Jumaat, 18 Jun 2010

Mengenali definisi Melayu secara universal

Ubahsuai dari sumber : faizn in Malay-Islamic Related Articles

Banyak definisi tentang Melayu. Ada definisi sempit. Ada definisi longgar. Di Malaysia sesetengahnya berpendapat takrif Melayu adalah sempit iaitu seseorang Melayu mesti beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengikut budaya Melayu. Tetapi hakikatnya terlalu longgar juga kerana seseorang itu tidak perlu berdarah keturunan Melayu. Cukup sekadar dengan tiga syarat itu. Paling penting ialah dia mesti beragama Islam. Maknanya, di Malaysia, gen tidak penting bagi menentukan Melayu. Yang penting adalah faktor KEBERSAMAAN iaitu agama, bahasa dan budaya. Jika takrif ini dikenakan ke atas Melayu Thai, maka mereka tidak layak untuk dipanggil Melayu.

Ini kerana mereka sudah tidak berbahasa Melayu terutamanya di sekitar Phuket. Kerana itu takrif Melayu yang dipakai di Malaysia tidak sesuai untuk digunakan di Thailand. Namun begitu, kemelayuan Melayu Thai tidak dapat dipertikaikan walaupun mereka tidak berbahasa Melayu. Ini kerana mereka sememangnya mewarisi Kesultanan Pattani yang jelas merupakan kerajaan Melayu.

Empat wilayah Melayu Thailand itu adalah sebahagian daripada kepulauan Melayu. Sejarah menjadi ciri penting bagi jati diri Melayu. Thailand Selatan adalah jelas Melayu kerana di situlah warisan kesultanan Pattani yang kini berbentuk empat wilayah Melayu iaitu Yala, Narathiwat, Pattani dan Songkhla. Nama Melayu Songkhla ialah Singgora. Seperti mana Phuket adalah Bukit. Kemelayuan mereka tidak dipertikaikan walaupun sudah banyak penduduk Melayu di situ hanya mampu berbahasa Thai. Di samping kedaulatan Thailand ke atas empat wilayah itu diterima oleh orang Melayu sendiri.

Jadi, siapakah mereka? Adakah mereka itu orang Thai atau orang Melayu. Atau orang Thai keturunan Melayu. Atau orang Melayu Thai. Jati diri menjadi tanda tanya.

Begitu juga dengan Melayu Champa di Vietnam dan Kemboja. Mereka juga orang Melayu. Tetapi wilayah mereka sudah tidak dianggap sebagai sebahagian daripada kepulauan Melayu walaupun Champa merupakan kerajaan Melayu paling awal, baik semasa mereka beragama Hindu-Buddha mahupun setelah memeluk Islam.

Begitu juga Melayu di Sri Lanka, Madagascar, Surinam dan Afrika Selatan. Mereka adalah melayu tetapi tentunya tanah mereka bukan sebahagian daripada kepulauan Melayu. Walaupun Madagascar, umpamanya pada keseluruhannya didiami oleh bangsa Malagasy yang merupakan sebahagian daripada rumpun Melayu.

Justeru, untuk memudahkan definisi melayu, biarlah dihadkan kepada kepulauan melayu. Sesiapa yang tinggal dalam kepulauan Melayu, maka dianggap sebagai Melayu. Mindanao ialah pulau ke-19 terbesar di dunia. Ia adalah pulau Melayu. Apa yang dimaksudkan dengan Melayu di sini dalam erti kata yang luas. Ia juga merujuk kepada Kepulauan Melayu yang meliputi negara-negara Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Filipina. Bukan itu saja, ia juga meliputi Thailand Selatan, Timor Leste, malah Papua New Guinea.

TERMASUK Timor Leste dan Papua New Guinea. Dari segi bangsa, Timor Leste bukanlah berbangsa Melayu dalam erti kata yang difahami umum. Walaupun mereka pernah menjadi sebahagian daripada Indonesia.

Tetapi bangsa di Timor Leste adalah serupa saja dengan penduduk di Timor Barat yang merupakan sebahagian daripada Indonesia. Ini kerana Timor Leste, yang dahulunya dikenali sebagai Timor Timur berkongsi pulau dengan Timor Barat. Dan pulau ini adalah sebahagian daripada kepulauan Melayu.

