Rabu, 23 Jun 2010

Sejarah Bangsa Yahudi ( bab 9 )

Lahirnya Talmud, Kitab Hitam Yahudi


Pada masa Cyrus the Great, bangsa Yahudi dibenarkan pulang ke tanah Palestin setelah masa pengasingan mereka di Babylonia. Sama saat ini yang mana gerakan Zionis meminta semua Yahudi kembali ke Palestin tetapi tidak semua Yahudi mahu mengikuti ajakan ini kerana merasa sudah selesa di negeri lain, Yahudi di masa Cyrus pun demikian. Tidak semua bangsa Yahudi mahu kembali ke Palestin apatah lagi mereka telah memiliki rumah dan pekerjaan yang tetap serta kehidupan yang lebih baik.

Melihat hal ini, maka para Rabi yang mempunyai semangat persatuan, mulai gusar kerana bangsa Yahudi yang merata-rata di negeri orang tidak ingin kembali ke tanah Palestin. Maka, mereka membuat satu doktrin yang mana terus dipertahankan hingga ke hari ini dengan jubah Zionis. Doktrin tersebut ialah bangsa Yahudi adalah bangsa pilihan Tuhan dan Palestin adalah tanah yang dijanjikan oleh Tuhan dan tidak ada kejayaan bangsa Yahudi kecuali bersatu di Palestin dengan bernostalgiakan Haikal dan kejayaan kerajaan Nabi Sulaiman.

Untuk "menghalalkan" doktrin ini ia mestilah bertaraf perintah Tuhan, maka para rabi membungkusnya dengan istilah "Taurat tidak tertulis" atau dengan kata lain wahyu Tuhan yang difirmankan kepada Musa tetapi tidak tertulis. Untuk memudahkan, seperti hadits Qudsi. Bezanya, Wahyu ciptaan rabi ini tidak memiliki dasar riwayat dan baru terdengar di zaman Cyrus, tidak di zaman Nabi Musa yang jauh telah wafat sebelumnya.

Untuk menjayakan hal ini, maka para rabi mengajarkannya secara lisan dan terbatas. Dan dipelopori oleh Ezra dan Nehemia yang telah menyusun lebih dahulu Taurat versi baru, maka Ezra dan Nehemia juga mengajarkan "Taurat Lisan" ini. "Taurat Lisan" ini terus diajarkan untuk menyemai dan semarakkan semangat nasionalisme bangsa Yahudi secara turun-temurun.

Persoalannya adalah mengapa sampai perlu para rabi mereka "Taurat Lisan" ini? Jawapan yang mungkin ialah kerana bangsa Yahudi pada saat itu tidak memiliki seseorang yang dapat dijadikan pemimpin semenjak hancurnya dua kerajaan kecil mereka.
Krisis kepimpinan inilah yang ingin dibangunkan oleh rabi. Memang dalam "Taurat Lisan" tersebut ada disebutkan jika tidak patuh apa yang disampaikan oleh rabi maka itu termasuk dosa besar.

"Taurat Lisan" ini diberi nama Talmud,ia menjadi kitab inspirasi zionis hari ini. Mengapa begitu? Sebab dalam Talmud disebutkan bahawa bangsa selain Yahudi adalah binatang dan najis. Sebuah rasisme yang sangat luar biasa dari sebuah bangsa yang terhina oleh dosa mereka sendiri.

Untuk lebih jelas mengenai kitab Talmud disarankan untuk membaca buku karya Prof. DR. Muhammad Abdullah asy-Syarqawi dengan judul "Talmud, Kitab Hitam Yahudi Yang Menggemparkan".

Bagi mendapatkan rujukan terus mengenai Talmud, boleh melayari di www.sacred-texts.com dan juga boleh mendownload isi dari kitab Talmud ini.

Sejarah Bangsa Yahudi (bab 8)

Lahirnya Taurat Versi Baru

Pada masa pengasingan di Babilonia, di pemerintahan raja Nebukhanedzar, bangsa Yahudi (Bani Israel) telah kehilangan jati diri mereka, baik sebagai bangsa mahupun secara agama. Sebagai bangsa, mereka dipaksa untuk mengikuti tradisi-tradisi baru di Babilonia. Secara agama, mereka juga dipaksa untuk mengikut sistem paganisme penyembahan banyak dewa.

Melihat perkara ini, banyak di antara para rabi Yahudi khuatir akan identiti mereka yang monotheis yang berdasarkan pada risalah Nabi Musa dalam Taurat. Kerana ketika bangsa babilonia menyerang, risalah ini banyak yang hilang dan juga para rabi yang hafal banyak yang meninggal dunia.

Atas inisiatif para rabi yang masih ada, maka mereka berusaha menulis kembali isi Taurat yang aslinya sudah hilang hancur oleh raja Nebukhanedzar.

Hasilnya?

Seperti yang tercatat dalam sejarah hari ini, Taurat yang ditulis kembali oleh para rabi ini jauh dari keasliannya. Senang sahaja mencari jawapannya, Bagaimana seorang manusia dapat menceritakan sepenuhnya cerita kehidupannya hingga ia wafat dan dikuburkan?

Inilah yang terjadi dalam Taurat, Nabi Musa "dikisahkan" wafat hingga dikuburkan, sedangkan kata Taurat aslinya adalah risalah yang dibawa oleh Nabi Musa. Lebih teruk lagi, banyak nabi dalam Taurat (Perjanjian Lama) pernah berbuat salah yang jauh dari sifat kesuciannya. Sebenarnya ini tidaklah menghairankan jika mengikuti susur pola fikiran mereka. Menurut mereka, para nabi pernah berbuat dosa, jadi jika umatnya pun berbuat dosa pasti diampuni oleh Tuhan.

Penyerbuan Babilonia adalah balasan mereka yang telah berbuat dosa. Namun ia dilihat kecil oleh bangsa Yahudi kerana mereka menyakini kalau nabi berbuat dosa, jadi apatah lagi jika rabi, hakim, umat biasa berbuat dosa pula.

Sebagai renungan bagi bangsa Yahudi, perhatikan ucapan Nabi Jeremiah as kepada raja Nebukhanedzar:"Jangan kamu fikir bahawa kamu telah mengalahkan Bani Israel dengan kekuatan kamu. Sesungguhnya ini adalah azab yang disebabkan dosa-dosa mereka ynag terlalu banyak".

