu, 12 Jun 2010

Lambang parti for ALL

Lagu Tema Pas



By albanjari at Friday, June 11, 2010, 3:47 PM

" PAS akan membenarkan penyokong bukan Islamnnya bertanding menggunakan lambang parti itu pada pilihan raya umum yang akan datang, bagaimanapun mereka hendaklah fahami ajaran Islam serta bermoral tinggi,"

kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan antara syarat-syarat yang melayakkan pemilihan golongan itu. Beliau berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat majlis syura - badan tertinggi dalam parti itu - kelmarin.Abdul Hadi bagaimanapun berkata jumlah kerusi dan kawasan pilihan raya yang diperuntukkan bagi golongan itu setakat ini masih dikenalpasti.

Ditanya kemungkinan tindakan PAS itu bakal menyebabkan pertindihan dengan calon PKR dan DAP, Abdul Hadi yakin akan adanya persefahaman dalam antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat berhubung keputusan itu.

"Kita akan tanding di tempat PKR dan DAP tidak bertanding," katanya kepada media selepas merasmikanmuktamar PAS ke-65 bertemakan "Islam Adil untuk Semua" di Pengkalan Chepa, di Kelantan.

Ditanya tentang mekanisme PAS bagi mengelakkan calon bukan Islam mereka melompat parti, Abdul Hadi berkata kesemua calon dikehendaki mengadakan iqrar atau perjanjian dengan parti.


Isnin, 7 Jun 2010

Perbualan telefon menteri Israel vs Turki

"Rakyat umum Turki dihebohkan perbualan melalui telefon antara Menteri Luar Negeri Turki, Ahmet Davutoglu dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak berkaitan kes penyerangan Israel keatas kapal bantuan kemanusiaan, Mavi Marmara.
Akhbar Turki, Habertürk edisi Sabtu (5 Jun) mendedahkan transkrip perbualan tersebut. Berikut petikannya:

Barak: Telah terjadi penyerangan kepada tentera kami dari pihak aktivis Mavi Marmara. Tentera kami cedera oleh pisau. Para aktivis merebut senjata daripada tentera kami.

Davutoglu: Kami menunggu permintaan maaf dari pihak anda. Kamu telah melakukan kejahatan antarabangsa. Kamu harus segera menghantar mangsa dibunuh dan cedera kepada Turki.

Barak: Apakah kamu menghendaki mangsa cedera?

Davutoglu: Kami yang akan membawa dan mengambil mereka. Pihak yang membunuh dan mencederakan orang awam tidak mungkin mampu mengubatinya. Jika orang awam dipandang sebagai musuh, maka bagaimana dengan korban yang mati?

Barak: Kami bergerak atas dasar kepungan yang harus dikuatkuasakan kepada Gaza sebagai pihak musuh.

Davutoglu: Apakah mangsa yang mati itu adalah musuh?

Barak: Terdapat banyak roket. Rakyat kami telah menerima ancaman roket itu sebelumnya. Kami berbeza dengan Hamas. Kami sendiri tak memiliki masalah dengan Gaza.

Davutoglu: Apakah korban yang meninggal (di Mavi Marmara) itu menembak roket kepada kamu? Bagaimana boleh kamu membunuh rakyat awam itu? Turki bukan seperti mana-mana negara. Turki mempunyai kuasa besar yang boleh menjaga warganya.

Barak: Kami sangat menghormati Turki sampai peringkat tertinggi, juga menghormati peranan yang telah dimainkan Turki selama ini.

Davutoglu: Penghormatan macam apa yang anda maksud? Kamu telah membunuh rakyat kami di zon perairan antarabangsa. Tidak boleh ada satu pihak mana pun yang memperlekeh kehormatan bangsa kami. Kamu telah sesat selama lima tahun demi seorang tentera Israel (Shalit, red). Penduduk negeri kami juga, bagi kami selaku kerajaan sangat penting. Kamu harus memperlakukan mereka juga dengan penuh rasa hormat. (Ags/ht)

Kredit to http://eraaddeen.blogspot.com/



Read More..