Begitu juga dengan Papua New Guinea. Penduduknya bukan berbangsa Melayu. Tetapi mereka adalah serumpun dengan penduduk di Papua, dahulunya dikenali Irian Jaya. Sebelum itu Irian jaya dikenali sebagai Irian Barat.

Sebelum itu ia adalah Papua Barat. Maknanya papua New Guinea itu adalah Papua Timur. Kedua-duanya adalah dalam pulau Papua, dan Papua adalah sebahgian daripada kepulauan Melayu. kepulauan Melayu merujuk kepada semua pulau-pulau di Asia Tenggara. Tetapi tentunya ia tidak termasuk Australia, New Zealand dan kepulauan Polynesia, walaupun penduduk aslinya seperti Aborigin, Maori, Polynesia termasuk Hawaii merupakan serumpun besar bukan saja orang Papua tetapi juga Melayu. Termasuk kategori ini ialah orang peribumi di pulau Taiwan.

Tetapi apabila disebut kepulauan Melayu, ia juga termasuk dua wilayah yang bukannya pulau. Ia hanyalah semenanjung dan dari segi geografi, ia adalah sebahagian daripada Tanah Besar Asia Tenggara.

Dua wilayah itu ialah Semenanjung Malaysia dan Thailand Selatan, atau nama lamanya Tanah Melayu dan Pattani. Kemungkinan Pattani itu adalah sebahagian daripada Tanah Melayu. Kelantan pun pernah merupakan sebahagian daripada kesultanan Pattani.

Jadi, walaupun kerajaan pertama Melayu bermula di Champa di Tanah Besar Asia Tenggara tetapi nama Melayu bermula dari Sungai Melayu di Sumatera. Kerajaan Sri Wijaya yang bermula di Palembang mewarisi kerajaan Champa dan lain-lain kerajaan sezaman dengannya untuk memantapkan jati diri Melayu. Kemudian ia diwarisi oleh kerajaan Melaka di semenanjung dan beberapa kerajaan di pulau Jawa.

Jawa juga dikenali sebagai Jawi. Sementara Jawi disamakan juga dengan Melayu, maka akhirnya Melayu-Jawa menjadi satu identiti yang membentuk kepulauan Melayu. Kerajaan Majapahit menamakan pulau-pulau di luar Jawa termasuk semenanjung Tanah melayu sebagai Nusantara. Tetapi hakikatnya Jawa-Nusantara ini adalah kepulauan Melayu.

Terdapat beratus-ratus pulau di kepulauan Melayu, Maka dari segi geografi, pulau-pulau yang besar ialah Sumatera, Borneo, Jawa, Mindanao, Luzon, Sulawesi dan Papua. Rangkaian pulau kecil pula ialah Nusa Tenggara, Timor, Maluku dan Visaya. Sementara semenanjung ialah Tanah Melayu dalam erti kata meliputi Pattani.

Lantas, Mindanao adalah salah sebuah pulau besar dalam Nusantara. Penduduknya adalah orang Melayu yang pada zaman ini tidak disebut sebagai Melayu. Walaupun mereka tidak berbahasa Melayu tetapi bahasa mereka adalah sebahagian daripada rumpun Melayu. Mereka beragama Islam dan berbudaya rumpun Melayu. Tetapi mereka dipanggil Moro.

Khamis, 17 Jun 2010

Adab Menziarahi Rumah Orang

1. Beritahu tuan rumah.
2. Buat macam rumah orang lain, jangan buat macam rumah sendiri.
3. Bawa buah tangan.
4. Jangan ngada-ngada
5. Beramah tamah

Respon kepada peristiwa

Hujan Iringi PM Terbang Awal
Malam ini asalnya dijangka mencatat sejarah tertentu bagi Kelantan. PM akan sepentas dengan Mursyidul Am PAS yang juga MB Kelantan, menyaksikan perasmian Kelantan Fiesta oleh Baginda Pemangku Raja Kelantan.

Malam ini, sejarah masih tercatat tetapi dengan cara yang sama sekali tidak dijangka.

Bukan sahaja Pemangku Raja tidak berangkat atas apa jua sebab, PM yang dalam rangka lawatan rasmi sehari ke Kelantan dan kemuncaknya akan merasmikan sendiri event Kerajaan Pusat yang dinamakan Kelantan Fiesta itu di Stadium Sultan Muhammad, pulang awal tanpa sempat menjejakkan kaki ke situ.