Ingin tahu isi Perjanjian Lama yang penuh berisi dosa-dosa para Nabi? Berikut disajikan:

1. Nabi Nuh dalam Kejadian 9: 20-26
Nuh menjadi petani; dialah yang mula-mula membuat kebun anggur. Setelah ia minum anggur; MABUKLAH ia dan TELANJANG dalam khemahnya. Maka Ham, bapak Kana'an itu, melihat AURAT ayahnya. Lalu diceritakannya kepada kedua saudaranya di luar. Sesudah itu, Sam dan Yafet mengambil sehelai kain dan membentangkannya pada bahu mereka berdua, lalu mereka berjalan mundur; mereka menutupi AURAT ayahnya sambil berpaling muka, sehingga mereka tidak melihat AURAT ayahnya. Setelah Nuh sedar dari MABUKNYA dan mendengar apa yang dilakukan anak bongsunya terhadapnya, berkatalah ia,"Terkutuklah Kana'an, hendaklah ia menjada yang paling hina bagi saudara-saudaranya. Lagi katanya, "Terpujilah Allah, Tuhan Sam, tetapi hendaklah Kana'an menjadi hamba baginya.

( isi Taurat ini yang menunjukkan kebencian terhadap Kana'an kerana sebelum Bani Israel masuk ke tanah Kana'an, bangsa Filistin / Kana'an adalah penduduk asal tanah ini, nama tanah Palestin yang juga diambil dari nama Filistin)

2. Nabi Luth dalam Kejadian 19: 30-38
Oleh sebab Luth tidak berani tinggal di Zoar, pergilah ia bersama kedua anak perempuannya meninggalkan negeri itu menuju sebuah pegunungan untuk menetap di sana. Anak perempuan Luth yang tua berkata kepada yang muda, "Ayah kita memang telah tua, tetapi tidak ada lelaki lain di sini yang akan menghampiri kita seperti layaknya lelaki dan perepmpuan. marilah kita beri ayah kita minuman anggur agar kita dapat TIDUR DENGANNYA dan MENDAPAT KETURUNAN darinya. Maka pada malam harinya, kakak-beradik itu memberi ayah mereka minuman anggur; lalu masuklah yang tua untuk TIDUR dengan ayahnya, sedangkan ayahnya sendiri tidak sedar lagi apa yang terjadi kerana MABUK. Keesokan harinya, berkatalah si kakak kepada adiknya, "Malam tadi aku telah BERSETUBUH (BERZINA) dengan ayah. Bagaimana kalau malam nanti kita memberinya lagi minuman anggur supaya engkau juga dapat melakukan apa yang telah aku lakukan malam tadi." Maka pada malam harinya, mereka kembali memberi ayah mereka minuman anggur, lalu masuklah anak yang muda untuk TIDUR dengan ayahnya, sedangkan ayahnya sendiri juga tidak sedar lagi apa yang terjadi kerana MABUK. Lalu mengandunglah kedua anak Luth itu dari ayah mereka. Yang tua melahirkan seorang anak lelaki, dan menamakannya Moab; dialah nenek moyang bangsa Moab yang sekarang. Yang mudapun melahirkan seorang anak lelaki, dan menamakannya Ben-Ami; dialah nenek moyang dari Bani Amon yang sekarang.

( isi Taurat ini untuk mewujudkan keinginan para Rabi Yahudi untuk memburukkan bani Moab dan Bani Amon yang menjadi mangsa pembohongan mereka. Apabila Rout (yakni nenek dari Nabi Daud as dan nenek moyang Nabi Isa as) adalah anak dari Moab, maka ini bererti bahawa para pengarang kitab Taurat itu telah menjadikan mereka semua sebagai keluarga pezina)

3. Nabi Musa dalam Ulangan 32: 49-52)
pada hari itu juga Tuhan berfirman kepada Musa, "Naiklah ke bukit Abrahim yang ada di negeri Moab, sebelah kota Jericho, lalu pandanglah dari puncak bukit itu tanah Kan'an (palestin) yang kelak Kuberikan kepada orang-orang Israel. Engkau akan mati di atas bukit yang akan kau naiki itu, supaya engkau dikumpulkan kepada kaum leluhurmu, sama seperti Harun, saudaramu, yang mati di bukit Hor lalu dikumpulkan kepada kaum leluhurnya. Ini adalah kerana engkau telah BERKHIANAT kepada-Ku di tengah-tengah orang Israel dan TIDAK LAGI MENGHORMATI kekudusan-Ku di tengah-tengah mereka. Engkau boleh melihat negeri itu terbentang di depanmu, tetapi tidak boleh masuk ke sana, ke negeri yang kuberikan kepada Israel.

(ini adalah isi Taurat yang benar-benar keji terhadap Nabi mereka yang mulia, Nabi yang membebaskan mereka dari Fir'aun. Kitab ini menuduh bahawa Nabi Musalah yang telah membuat patung ular dari tembaga yang disucikan dan dijadikan sembahan oleh Bani Israel seperti dalam Raja-Raja II 18:4 yaitu: Dan (Hizkia) yang menghancurkan ular tembaga yang DIBUAT Nabi Musa, sebab sampai pada masa itu orang Israel memang masih memuja dan menyembah patung yang mereka beri nama denagn Nehustan itu.)

4. Nabi Harun dalam Keluaran 32: 1-6
Ketika bangsa itu melihat bahawa Nabi Musa mengundur-undurkan turun dari gunung itu, maka berkumpullah mereka mengerumuni harun dan berkata kepadanya,"Buatkanlah sebuah tuhan untuk kami yang akan menuntun jalan kami! Sebab, Musa pemimpin kami, tidak ada di samping kami. Ia telah pergi meninggalkan kami, dan kami tidak tahu apa yang telah terjadi dengannya." Lalu berkatalah Harun kepada mereka, "Tanggalkanlah anting-anting emas yang ada di telinga isteri-isteri dan anak-anakmu, lalu kumpulkanlah semuanya kepadaku!" Maka seluruh bangsa itu menanggalkan anting-anting emas yang ada di telinga mereka dan membawanya kepada Harun. Setelah semua emas itu berada di tangan Harun, IA MULAI MENGOLAHNYA MENJADI SEBUAH PATUNG BERBENTUK SEEKOR ANAK LEMBU. Kemudian ia berkata kepada mereka, "Hai Bani Israel, INILAH TUHANMU, yang telah menuntunmu keluar dari tanah Mesir!" Ketika Harun melihat orang-orang berkumpul kepadanya, DIDiRIKAN OLEHNYA MEZBAH DI DEPAN ANAK LEMBU ITU. Kemudian ia berseru, "Besok hari raya bagi Tuhan!" Dan keesokan harinya, mereka langsung mempersembahkan haiwan-haiwan korban untuk patung tersebut.

