Khamis, 19 Ogos 2010

Bangsa Yang Hilang 4

*Adakah bangsa Melayu berasal dari kaum kerabat Nabi Nuh?
*Atau berasal dari salah seorang pengikut Nabi Nuh?

Petunjuk Dari Banjir Besar' ini juga dapat menjawab mengapa di Tanah Melayu telah terdapat kaum-kaum lain yang fizikal dan rupaparas mereka amat berlainan dari bangsa Melayu.Mengapa terdapat kaum di sebelah kepulauan Pasifik yang mengaku mereka berasal dari bangsa Melayu yang belayar dari sebelah Afrika (rujuk kaum Maori dan kaum-kaum kuno di kepulauan Hawai).Juga misteri Pulau Easter dimana patung-patungnya menyerupai batu-batu nisan Toroja dan tugu-tugu suku Batak.Sampai kini bangsa yang pernah mendiami pulau misteri tersebut masih samar-samar.

Namun selepas ekspedisi yang digelar Kon-Tiki dalam tahun 1950'an yang mungkin merupakan ekspedisi paling penting selepas ekspedisi Galapagos, sebahagian misteri Pulau Easter telah terungkap. Kemajuan dari ekspedisi ini adalah kajian rapi mereka dari segi arkeologi,linguistik dan etnografi. Yang paling menarik adalah keputusan DNA dari tulang temulang yang dijumpai di sana menjelaskan bahawa kaum yang membina tugu-tugu misteri itu bukanlah berasal dari Indian Amerika tetapi Polinesia yang menerangkan mengapa penduduk setempat memanggil pulau itu sebagai Rapa Nui yang mana bunyi linguistiknya mendekati ala Tahitian dan orang Tahiti mendekati asalnya dari kumpulan Molukas-Samoa (keduanya dari kumpulan etnik yang sama).

Merekalah yang belayar ke Kepulauan Marquesas kemudian ke Hawaii selepas itu ke New Zealand dan akhirnya ke Tahiti. Pelayaran ini berkemungkinan hanya menggunakan kayak purba dan ia digelar sebagai Catamaran/Trimarant yang dikenali sebagai kapal kecil yang stabil yang mampu mengharungi gelombang lautan. Dan yang menariknya kaum-kaum kuno di Indonesia telah lama diketahui menggunakan Trimarant yang mudah ditolak ketika pendaratan pantai. Sebab itu karakter tugu misteri di Pulau Easter menyamai tugu kaum Toroja dan Batak.

Betapa misterinya apabila ramai pengkaji tidak sependapat untuk menerangkan kehadiran kaum asli seperti Orang Asli, Jakun, Senoi dan sekumpulan dengan mereka di Tanah Melayu dan pada masa yang sama terdapat pula satu bangsa yang berbeza yang berkulit cerah sedikit atau sawo matang, berpakaian kemas, lebih terurus kehidupannya, berorganisasi malah berkerajaan sendiri dan pernah membina empayar-empayar hebat, tidaklah bercawat, dan masih mengamalkan kehidupan primitif seperti berburu binatang dan bercucuk tanam iaitu mengamalkan ekonomi sara diri. Ini tidak sepening kes antropologi lain seperti kehadiran bangsa kulit putih di Australia dan Benua Amerika. Kes unik antara bangsa Melayu dan Orang Asli adalah masalah beribu-ribu tahun dahulu tidak seperti kes Red Indian dan Koloni Eropah.

Ini menunjukkan sebelum konotasi 'Dunia Baru' yang popular digunakan dikalangan pengembara Eropah seperti Amerigo Vespucci, Magellan dan Columbus merujuk kepada Tanah Amerika, bangsa Melayu telah lama menemui 'Dunia Baru' mereka beribu tahun yang lampau lama sebelum kelahiran Raja Manuel Sepanyol mahupun Christopher Columbus. Kunci kepada rahsia ini adalah terletak kepada pergerakan keturunan Ham, iaitu salah seorang anak Nabi Nuh yang menurunkan bangsa-bangsa berkulit gelap seperti di sebelah Afrika dan pergerakan bangsa Mala dari keturunan Keturah mengikut jalan laut. Kunci ini akan membuka satu persoalan yang sekian lama menghantui para ahli antropologi mengapa kaum-kaum Polinesia seperti Orang Asli, Maori, Aborigin dan suku-suku Hawaii umumnya berambut keriting, berkulit gelap serta memiliki raut wajah dan postur seperti kaum-kaum di Afrika dan berlainan dari etnik-etnik Melayu seperti Jawa, Banjar, Bugis, Kedah, Pahang dan sebagainya.

Kaum asli Polinesia ini adalah HYBRID KEPADA KETURUNAN HAM DAN BANGSA MALA-KETURAH. Pergerakan pertama dipercayai adalah dari jurai keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s. Merekalah yang sampai dahulu di Kepulauan Pasifik dan pulau-pulau Polinesia termasuk Australia membentuk kaum Aborigin. Kemudian tibalah pula keturunan Keturah setelah memakan beberapa generasi. Keturunan Keturah ini adalah kumpulan kedua iaitu yang mengikut jalan laut dari sebelah barat (dari arah Afrika) di mana kumpulan pertama bangsa Mala melakukan perjalanan darat menuju ke hujung dunia 'Semenanjung Emas'. Ini menerangkan mengapa kaum asli di salah satu kepulauan Jepun, kaum asli purba di Taiwan dan etnik-etnik Polinesia di Pasifik seperti di Hawaii, Papua dan sebagainya memiliki beberapa perkataan mirip bahasa Melayu berserta maksud yang sama seperti 'batu' dan 'mata'.

Kaum asli ini yang berasal dari keturunan Ham anak Nabi Nuh a.s yang menurunkan bangsa Afrika mengalami pertentangan untuk bertahan dengan kedatangan bangsa Mala keturunan Siti Keturah dan Nabi Ibrahim yang lebih maju dan berfizikal lebih besar dari mereka. Akibatnya mereka yang tidak dapat berasimilasi terpaksa berpindah ke kawasan lebih pedalaman. Terdapat juga interaksi sosial di antara kedua-dua kaum ini seperti perdagangan malah ada yang berkahwin sesama mereka.

Bersambung...

Mistikfiles

Rabu, 18 Ogos 2010

Ringtone Telefon Bimbit Sempena Ramadhan

Sempena Ramadhan Al Mubarak ini, terdapat beberapa ringtone lagu yang sesuai untuk disetkan ke telefon bimbit anda.

1.Ingatlah Allah
2.Jalan Kebenaran
3.KebesaranMu
4.Sujudku
5.Syukur Alhamdulillah
6.Dengan NafasMu
7.Pesan Fajar
8.Rinduku PadaMu


Read More..