MB dan Kerajaan Negeri memutuskan tidak bersama, antara lain kerana pertukaran dari 'agenda bersama' kepada 'hanya agenda Pusat'. Poster One Malaysia menunjukkan PM akan merasmikan acara itu tergantung di sana sini.

Kemuncaknya malam ini, hujan ribut 'menyerang' semua persiapan di Stadium bersejarah itu. Hujan bermula sejak 8.30 malam. Sehingga jam sebelas setengah, ia masih turun renyai-renyai selepas turun dengan lebat sebelumnya.


Orang ramai, atas apa jua sebab, samada kerana hujan dan ribut mahu pun hal yang lain, tidak membanjiri stadium itu seperti lazim berlaku pada acara anjuran Tok Guru sebelum ini. Suku stadium pun tak ada. Lengang.

Tentulah memalukan untuk PM datang berucap dalam suasana hiba seperti itu. Ia bukan lagi kemuncak yang ditunggu tetapi kemuncak yang sangat mengharukan.

Tidaklah ganjil untuk PM memutuskan terus menaiki pesawat pulang ke pangkuan keluarga tercinta. Tinggal-lah anak buah terkial-kial, bagai kucing jatuh ke air. PM perlu dielak atau patut mengelak dari tempias peristiwa upset ini. Biarlah hujan menguasai malam dan sejarah dirakam seperti kehendak Pencipta.

Datuk Mustapa terpaksa memikul akibat dari keputusan politik dangkal mengenepikan Kerajaan Negeri dan tetamu kehormat lainnya di saat akhir, sehingga akhirnya beliau terpaksa berdiri di hadapan padang yang kosong untuk acara perasmian mengantikan PM. Tugas yang berat. Tak semena-mena, bekalan elektrik pula terputus.

Ketentuan Ilahi nampaknya tidak menyebelahi penganjur, walau apa jua motif mereka, tersurat atau tersirat.

Saya membuat catatan ini sebagai mengingati besarnya kuasa Ilahi dan eratnya Kelantan dijaga oleh Pengawal langit dan bumi.

Di padang yang mulia kerana telah menyaksikan ratusan ribu manusia telah sujud di atasnya dan tidak kurang pula titisan air mata yang tumpah ketika heningnya hubungan para hamba dengan Sang Pencipta di situ dalam siri-siri solat hajat yang telah berjalan berbelas kali, nyata menunjukkan keramatnya.

Termasuk solat hajat royalti minyak. Solat hajat untuk ummat Palestin. Solat hajat untuk memenangkan perjuangan rakyat.

Nampaknya, padang itu tidak mudah melupakan pihak yang menganiayai rakyat Kelantan tetapi mahu berpesta di atasnya.

Mengenepikan tuan rumah - tentulah bukan langkah bijak. Apa lagi, PM semata-mata bukanlah tarikan besar bagi orang Kelantan untuk memenuhi stadium sebesar itu. Usahkan stadium, dewan biasa pun belum tentu penuh.

Lantaran itulah, langkah awal penganjur ialah berpijak atas kerjasama dengan Kerajaan Negeri. Bermakna bekerjasama dengan populariti Tok Guru. Dari sana, penetrasi boleh bermula.

Entah apa gerangan dan perhitungan, di saat akhir mereka ingin bersendiri. Sesetengah berkata, 'UMNO tetap UMNO...'.

Ada peluang, mereka mencengkam. Taring UMNO mereka sentiasa tersedia.

Kredit to http://cetusan-hati.blogspot.com/2010/06/hujan-iringi-pm-terbang-awal.html



Judi Tetap HARAM - Menjawab Kenyataan Tun Mahathir

4 Rejab 1431 H
oleh: ibnuirfadzil.blogspot.com

Artikel ini berikutan daripada beberapa kenyataan beberapa orang yang tidak asing seperti Tun Mahathir Mohamed, yang menghalalkan judi dengan beberapa perkara yang diukur dengan akal, walhal ia perlu dinilai dengan cara yang tepat di sisi syara’.

Antara kenyataan yang disiarkan di dalam berita ialah (link) :

"Pendapat kami, dengan membenarkan dan mengawal industri pertaruhan sukan, kerajaan akan menerima lebih banyak hasil sehingga berjuta ringgit, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi semasa, yang boleh disalurkan untuk membantu program kemasyarakatan dan aktiviti seluruh negara," katanya.

Dalam kenyataannya itu, George juga berkata, langkah itu akan membantu memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan juga pulangan kepada kerajaan -- pada jumlah boleh mencecah "jutaan ringgit."