( Isi Taurat yang sangat memburukkan seorang Nabi. Padahal orang lain iaitu Samiri yang membuat patung anak lembu itu. Ini hanyalah alasan bagi Yahudi jika sesat maka Nabi Harun lebih sesat lagi dari mereka. Jadi jika Yahudi berbuat dosa maka PASTI diampuni, Nabi yang nyata suci membuat patung sembahan, apatah lagi mereka yang awam! Inilah logik sesat mereka yang membuat mereka "halal" berbuat dosa besar)

Masih ada lagi kekejian Yahudi terhadap Nabi Daud yang dinyatakan berzina. Ini tidak menghairankan bagi Yahudi kerana silsilah yang mereka buat berasal dari anak Nabi Luth (baca di Samuel II).

Kesimpulannya, jika Yahudi berbuat dosa, hal ini biasa kerana nabi-nabi mereka pun juga demikian. Dosa bagi mereka perkara yang ringan dan mereka yakini pasti diampun. Syirik, mabuk, berzina, dan dosa lainnya adalah biasa bagi Yahudi, kerana para nabi juga pernah melakukannya.

Benar-benar keji perbuatan mereka terhadap kesucian Nabi!

Selasa, 22 Jun 2010

Sejarah Bangsa Yahudi (Bab 7)

Lahirnya nama Yahudi untuk Bani Israel

Selepas wafatnya Nabi Sulaiman pada 931 sM, Rehoboam, salah seorang puteranya, naiki tahta untuk menjadi raja. Ketika ia menjadi raja, para pemuka Israel bertemunya untuk menuntut ganti rugi atas keluhan-keluhan politik dan agama. Diketuai oleh Jeroboam, seorang jeneral Israel yang telah kembali dari pengasingannya di Mesir kerana melarikan dari kegagalan kudeta(merampas kuasa) pemerintahan Nabi Sulaiman.

Rehoboam menolak mendengarkan suara perbincangan atau musyuarah. Sebaliknya, dia mengirimkan angkatan bersenjata melawan Israel namun ia kalah teruk. Kekalahan ini dimanfaatkan oleh Jeroboam untuk membentuk kerajaan baru, kerajaan Israel.


Pecahlah kerajaan yang telah dirintis oleh Nabi Daud hingga Nabi Sulaiman menjadi dua kerajaan baru: Judah (Yahuda)dengan rajanya Rehoboam di wilayah Selatan dengan ibu kotanya Jerusalem dan Israel di wilayah Utara dengan ibu kotanya Syakem dan rajanya adalah Jeroboam.

Kerajaan Judah didukung oleh dua suku dari bani Israel sementara kerajaan Israel didukung oleh 10 suku. Perpecahan ini terus berlangsung hingga 100 tahun lamanya.
Kerajaan Israel merupakan kerajaan yang "sakit" di mana penguasanya rata-rata hanya mampu bertahan selama 11 tahun. Semuanya, ada 9 dinasti, jatuh-bangun sepanjang 212 tahun monarki. Dan bahkan ada satu dinasti saja yang mampu bertahan hanya dalam waktu 7 hari. Hanya sedikit dari kesembilan raja yang menempati tahta wafat kerana sakit atau tua. Sejarah kerajaan Judah tak jauh bezanya. 20 raja memegang kekuasaan rata-rata bertahan selama 17 tahun, tetapi semuanya dari dinasti yang sama.

Dengan pecahnya kerajaan Palestin ini, maka musuh-musuh Bani Israel di masa Nabi Sulaiman bersiap-siap untuk menaklukkan mereka. Dalam diri Bani Israel sendiri telah wujud kerosakan dari sudut sosial dan agama. Mereka mulai lupakan ajaran-ajaran dari Taurat yang dibawa oleh Nabi Musa serta beberapa petunjuk dari Nabi Daud dan Nabi Sulaiaman.

Bahkan ada sekelompok Bani Israel yang masih percaya kepada ilmu sihir Mesir kuno kembali berani tampil. Dan mereka mendakwa bahawa ilmu sihir ini sah secara hukum Taurat karena Nabi Sulaiman memiliki tentera dari bangsa Jin yang menurut mereka adalah tidak mungkin seorang manusia dapat memerintah bangsa Jin jika tidak memiliki ilmu sihir. Inilah yang disindir oleh Allah dalam Al Qur'an surah Al Baqarah ayat 102. Mereka mempelajari ilmu sihir ini dan menyampaikannya secara lisan dan sembunyi-sembunyi kerana setelah kejadian yang menimpa Samiri dengan patung anak lembu emasnya ilmu sihir ini harus disampaikan secara rahsia.

Kepercayaan ilmu sihir dengan penyampaian secara lisan inilah kemudian dipanggil dengan Kabbalah. Kabbalah sendiri bererti "secara lisan". Dan ilmu sihir ini terus diwarisi secara rapi dan rahsia hingga wafatnya Nabi Sulaiman mereka mulai berani tampil secara terang-terangan.

Tidak hanya penggunaan ilmu sihir sahaja, the ten commandement(10 wasiat) pun mulai mereka tidak amalkan. Akibatnya, mereka mulai berpecah secara agama dan sosial hingga dua kerajaan kecil berdiri di tengah-tengah musuh yang siap menyerang mereka.
Pada 721 sM, bangsa Assyria menakluk kerajaan Israel. Tinggallah kerajaan Judah bertahan hingga pada 586 sM bangsa Babilonia menyerang dan menghancurkan kerajaan Judah beserta masjid yang dibangun oleh Nabi Sulaiman.

Kerajaan Israel yang jatuh ke tangan Assyria ini, kerajaan Mesir hanya sebagai penonton saja. Padahal mereka tahu tanah Palestin adalah daerah yang strategik. Maka pada 608 datanglah Fir'aun dari Mesir untuk menyerang kerajaan Judah dan selanjutnya menyerang ke wilayah Utara bekas kerajaan Israel yang telah diserang lebih dahulu oleh Assyria.

Perang hebat terjadi antara Mesir dan Assyria sedangkan Bani Israellah sebagai mangsa besarnya. Ibarat dua gajah besar yang bertarung maka sang pelanduk yang menerima akibatnya.

Melihat Mesir menyerang Assyria, Raja Nebukhanedzar dari kerajaan Babilonia tidak berpangku tangan kerana kerajaannya telah memiliki hubungan baik dengan kerajaan Assyria. Bani Israel yang telah diserang oleh Assyria kemudian diserang lagi oleh bangsa Mesir kemudian bangsa Babilonia merasakan bahawa semuanya tidak baik bagi mereka. Sekali dijajah tetaplah mereka bukan tuan rumah bagi tanah mereka sendiri.

Dapat dibayangkan bagaimana mereka dijajah secara bertindan oleh tiga bangsa besar di zamannya tersebut : Assyria, Mesir dan Babilonia. Tetapi inilah janji Allah. bacalah kembali bab sebelumnya. Bani Israel akan dihina jika mereka tidak melaksanakan janji Allah dalam Taurat yang dibawa oleh Nabi Musa as.

Pada penjajahan bangsa Babilonia inilah mereka mulai mengenal apa yang dinamakan diaspora. Diaspora adalah istilah di mana Bani Israel mulai berpecah di mana-mana tanpa memiliki tanah sendiri. Mereka hanya dianggap sebagai pendatang saja. Inilah janji Allah seperti yang disebutkan dalam Taurat dan Al Qur'an.

Nebukhanedzar membunuh raja terakhir dari kerajaan Judah Shidqiya bin Yawaqem, meruntuhkan masjid, menawan para penduduknya dan membawanya ke Babilonia.
Babilonia adalah sebuah kerajaan dengan agama pagan sebagai agama utama. Di negeri baru ini Bani Israel pun tercemar dengan ide-ide baru dari kebudayaan Babbilonia ini. Kehancuran Palestin dengan segala kepercayaan mereka, masjid dan hilangnya tabut, tempat menyimpan Taurat Nabi Musa, membuat mereka mulai mencari jati diri baru agar nilai-nilai Taurat tidak hilang di negeri orang. Mulailah mereka menyusun Taurat yang telah hilang semenjak diserang Assyria.

Pada tahun 538 sM, bangsa Parsi tampil di muka bumi ini dengah gagahnya menaklukkan kerajaan Babilonia. Dengan raja Cyrus, bangsa Parsi dari ras Aryan ini membawa nasib baru bagi Bani Israel. Tidak ada bezanya dengan bangsa Babilonia, kerajaan Parsi juga beragama pagan. Sebuah kepercayaan sangat bertentangan dengan keyakinan yang dibawa oleh Nabi Musa.

Kerana Bani Israel memiliki kepercayaan yang berbeza dan ada yang tetap bertahan pada keyakinannya ini, maka bangsa Parsi menyebut mereka sebagai bangsa Yahudi, sebuah nama yang dinisbatkan dari Yahuda. Sejak itu, bergantilah panggilan mereka dari Bani Israel menjadi Yahudi, sebuah nama untuk ras dan sekaligus agama (keyakinan).

Nama Yahudi ini khas bagi mereka di zaman tersebut kerana mengingat pada masa tersebut pada umumnya bagsa-bangsa lain memiliki keyakinan pagan (percaya pada dewa-dewa) sementara Bani Israel hanya percaya pada satu Tuhan (monoteis).
Nama Yahudi adalah sebuah nama untuk ras sekaligus agama. Dan ini satu-satunya yang ada di dunia. Sebagaimana kita ketahui agama Islam diamanatkan kepada Nabi Muhammad dari bangsa Arab, tetapi nama Arab hanya untuk penyebutan bangsa dan tidak ada agama Arab. Demikian halnya dengan agama Nasrani, Hindu dan Budhha. Tetapi Yahudi adalah unik. Ras sekaligus agama dari satu nama.

Isnin, 21 Jun 2010

Sejarah Bangsa Yahudi( Bab 6)

Awal Kejatuhan Bani Israel

Dalam bab ini, kita akan diberi pendedahan awal kejatuhan dari Bani Israel setelah wafatnya Nabi Sulaiman. Perlu kita ketahui bahawa agama Islam itu telah pecah menjadi golongan-golongan yang jauh daripada isi ajaran bermula pada Bani Israel.

Jika selama ini kita tahu bahawa Syiah, Ahmadiyah adalah "serpihan" daripada agama Islam, maka sebenarnya agama Yahudi dan Nasrani juga aliran yang telah menyimpang dari agama Islam semenjak wafatnya Nabi Sulaiman.

Yahudi dan Nasrani, kedua-duanya merupakan agama yang terbit daripada ajaran Nabi Musa yang mana membawa ajaran Tiada Tuhan Selain Allah. Dan ini isi agama Islam.

Sampai sejauh ini kita belum membahas tentang Yahudi secara spesifik. Kita masih menyebut nama Bani Israel. Memang Bani Israel ini pecah menjadi dua kubu besar dengan bendera agama serpihan daripada Islam yang dibawa oleh Nabi Musa, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Daniel, Nabi Samuel , Nabi Yahya (Nabi Yohanes Sang Pembabtis) Nabi Isa, dan Nabi umat Bani Israel lainnya, yang semuanya tentu membawa satu TEMA(ajaran): Tiada Tuhan Selain Allah dengan syariah yang berbeza pada keadaan waktu dan tempat.