"Apa yang kerajaan sedang lakukan ialah meneliti satu situasi ekonomi yang sekiranya tidak dieksploitasi atau dikawal, boleh menjadi medan pengubahan wang haram, pembiayaan kegiatan maksiat, pengedaran dadah dan lebih banyak jenayah berat yang lain.

"Mengenai bantahan daripada pihak tertentu pula, kami berpendapat bahawa bantahan itu setakat ini hanyalah bermotifkan politik dan untuk keuntungan politik sahaja.

"Amat penting bagi kita untuk melihat isu ini daripada perspektif ekonomi, daripada melihat daripada kaca mata politik," katanya lagi.

Di dalam artikel kali ini, saya tidak ingin untuk membincangkan tentang “halal atau tidak harta tersebut digunakan untuk negara”. Tetapi apa yang saya ingin bincangkan ialah situasi yang berkaitan dengan pemikiran politik ekonomi yang telah menghalalkan judi, mengikut perspektif siasah syar’iyyah.

Daripada berita di atas, kita dapat mengetahui bahawa duit hasil judi yang berjuta-juta ringgit itu akan menjadi keuntungan negara. Maka, mereka berpandangan ia adalah satu perkara yang bermanfaat dan sesuatu yang boleh mendatangkan kebaikan. Maka, daripada ulasan ini, dapat kita simpulkan kepada beberapa isi.

Pertama

Pemikiran Existentialisme telah mengatakan ketuanan kepada diri manusia, sehingga mereka meletakkan baik dan buruk itu berdasarkan apa yang disukai oleh diri sendiri. Apa yang dirasakan baik pada diri sendiri, maka ia dianggap baik. Sedangkan di dalam Islam meletakkan perbezaan di antara baik dan buruk berdasarkan perspektif syara’, bukan dengan ukuran otak manusia.

Maka, mereka seperti menggunakan pemikiran ini, dalam menghalalkan judi berdasarkan “kebaikan” dan manfaat yang mereka perolehi, sedangkan perkara tersebut adalah haram. Maka, mereka mengukur baik dan buruk itu berdasarkan otak manusia semata-mata, bukan lagi berdasarkan syara’

(Sumber : Falsafah Moden, Dr Ahmad Abduh Hamudah al Jamal, cetakan Universiti al Azhar)

Kedua

Kepentingan (maslahah) untuk masyarakat perlu diukur kepada beberapa perkara berikut :

1. Kepentingan itu hendaklah tidak bercanggah dengan matlamat pensyariatan (maqasid syariah).

2. Sekiranya bercanggah, ia tidak dinamakan kepentingan, bahkan ia adalah kerosakan (mafsadah). Judi adalah satu perkara yang bercanggah dengan matlamat pensyariatan (maqasid syariah)

Maka judi diletakkan sebagai kerosakan, bukan lagi kepentingan (maslahah). Maka di sana terdapat pertimbangan di antara dua perkara, iaitu :

1. Sekiranya menghalalkan judi, akan menyebabkan kerosakan (mafsadah).

2. Sekiranya menyekat perjudian, merupakan kepentingan (maslahah).

Maka, secara jelasnya kita perlu menyekat judi kerana ia merupakan kepentingan dan ia juga menolak kerosakan. Sekiranya kita menghalalkan judi, akan menyebabkan kerosakan, dan bertentangan dengan kepentingan manusia (maslahah). Maka, sudah pasti ia perlu ditolak serta merta, kerana jelas bertentangan dengan maqasid syariah.

Timbul persoalan, sekiranya duit tersebut digunakan untuk kebajikan dan kebaikan, bukankah ia satu kepentingan untuk rakyat? Maka, jawapannya ialah “perkara yang bercanggah dengan maqasid syariah bukanlah satu kepentingan untuk rakyat, tetapi ia adalah satu bahana yang besar”.(As Siasah asy Syar’iyyah, Dr Yusof al Qaradhawi, cet. kedua Maktabah Wahbah, hal. 87)

Ketiga

Syariat tidak boleh diukur dengan akal manusia. Bahkan menghalalkan judi adalah satu bentuk perkara yang bercanggah dengan akal manusia sendiri. Sudah terang, judi itu akan menyebabkan harta dimakan secara haram, persengketaan, kezaliman, penipuan dan sebagainya.