Masuk pada babak penting iaitu kepada bentuk agama Yahudi dan Nasrani ini,dititipkan kepada kita bagaimana kutukan dan hukuman Allah terhadap Bani Israel. Disebutkan dlaam al Qur'an secara umum, tetapi oleh Bible lebih terperinci. Hukuman abadi terhadap Bani Israel.
(15) Tetapi jika engkau tidak mendengarkan suara TUHAN, Allahmu, dan tidak melakukan dengan setia segala perintah dan ketetapan-Nya, yang kusampaikan kepadamu pada hari ini, maka segala kutuk ini akan datang kepadamu dan mencapai engkau:
(16) Terkutuklah engkau di kota dan terkutuklah engkau di ladang.
(17) Terkutuklah bakulmu dan tempat adonanmu.
(18) Terkutuklah buah kandunganmu, hasil bumimu, anak lembu sapimu dan kandungan kambing dombamu.
(19) Terkutuklah engkau pada waktu masuk dan terkutuklah engkau pada waktu keluar.
(20) TUHAN akan mendatangkan kutuk, huru-hara dan penghajaran ke antaramu dalam segala usaha yang kaukerjakan, sampai engkau punah dan binasa dengan segera karena jahat perbuatanmu, sebab engkau telah meninggalkan Aku.
(21) TUHAN akan melekatkan penyakit sampar kepadamu, sampai dihabiskannya engkau dari tanah, ke mana engkau pergi untuk mendudukinya.
(22) TUHAN akan menghajar engkau dengan batuk kering, demam, demam kepialu, sakit radang, kekeringan, hama dan penyakit gandum; semuanya itu akan memburu engkau sampai engkau binasa.
(23) Juga langit yang di atas kepalamu akan menjadi tembaga dan tanah yang di bawahpun menjadi besi.
(24) TUHAN akan menurunkan hujan abu dan debu ke atas negerimu; dari langit akan turun semuanya itu ke atasmu, sampai engkau punah.
(25) TUHAN akan membiarkan engkau terpukul kalah oleh musuhmu. Bersatu jalan engkau akan keluar menyerang mereka, tetapi bertujuh jalan engkau akan lari dari depan mereka, sehingga engkau menjadi kengerian bagi segala kerajaan di bumi.
(26) Mayatmu akan menjadi makanan segala burung di udara serta binatang-binatang di bumi, dengan tidak ada yang mengganggunya.
(27) TUHAN akan menghajar engkau dengan barah Mesir, dengan borok, dengan kedal dan kudis, yang dari padanya engkau tidak dapat sembuh.
(28) TUHAN akan menghajar engkau dengan kegilaan, kebutaan dan kehilangan akal,
(29) sehingga engkau meraba-raba pada waktu tengah hari, seperti seorang buta meraba-raba di dalam gelap; perjalananmu tidak akan beruntung, tetapi engkau selalu diperas dan dirampasi, dengan tidak ada seorang yang datang menolong.
(30) Engkau akan bertunangan dengan seorang perempuan, tetapi orang lain akan menidurinya. Engkau akan mendirikan rumah, tetapi tidak akan mendiaminya. Engkau akan membuat kebun anggur, tetapi tidak akan mengecap hasilnya.
(31) Lembumu akan disembelih orang di depan matamu, tetapi engkau tidak akan memakan dagingnya. Keledaimu akan dirampas dari depanmu, dan tidak akan dikembalikan kepadamu. Kambing dombamu akan diberikan kepada musuhmu dengan tidak ada orang yang datang menolong engkau.
(32) Anak-anakmu lelaki dan anak-anakmu perempuan akan diserahkan kepada bangsa lain, sedang engkau melihatnya dengan matamu sendiri, dan sehari-harian engkau rindu kepada mereka, dengan tidak dapat berbuat apa-apa.
(33) Suatu bangsa yang tidak kaukenal akan memakan hasil bumimu dan segala hasil jerih payahmu; engkau akan selalu ditindas dan diinjak.
(34) Engkau akan menjadi gila karena apa yang dilihat matamu.
(35) TUHAN akan menghajar engkau dengan barah jahat, yang dari padanya engkau tidak dapat sembuh, pada lutut dan pahamu, bahkan dari telapak kakimu sampai kepada batu kepalamu.
(36) TUHAN akan membawa engkau dengan raja yang kauangkat atasmu itu kepada suatu bangsa yang tidak dikenal olehmu ataupun oleh nenek moyangmu; di sanalah engkau akan beribadah kepada allah lain, kepada kayu dan batu.
(37) Engkau akan menjadi kedahsyatan, kiasan dan sindiran di antara segala bangsa, ke mana TUHAN akan menyingkirkan engkau.
(38) Banyak benih yang akan kaubawa ke ladang, tetapi sedikit hasil yang akan kaukumpulkan, sebab belalang akan menghabiskannya.
(39) Kebun-kebun anggur akan kaubuat dan kauusahakan, tetapi engkau tidak akan meminum atau menyimpan anggur, sebab ulat akan memakannya.
(40) Pohon-pohon zaitun akan kaupunyai di seluruh daerahmu, tetapi engkau tidak akan berurap dengan minyaknya; sebab buah zaitunmu akan gugur.
(41) Engkau akan mendapat anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan, tetapi mereka bukan bagi dirimu, sebab mereka akan menjadi tawanan.
(42) Segala pohon-pohonmu dan hasil bumimu akan diduduki oleh kawanan belalang.
(43) Orang asing yang ada di tengah-tengahmu akan menjadi makin tinggi mengatasi engkau, tetapi engkau menjadi makin rendah.
(44) Ia akan memberi pinjaman kepadamu, tetapi engkau tidak akan memberi pinjaman kepadanya; ia akan menjadi kepala, tetapi engkau akan menjadi ekor.
(45) Segala kutuk itu akan datang ke atasmu, memburu engkau dan mencapai engkau, sampai engkau punah, karena engkau tidak mendengarkan suara TUHAN, Allahmu dan tidak berpegang pada perintah dan ketetapan yang diperintahkan-Nya kepadamu;
(46) semuanya itu akan menjadi tanda dan mujizat di antaramu dan di antara keturunanmu untuk selamanya."

Bible :Ulangan 28 :15-46.
Sumber http://alkitab.otak.info/index.php?hal=lihatPasal&injil=5&pasal=28

Sejarah Bangsa Yahudi (bab 5)

Zaman Setelah Nabi Musa

Nabi Musa wafat sebelum, menginjakkan kakinya di tanah Kana'an. Adapun nasib Bani Israel sendiri dipimpim oleh Yusya' bin Nuh atau dalam Bible beliau disebut Joshua. Menurut para ahli tafsir, beliaulah yang menemani Nabi Musa dalam surat al Kahfi ayat ke-60 dan 62.

Di bawah kepimpinnan Yusya' bin Nuh ini, Bani Israel mulai menyusun serangan dalam satu pasukan generasi baru setelah empat puluh tahun lamanya mereka terkinja-kinja di padang pasir.

Pada tahun 1190 sebelum Masihi, beliau berjaya menakluk mush dan menduduki kota Jericho. Kemudian mereka menyerang kota Adi, sebelah Ramallah,dan berusaha menaklukan al Quds (yang ketika itu menjadi ibu kota bangsa Yabus). Namun, beliau gagal. Jumlah pasukan yang lebih kecil dari musuh membuat mereka terhalang untuk menguasai semua wilayah di Kana'an (Palestin).

Yusha bin Nuh adalah seorang pahlawan yang gagah berani dan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad nama beliau disebut oleh Rasul sebagai berikut:
"Sesungguhnya matahari belum pernah ditahan bagi manusia kecuali untuk Yusya'di hari-hari pertempurannya merebut kota al Quds."

Sepeninggal Yusya', Yahudi dipimpin oleh sekelompok pemimpin yang dikenal dengan panggilan "Para Hakim", dan zaman mereka ini dikenal dengan nama "Zaman Para Hakim".

Keadaan masyrakat Bani Israel ketika di Palestin kembali mengalami penyelewengan moral serta agama. Dan hal ini lebih teruk dan sulit untuk diperbaiki. Sepuluh perintah Allah dari Nabi Musa dalam Taurat banyak yang diselewengkan.

Memang mereka menguasai tanah Palestin, tetapi kesatuan dan kekuatan mereka lemah akibat dari perbuatan mereka sendiri yang lebih mementingkan nafsu diri sendiri. Di saat itulah banyak kabilah-kabilah badui yang menyerang mereka.

Dalam keadan tersepit, Allah melahirkan di tengah-tengah mereka Para Hakim. Dan kepimpinan mereka ini tidak berdasarkan hak warisan keturunan. Mereka mendapatkan kedudukan ini setelah melalui ujian berat. Dengan adanya ujian ini, lahirlah para pahlawan Bani israel. Kerana itu dalam satu waktu, terdapat saja beberapa Hakim yang maju bersama-sama memerangi musuh-musuh mereka. Dan pemerintahan Para hakim ini berlangsung selama 150 tahun.

Dari sekian Para hakim, yang terkenal adalah:
1. Gideon.
Beliau berusaha menyatukan Bani Israel di bawah kekuasaannya. Namun, watak keras kepala Bani Israel telah menenggelamkan rasa persatuan dan perjuangan mereka. Inilah faktor yang menggagalkan tujuan Gideon.

2. Samson.
Beliau adalah seorang yang keras dan kuat. Banyak peranan yang dilakukannya dalam memerangi bangsa Kannan. Dalam filem Samson and Delillah beliau digambarkan tidak terhormat kerana gara-gara wanita beliau terhina.

3. Samuel.
Beliau adalah seorang pemimpin agama yang kemudian dijadikan Nabi. Beliaulah yang merupakan kisah di mana Thalut menjadi jeneral unutk berperang dengan Jalut dalam surah Al Baqarah ayat ke-246 hingga 251.

Pada masa beliau, Bani Israel dalam masa-masa sukar sebagai sebuah bangsa besar. Mereka ingin kejayaan sebagai sebuah bangsa besar dapat diwujudkan. Ini hanya diraih dengan berperang melawan mush-musuh mereka. Kerana itulah, mereka meminta kepada Nabi Samuel untuk menentukan seorang raja bagi mereka yang dapat memimpin dan berperang melawan musuh-musuh mereka. Selanjutnya, dapat merujuk ke surah al Baqarah ayat ke-246 hingga 251.

4. Deborah.
Beliau adalah seorang wanita yang kuat dan nekad. Beliau mampu mengambil peranan lelaki di dalam pelbagai peperangan. Ia adalah seorang wanita keturunan Ephraem.

Masa Para Hakim ini berlangsung sehingga berdirinya kerajaan Bani Israel. Jumlah mereka sampai lima belas hakim di antara mereka yang telah disebutkan di atas adalah Tashnael, Ahor, Shamago, Yadan, Yefta dan lain-lain.

Para sejarahwan mengatakan bahawa pada zaman Para Hakim, Bani Israel mirip dengan Amerika Syarikat: setiap wilayah satu suku dipimpin oleh beberapa pembesar suku. Suku-suku ini semuanya saling berhubungan dan disatukan oleh satu ikatan.

Jika dibaca Kitab Para Hakim di Bible, Anda akan mendapatkan kesimpulan bahawa masa ini adalah masa terburuk Bani Israel. Kejahatan dan kemungkaran tersebar, patung-patung disembah, orang-orang saleh dibunuh dan perzinaan merebak. Akibat dari penyimpangan akidah dan moral, Bani Israel ditimpa banyak cubaan dan serangan musuh.

Kemuncak dari peristiwa mereka ini disampaikan melalui dialog di surah al Baqarah tadi. Maka Allah memilih Thalut atau Saul sebagai pemimpin perang. Jadilah beliau pemimpin Bani Israel untuk berperang. Dan ini terjadi pada 1025 sebelum Masihi.

Thalut ataus Saul adalah raja pertama Bani Israel. Namun, beliau tidak pernah berada di ibu kota. Hidupnya lebih banyak dihabiskan di medan pertempuran. Musuh-musuhnya tidak pernah memberi kesempatan untuk membentuk identiti sebuah kerajaan.

Peperangan beliau yang termasyhur adalah ketika berhadapan dengan Jalut atau Goliath. Tidak hanya kerana pasukan yang dibawanya yang sedikit melawan pasukan berjumlah besar, tetapi juga munculnya seorang anak muda yang berjaya membunuh Jaluth atau Goliath, Daud yang kemudian juga menjadi raja sekaligus nabi.

Nabi Daud atau David lahir di kota Betlehem. Beliau adalah Daud bin Yussa. Di masa remajanya baginda adalah penggembala kambing, sebuah profesion para nabi dan rasul sebelum di angkat menjadi nabi atau rasul.

Nabi Daud menjadi raja setelah Thalut wafat. Beliau menjadi raja pada tahun 1044 sebelum Masihi hingga 963 sM. Kira-kira 40 tahun masa pemerintahan beliau. Pada tujuh tahun pertama pemerintahannya, el Khalil (Hebron) adalah ibu kota kerajaan. Namun, pada tahun-tahun berikutnya, ibu kota kerajaan dipindahkan ke Yerusalem.

Pada masa pemerintahannya, beliau berjaya menakluk dan mengusir bangsa Yabus dari kota al Quds pada tahun 995 sM. Beliau adalah pendiri kerajaan Islam untuk Bani Israel di Palestin.

Kerajaan Islam? Mungkin kia bertanya demikian. Mengapa disebut kerajaan Islam? semua Nabi dari Nabi Adam hingga Nabi Muhammad membawa satu misi yang sama: Tiada Tuhan selain Allah. Dan ini adalah tauhid. Dan inti dari Islam. Yang membezakan hanyalah syariat. Syariat Nabi Musa dan Nabi Muhammad berbeza, kerana situasi waktu dan tempat serta memang itu adalah ketetapan Allah.

Maka kitapun harus berbangga bahawa pendiri kerajaan dan kejayaan Islam pertama di bumi Palestin adalah Nabi Daud. Ini penting untuk disampaikan. Kerana bumi Allah ini hanya untuk orang muslim untuk diolah sesuai titah pertama: khalifatullah fil ardh.