Maka, akal yang tidak sihat akan mengatakan bahawa persengketaan itu adalah bagus, kezaliman itu juga satu bentuk amalan yang baik, dan sebagainya. Sudah pasti, mereka yang menghalalkan judi, juga mereka yang menghalalkan kezaliman. Agama manakah yang membenarkan kezaliman selain daripada Yahudi?

Yahudi mengamalkan konsep “matlamat menghalalkan cara”. Iaitu gunakanlah cara apa sekalipun, asalkan matlamat tersebut tercapai. Tidak kira cara yang digunakan tersebut menzalimi manusia atau tidak. Maka, menghalalkan kezaliman adalah salah satu bentuk amalan Yahudi.

Membenarkan judi seolah-olah membenarkan kezaliman berlaku. Akal yang sihat manakah akan meredhai kezaliman? Adakah kita dibenarkan melakukan kezaliman terhadap harta orang ramai, untuk mendapatkan keuntungan berjuta ringgit? Jawapannya ialah, “matlamat tidak menghalalkan cara”.

(sumber : al Yahud, Tarikhan Wa Aqidatan, Dr Kamil Sa’fan, cet. Pertama Darul I’tisom)

Keempat

Judi akan menyebabkan akidah dan pegangan manusia mudah goyah. Iaitu dengan mengamalkan konsep tilik nasib. Atau menanti nasib. Maka, perkara ini diharamkan oleh Allah SWT, kerana ia bercanggah dengan maqasid syariah (matlamat digariskan syariat), iaitu syariat digariskan untuk memelihara perkara-perkara berikut :

1. Syariat digariskan untuk menjaga akidah dan pegangan manusia. Maka, dengan berjudi boleh menyebabkan akidah dan pegangan seseorang itu goyah. Mereka tidak yakin dengan Allah SWT hasil daripada didikan tilik nasib seperti judi ini. Maka, Islam tetap melarang judi walaupun ia memberikan pulangan

2. Syariat digariskan untuk menjaga harta sesama manusia. Maka, dengan berjudi akan menyebabkan harta manusia bercampur di antara harta yang diusahakan, harta yang diambil secara zalim, harta hasil daripada perbuatan yang haram dan sebagainya. Maka, ia bercanggah dengan matlamat syariat itu diletakkan.

Kita akan dapati bahawa judi hanya mendatangkan keuntungan dalam jangkamasa yang terdekat, tetapi ia akan menyebabkan ekonomi Malaysia mengalami parah yang teruk untuk jangkamasa akan datang, akibat pengamalan judi yang telah dicetuskan tahun ini.

Kesimpulan

Maka, sekiranya menghalalkan judi dengan beralasan keuntungan yang berlipat ganda, jelas bercanggah dengan syara’. Perkara ini perlu diketahui sebelum kita membincangkan “adakah harta hasil judi itu boleh digunakan untuk kebajikan?”. Kesimpulan awal mengatakan bahawa keuntungan hasil judi adalah mafsadah (kerosakan) bukanlah satu kepentingan (maslahat).

Maka, apabila menghalalkan judi itu menyebabkan kerosakan, dan bukan satu maslahat, kenapa ia perlu diperjuangkan untuk dilaksanakan juga? Antara kerosakan yang boleh kita lihat pada hasil daripada judi berjuta-juta ringgit ini ialah :

1. Masyarakat akan lebih cenderung untuk berjudi, dan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk dan parah. Apatah lagi ia dilakukan sendiri oleh kerajaan untuk mendapat kewangan negara, dan mereka berasa bahawa judi itu mendatangkan hasil.

2. Masyarakat akan didoktrin dengan pemikiran materialisme, hasil daripada wang yang banyak daripada hasil judi. Maka, mereka akan melihat bahawa judi adalah salah satu amalan yang baik untuk memulihkan ekonomi, apatah lagi ekonomi negara.

3. Berlakunya penafian Syariat Islam secara besar-besaran, dan dibuat secara terang-terangan. Maka, apabila maksiat yang besar dilakukan oleh kerajaan secara terbuka, masyarakat akan berasa bertambah selesa untuk melakukan maksiat secara peribadi dan individu.

WaLlahua’lam
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

Isnin, 14 Jun 2010

Bekas Timbalan Presiden PAS meninggal dunia


Kau Sahabat Kau Teman-Hijjaz


Jun 14, 10 2:50pm

Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri (kanan) meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang tadi.


Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini, baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke-56 di sana, lapor Harakahdaily.

Media online PAS itu memetik Puan Naznah Taha, isteri Subky Latiff, sebagai berkata Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada.

Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.

Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang.

Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2 petang.

Menurut Harakahdaily lagi, Sebelum menjadi timbalan Presiden, Ustaz Hassan pernah menjadi naib presiden dan juga setiausaha agung PAS. Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut.

Semasa menggulung perbahasan ucapan dasar, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Mujahdi Yusof menyebut Ustaz Hassan adalah orang penting di belakang draf perlembagaan untuk memboleh tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Ini kerana, Ustaz Hassan adalah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal pindaan perlembagaan untuk membolehkan DHPP ditubuhkan.

Jenazah Ustaz Hassan akan disembahyangkan jam 8.30 pagi esok di Surau Taman Melewar, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selaseh 2.

Kredit to Malaysiakini

Ahad, 13 Jun 2010

3 Kitab Mengutuk Yahudi

cengkaman Zionis Yahudi bertapak kuat di Amerika, dan membuat negara Uncle Sam menjadi sekutu utama negara Zionis Israel. Amerika juga merupakan sumber utama kewangan negara rasis itu. Terbukti, sumber dasar pendukung kewangan ekonomi Israel itu datang dari Amerika.

Di antaranya, penyumbang dari bangsa Yahudi yang kaya-raya, organisasi-organisasi pemegang dana, pemerintah Amerika, baik di kongres mahupun di white house, media massa, terutama New York times, Hollywood, dan jaringan-jaringan utama televisyen, dan para pengerusi persyarikatan dagang. Dan 30% multi-jutawan dan milionaire Amerika adalah orang Yahudi. Bahkan, rancangan dan pelaksanaan strategi perang Amerika juga berada di tangan orang-orang Zionis Yahudi di Pentagon.

Bukan hanya itu, semua agensi berita dunia juga berada dalam cengkaman Yahudi. Seperti agensi berita Reuter, milik seorang Yahudi, Julius Paul Reuter. Hashet News Agency di Prancis dipegang oleh seorang Yahudi, Horas Winalli. Agensi berita rasmi Havas di Prancis dipegang oleh seorang Yahudi, Charles Louis Havas.

Surat khabar nombor satu, The Time, adalah milik seorang Yahudi, Alfecont Northclif. The Daily Teleghraph milik Yahudi, Moris Levis. The Economict adalah cengkaman Yahudi yang dikuasai oleh Isaac Deutscher.

Di antara penerbitan Amerika juga berada di bawah tangan Yahudi, seperti Wall Street Journal, Daily News, dan New York Time adalah milik Yahudi, Adolf Osh. The Washington Post juga milik Yahudi, Yogin Mier. Begitu juga majalah Time dan majalah Newsweek kepunyaan Yahudi, Malcolm Mier.

Segala sumber kewangan dunia dan pelbagai lapangan bisnes internasional tidak terlepas dari tangan-tangan Yahudi. Bahkan sistem riba di dunia perbankan juga berada di bawah kendalian Yahudi.

Melihat kepada kekuasaan cengkaman Yahudi, tidak mustahil lahir golongan yang taksub dengan pencapaian Yahudi dalam menguasai seluruh dunia, maka manusia sekarang seharusnya sedar atau disedarkan bahawa kepintaran Yahudi itu adalah kepintaran merosakkan, dan kepintaran perosak inilah yang membuat mereka maju di dunia ekonomi. Terdapat kajian telah mengakui bahawa hasil kewangan Yahudi yang melimpah itu diperoleh dengan pelbagai penipuan dan dosa di seantero dunia ini.

Manusia sekarang perlu mengetahui secara total watak dan karakter yang sebenarnya pada diri bangsa Yahudi. Pernyataan kitab suci (Alquran, Taurat, dan Injil) dapat dijadikan pegangan dalam memahami sifat bangsa yang telah gagal membunuh Nabi Isa itu.

Kutukan Daripada Al-quran
Sebagai kitab suci umat Islam, Al-quran telah menerangkan karakter dan sifat bangsa Yahudi. Alquran mengutuk prilaku Yahudi yang tidak mengendahkan ajaran agama yang dibawa oleh Nabi Musa dan Nabi Isa. Al-quran menegaskan, Yahudi Israel itu adalah bangsa yang kafir (ingkar) kepada Allah SWT dan kepada para rasul.