Ini juga penting disampaikan di sini bahwa nabi Daud adalah beragama islam. Maka jika Geert wilders dalam wawancaranya mengatakan I don't hate moslem but I hate Islam, maka ia telah membenci apa yang dibawa oleh Nabi Musa dan Nabi Daud. Dan kalimat Geert Wilders tersebut pun dalam konteks agar umat Islam mengganti agamanya. Karena yang ia "bakar" adalah lumbung yang bernama Islam sementara isinya tidak dibakar. Padahal bila seseorang tidak ingin terbakar olehnya ia harus keluar dari lumbung tersebut. Ini artinya ia harus keluar dari agama Islam. Sebuah kalimat bersayap agar umat Islam berganti agama atau paling tidak tidak beragama Islam!

Setelah Nabi Daud wafat, penggantinya adalah Nabi Sulaiman. Zaman ini secara umum adalah zaman tenang baik secara politik, sosial dan ekonomi. Hal tersebut disebabkan Nabi Daud telah menghilangkan segala rintangan dan menakluk seluruh kekuatan politik. Dengan demikian, Nabi Sulaiman dapat menumpukan pada pembangunan dan perluasan kerajaan menjadi raja pada tahun 963 hingga wafat pada tahun 923 sM.

Kejayaan kerajaan Islam zaman Nabi Sulaiman ini merupakan hal yang wajar. Di satu sudut kerana masa tenang secara politik juga kerana Nabi Sulaiman memohon agar baginda diberi sebuah kerajaan yang hebat hingga tidak ada lagi Nabi sesudahnya yang diberi anugerah sepertinya. Ertinya, semasa hidup Nabi sesudah Nabi Sulaiman tidak memiliki apa yang dimiliki oleh Nabi Sulaiman. Permintaan baginda terbatas pada nabi bukan umat. Sebab kejayaan umat Islam zaman sesudah Nabi Muhammad lebih besar dan hebat dari kerajaan Islam zaman Nabi Sulaiman.

Dan pada masa ini baginda membangun sebuah masjid yang dikatakan oleh Yahudi sebagai kuil. Istilah kuil lebih dekat kepada agama pagan, sementara masjid lebih dekat istilahnya kepada Islam.

Jika memang Nabi Sulaiman membangun sebuah masjid, tentu masjid tersebut bukanlah tempat menyimpan harta yang banyak. Sebab di zaman sekarang banyak Yahudi yang menduga di bawah runtuhan kuil itu terdapat harta Nabi Sulaiman yang kini berdiri masjid al Aqsa. Sebagai seorang muslim dan Nabi, raja Sulaiman tidaklah mungkin menyimpan harta kekayaannya di kuilnya.

Menurut Sayid Quthub dalam tafsirnya, beliau mengatakan:
"Tidak semua penduduk bumi menjadi tentera Nabi Sulaiman, kerana kerajaannya tidak lebih dari apa yang ada sekarang dikenal dengan Palestin kerana ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Sulaiman hanya untuk Bani Israel dan tanah Palestin sebagai misi warisan dari Nabi Musa dan bukan untuk menguasai seluruh wilayah timur tengah. Kerana itu, dakwah Islam Nabi Sulaiman terbatas pada bangsa Israel. Juga tidak semua jin dan burung ditundukkan bagi Nabi Sulaiman, hanya beberapa kelompok dari mereka."

Demikian pendapat Sayid Quthub.

Sebagai penutup untuk bab ini, Nabi Sulaiman inilah yang menjadi sasaran fitnah Yahudi zionis di masa sekarang sebagai penguasa ilmu sihir dan pelindung syaitan. Fitnah terus berlangsung dengan ilusi tentang kuil yang sejatinya hanyalah sebuah masjid untuk beribadat. Tetapi oleh Yahudi-zionis dijadikan alasan untuk meruntuhkan masjid al Aqsa dan mendirikan kerajaan syaitan berlandaskan ilmu sihir kabbalah.

Hal ini disampaikan oleh Allah dalam surah al Baqarah ayat ke-102 tentang fitnah atas Nabi Sulaiman yang penyembah Iblis dan pelindung syaitan serta memiliki ilmu sihir warisan ilmu sihir kabbalah.

Ahad, 20 Jun 2010

Sejarah Bangsa Yahudi (bab 4)

Masa Pengasingan, Bani Israel dan Ilmu Sihir

Dalam bab sebelumnya, telah disajikan kepada kita penghijrahan Bani Israel. Kini kita akan melihat satu sudut kehidupan Bani Israel dalam pengasingan mereka.

Setelah Bani Israel selamat dari kekejaman Firaun, muncullah sekelompok orang yang menentang Nabi Musa dan Nabi Harun. Kelompok ini dikenali dengan keras kepala dan berlumuran dosa.

Tingkah laku mereka yang bongkak ini nampak ketika Nabi Musa mengajak kaumnya untuk masuk ke Kana’an (Palestin)

Jawapan dari kaumnya dapat kita baca di surah ke-5 ayat ke-22. Intinya adalah Bani Israel ingin masuk ke Kana’an tanpa bersusah payah melawan musuh yang ada di tanah tersebut. Menurut mereka selama ini Allah telah banyak membantu mereka dari kekejaman Firaun, terutama terbelahnya laut Merah. Demikianlah pendapat mereka.


Ucapan yang terlontarkan dari mereka sangat tidak layak.
”Pergilah Engkau dan Tuhanmu dan berperanglah kamu berdua. Sesungguhnya kami hanya duduk menanti saja.”

Demikianlah jawapan dari Bani Israel.
Secara jasmaninya mereka telah merdeka. Tetapi secara jiwa mereka masih tetap budak yang hina.

Mereka hanya menanti kemenangan tanpa perlawanan, dan bermimpi di siang hari bahawa Tuhan akan pasti memberi mereka tanah itu seperti yang dijanjikan. Jadi, untuk apa bersusah payah berperang.

Inilah pemikiran licik dan sekaligus memperlihat sifat mereka yang penakut, tidak memiliki harga diri. Akhirnya, Allah membiarkan mereka selama 40 tahun menjadi pengembara di padang pasir tanpa dapat memasuki tanah Kana’an.

40 tahun ini bermakna Allah akan menghilangkan satu generasi yang berjiwa kecil tadi dan akan menggantikan generasi lain yang bersemangat dan patuh.

Sebelum mereka berjaya masuk ke tanah kana’an, Nabi Musa wafat terlebih dahulu. Namun, banyak kisah di dalam Al Qur’an yang mengkisahkan beberapa kejadian yang terdapat di dalam Al Qur'an.

Kejadian ini berkait hingga ke hari ini. Cerita yang popular adalah penyembahan anak lembu. Penyembahan anak lembu ini terjadi ketika Nabi Musa bertemu dengan Allah selama 40 hari. Selama itu pulalah terjadi penyelewengan di Bani Israel. Anak lembu yang diperbuat dari emas bukanlah ide yang timbul begitu saja dari diri Samiri, tokoh pengasasnya.

Seperti yang kita ketahui, Bani Israel telah lama tinggal di negeri Mesir , sebuah negeri yang penuh dengan dewa-dewa. Hubungan budaya serta agama Mesir dengan Bani Israel telah terjalin lama, dan dari sebahagian Bani Israel inilah yang masih ada yang menyimpan budaya Mesir, iaitu penyembahan terhadap dewa.

Tokoh Samiri sendiri di angkat oleh Allah dalam Al Qur'an bukanlah hanya sekadar nama. Ia lebih kepada memiliki ilmu sihir, sebuah ilmu wajib dipelajari di Mesir, dan belum hilang kepercayaannya terhadap kekuatan dewa yang ia yakini, walaupun mereka telah melihat dengan mata sendiri bagaimana Firaun mati tenggelam dan bagaimana pula ular-ular, sebuah makhluk binatang yang menjadi simbol kekuatan di Mesir, milik para ahli sihir kalah dengan tongkat Nabi Musa. Samiri rupanya masih menyimpan keyakinan pagan.

Sejak ribuan tahun hingga kini, ilmu sihir, ular dan simbol-simbol peradaban Mesir kuno ini masih digunakan oleh Yahudi dalam organisasi rahsianya (FREEMASON). Untuk memahami pergerakan organisasi tersebut kita harus tahu lebih dahulu sejarah panjang Bani Israel ini. Bukan hal yang aneh jika Allah mengangkat kisah Nabi Musa lebih banyak dari pada nabi-nabi yang lain kerana ini terkait dengan zaman hari ini.

Kita sambung semula berkenaan Samiri, Samiri juga tahu kalau bukan hanya dirinya yang masih menyimpan keyakinan pagan Mesir ini. Dia dengan cerdik menggunakan kesempatan emas tanpa kehadiran Nabi Musa. Adapun Nabi Harun, Samiri tahu Nabi Harun tidak setegas Nabi Musa.


Kisah ini dapat kita susuri lebih jauh dalam surah Thoha surat ke-20 ayat ke-85 hingga ke-98. Selepas kepulangan Nabi MUsa, Baginda sangat marah dengan perlakuan Bani Israel akibatya Samiri diusir oleh Nabi Musa. Tidak dijelaskan selanjutnya bagaimana nasib Samiri. Tetapi yang menarik adalah timbul pertanyaan, apakah Samiri diusir diikuti pula oleh sebahagian Bani Israel yang percaya pada apa yang Samiri bawa?

Jika tidak, mengapa budaya bangsa India hari ini sama dengan cerita dalam Al Qur'an, penyembahan anak lembu ini. Perlu diselidiki lebih lanjut oleh para sejarahwan kaitan yang begitu erat antara Mesir kuno dan India hari ini, Kita tahu kalau sungai Nil merupakan sungai suci bagi bangsa Mesirdi India ada sungai Gangga. Hapi dewa sungai Nil begitu juga dengan Gangga, dewi sungai Gangga. Kita tahu kalau lembu adalah dewa bangsa Mesir dan lembu jugaklah binatang suci umat Hindu. Apis, dewa berbentuk lembu bangsa Mesir maka, Nandini lembu tunggangan dewa agama hindu

Kita tahu kalau ular kobra adalah simbol kekuatan bagi Firaun dan tukang sihir di Mesir dan ular kobra pulalah binatang yang begitu dekat dengan budaya India. Apopis, dewa ular bangsa Mesir demikian juga Dewa Siwa, perhatikan ular kobra yang ada di lehernya. Kita juga tahu kalau bangsa Mesir percaya dewa matahari Ra dan Hindu percaya pada dewa Surya. Ra, dewa matahari bangsa Mesir kuno. Surya pula dewa matahari agama Hindu (jika berkesempatan kita akan susuri lagi kisah tersebut dan kaitan tersebut dengan apa yang dipanggil THE LOST TRIBE atau bangsa yang hilang dan kemungkinan teori bangsa yang hilang ini).

Kembali kepada kisah penyembahan lembu. Bangsa Mesir telah lama percaya akan penyembahan lembu dan Samiri menggunakan ilmu sihirnya untuk membuktikan bahawa budaya Mesir kunolah yang menolong mereka dari bencana Firaun. Ini dikatakan olehnya dalam Al Qur'an:
"Inilah Tuhanmu dan Tuhan Musa tetapi Musa telah lupa" (Thoha-88)

Perhatikan kata-kata Samiri: Musa telah lupa. Samiri tahu dahulu Nabi Musa pernah dibesarkan dalam istana Mesir yang penuh dengan ukiran dewa-dewa. Dan Samiri tahu jika Nabi Musa dulu pernah lama tinggal di Mesir dan hidup serta bergaul dengan budaya Mesir. Tentunya Nabi Musa tahu siapa itu Apis, dewa lembu bangsa Mesir. Maka dia mengatakan kalau Nabi Musa lupa. Lupa akan budaya dan dewa Mesir.

Tetapi Samiri juga yang lupa Nabi Musa bukanlah penyembah dewa!. Penyembahan Bani Israel kepada anak lembu hasil ilmu sihir Samiri merupakan bukti bahawa Bani Israel percaya kepada sihir begitu kuat. Mengapa dapat dikatakan demikian? Mereka dengan jelas melihat kekuatan Allah melalui terbelahnya laut Merah tetapi tidak percaya akan kewujudan Allah itu sendiri.

Untuk menghapus keyakinan mereka pada kekuatan lembu ini, maka Allah membuat senario akan terbunuhnya salah seorang Bani Israel. Dan untuk mengetahui siapa pembunuhnya tersebut mereka harus memotong seekor lembu! Tetapi Bani Israel mengajukan pelbagai soalan sebagai keengganan mereka untuk melakukannya.

Keengganan ini ada dua. Pertama untuk menutupi pembunuh dan yang kedua ada yang merasa 'dosa' memotong lembu ynag dulu mereka percayai sebagai binatang suci. Kalaupun lembu itu dipotong, yang mereka tahu adalah ritual ala bangsa Mesir kuno bukan dengan ritual baru ala syariah Nabi Musa.

Read More..