Dan bangsa Yahudi itu juga mendustakan wahyu dari langit (al-Nisa’: 155, al-Ma’idah: 13, 64, 70, Ali Imran: 78, 181, al-Baqarah: 75, 79). Kitab suci Alquran juga menjelaskan bahwa kaum Yahudi itu bersifat munafik (al-Baqarah: 14-15, 44, Ali Imran: 167).

Bukan itu sahaja, Al-quran juga mengatakan bahwa bangsa Yahudi Israel itu suka menyembunyikan fakta kebenaran (al-Baqarah: 42, Ali Imran: 71). Yahudi juga bersifat dengki dan takabbur (al-Baqarah: 105, 109, al-Nisa’: 51, 53, 54, al-Ma’idah: 82, Ali Imran: 118, 120).

Kutukan Daripada Taurat
Taurat merupakan kitab suci yang diturunkan kepada Nabi Musa yang ditujukan kepada bangsa Yahudi. Tetapi, Taurat juga melabelkan sifat buruk kepada Yahudi. Taurat menerangkan, bangsa Yahudi itu pernah melakukan murtad atau berpaling dari ajaran Nabi Musa, dan pemurtadan itu terjadi di negeri Horeb (Kitab Ulangan 9: 7, 12-15). Taurat juga menegaskan bahawa Yahudi itu bangsa yang bersifat khianat (Kitab Ulangan 32: 19).

Taurat juga menjelaskan, bangsa Yahudi itu adalah bangsa yang bodoh, bukan bangsa yang pintar (Kitab Yeremia:4: 22). Sebahagian orang menganggap Yahudi itu bangsa yang pintar dengan pelbagai penemuan yang mereka lakukan.

Namun orang Yahudi lupa, bahawa pelbagai ilmu teknologi yang berkembang kini tidak terlepas dari keberhasilan yang dilorongkan oleh para sarjana Islam dari pelbagai negeri di masa keemasan pemerintahan Islam, dan mereka bukan bangsa Yahudi.

Kutukan Daripada Injil
Kitab Injil merupakan kitab suci yang dibawa oleh Nabi Isa yang juga ditujukan kepada kaum Yahudi. Nabi Isa pernah mengutuskan 12 orang Rasul kepada kaum Yahudi yang dia sebut sebagai domba yang hilang atau sesat dari Bani Israel (Matius: 10:6).

Nabi Isa juga menyebutkan bangsa Yahudi itu bagaikan serigala, dan dia mengingatkan kepada para utusannya berlaku cerdik seperti ular, dan tulus seperti merpati (Matius: 10:16). Bahkan Nabi Isa juga pernah menyebut kaum Yahudi itu sebagai keturunan ular yang bersifat jahat (Matius: 12:34). Nabi Isa juga mengakui bahawa kaum Yahudi itu pembunuh para nabi (Matius: 23:37).

Angkaranya
Syeikh Abd al-Sattar Abdullah Sa’id, dalam bukunya Ma’rakah al-Wujud Baina al-Quran Wa al-Talmud, menerangkan sebenarnya kaum Yahudi berpegang pada kitab Talmud yang mereka panggil sebagai penafsir kitab suci Taurat.

Menurut Yahudi, isi kandungan Talmud itu adalah ucapan Nabi Musa, dan ucapan Nabi Musa itu terus disampaikan melalui lisan hingga generasi ke-40. Kemudian, ucapan lisan Nabi Musa itu ditulis, dan disebut dengan Talmud.

Kitab Talmud ini dianggap sebagai kitab syariat dan adab bagi kaum Yahudi. Tetapi pengajaran yang terdapat dalam kitab Talmud itu penuh dengan pelbagai pengajaran yang tidak dapat diterima oleh akal. Di antaranya ialah pengajaran para pendeta Yahudi itu tidak boleh dilawan, sekalipun atas perintah Tuhan.

Talmud juga mengatakan bahawa Tuhan lebih mencintai Yahudi daripada malaikat. Dalam kitab Talmud juga disebutkan, Yahudi adalah bangsa pilihan Tuhan yang layak hidup abadi, sedangkan bangsa lain itu bagaikan keldai sahaja. Pemikiran ideologi perosak yang terdapat dalam kitab Talmud inilah sebagai punca kerosakan yang dilakukan oleh kaum Yahudi hingga hari ini.
Read More..