Khamis, 1 Julai 2010

Sejarah Bangsa Yahudi (Bab 10 sambungan)

Sejarah Talmud dan Kaitannya Dengan Zionis

Setelah kita didedahkan dengan isi dari Mishnah pada posting yang lalu, kini kita perhatikan pula bahagian utama yang kedua dari Talmud iaitu Gemara. Gemara merupakan syarah, penjelasan, komentar, tafsir atau nota kaki daripada Mishnah. Gemara lahir disebabkan begitu banyaknya teks-teks yang masih global yang tidak jelas penafsirannya dalam kitab Mishnah. Ini bukanlah hal yang menghairankan kerana Mishnah lahir dari inspirasi rabi yang berlainan yang masing masing merasakan memiliki tanggung jawab penuh sebagai “penyampai Taurat Lisan” yang pada hakikatnya kitab itu lahir dari kepentingan peribadi para rabi.

Begitu lama masa yang diperlukan oleh para rabi dalam menyelesaikan pembuatan kitab Gemara ini, yakni sekitar empat abad dari abad ke-2 Masehi hingga akhir abad ke-6.
Menurut sejarah Yahudi sendiri, orang pertama yang melakukan syarah terhadap Mishnah adalah dua putera rabi Judah Hanasi, Rabi Gamaliel dan Rabi simeon. Kemudian diteruskan oleh Rabi Ashi di Sura iaitu sebuah kota yang terletak di tepi sungai Eufrat pada tahun 365 M sampai 435 M. Dan disempurnakan oleh Rabi Abino dan terakhir oleh Rabi jose pada tahun 498 M.

Perkara yang menjadi dasar daripada syarah Mishnah ini atau Gemara ialah ia ditulis dalam bahasa Aramaika (Aramaic. Bagi yang ingin tahu bagaimana bahasa Aramaika ini dapat ketahui melalui film karya Mel Gibson: The Passion of Christ ) sedangkan Mishnah ditulis dalam bahasa Ibrani. Bahasa Ibrani yang digunakan pada Mishnah adalah bahasa Ibrani baru yang tidak sama dengan bahasa Ibrani yang digunakan pada Kitab Perjanjian Lama. Kerana, ketika Mishnah ditulis, bani Israel tidak lagi menggunakan bahasa Ibrani sehari-hari melainkan bahasa Aramaika. Bahasa Ibrani pada waktu itu hanyalah mereka gunakan untuk kepentingan menulis hal-hal yang berkaitan dengan keagamaan saja. Bahasa Ibrani yang mereka gunakan telah bercampur dengan bahasa-bahasa bangsa yang telah menjajah mereka iaitu Yunani, Latin (Rom) dan Persia (Parsi).

Dalam sejarahnya, Talmud ada dua versi iaitu Talmud Palestin dan Talmud Babilon. Talmud Palestin memakan masa penyusunan yang cukup lama iaitu dari abad ke-2 hingga abad ke-5 M. Rabi yang menyusun Talmud ini bukanlah rabi-rabi Palestin melainkan rabi –rabi kerajaan yang diketuai oleh Jochana. manakala Talmud Babilon bermula pada abad ke-4 dan berakhir pada abad ke-6 dengan menggunakan bahasa Aramaika dan Talmud ini bukanlah karya satu tangan rabi tetapi melibatkan ramai rabi dengan zaman yang berbeza-beza.

Gemara memiliki lampiran-lampiran yang disebut dalam bahasa Ibrani dengan Tosephoth. Rabi Chaia dianggap sebagai tokoh pertama yang memberikan ulasannya pada Gemara, dan ulasannya tersebut dinamakan dengan Baraietoth atau pendapat-pendapat murni yang disusupkan ke dalamnya. Ini merupakan tafsiran dan penjelasan yang diberikan ulama terhadap Mishnah di luar sekolah pembelajaran agama Yahudi. Semua ulasan dan pendapat tersebut menjadi lengkap setelah adanya pendapat sampingan dalam bentuk komen-komen pendek atau prinsip sederhana yang dinamakan Piske Tosephoth.

Talmud yang terdiri dari Mishnah dan Gemara ini menjadi sebuah kitab yang begitu tebal dan sarat, tetapi belum tersusun rapi kerana begitu banyak ulasan-ulasan sampingan. Rabi Ishaq ben Ya’qub menerbitkan Talmud kecil yang dinamakan Hilkhoth yang bererti tradisi, sunnah atau adat. Rabi ini banyak menghapuskan teks-teks yang berisi perdebatan panjang yang menjemukan. Usahanya ini mendapat tentangan daripada aliran majoriti dalam agama Yahudi. Antara yang menentang, Rabi Maimonides (Moses ben Maimon) pada tahun 1180 (576 H) mengeluarkan karyanya yang masyhur yang berjudul Mishnah Torah yang bererti “Pengembalian Undang-Undang”. Kitab ini juga masyhur dengan sebutan Iad Chazakah yang bererti “Tangan yang Kuat”. Rabi Maimonides, yang mendapat gelaran Si Rajawali Candi Yahudi kerana begitu besar jasanya dalam menyusun Talmud yang hingga kini ini sebagai bahan rujukan utama, menyertakan perbahasan falsafah besar di dalam karyanya itu.

Pada tahun 1240 M muncul sebuah kitab Talmud yang sudah disederrhanakan di bawah pengawasan Rabi Ya’qub Ben Asher. Rabi ini merubah karya Rabi Maimonides dengan menghapuskan banyak undang-undang. Para rabi bersepakat untuk menamakan teks gubahan ini dengan nama Arbaa Turim yang bererti “Undang-Undang Talmud yang Empat”. Setelah sekian lama, karena wujudnya perrtentangan yang jelas antara pihak Fashi, Maimonides dan Asher, muncullah keperluan untuk mengadakan sebuah kitab Talmud yang mengandungi pelbagai penyelesaian dan hukun-hukum praktis ringkas. Seorang rabi dari Palestin yang bernama Joseph ben Ephraim Caro segera memulakan tugas yang besar dan menghasilkan sebuah kitab yang bernama Shulhan Arukh (Set Table) yang mengandungi pelbagai ulasan dan syarahan terhadap kitab Arbaa Turim. Tetapi kerana terpecah menjadi Yahudi Timur dan Barat, tidak semua Yahudi menerima kitab Shulhan Arukh ini. Disebabkan itu, Rabi Musa Isirlisi menyusun sebuah kitab yang mengandungi ulasan-ulasannya terhadap kitab Shulhan Arukh dengan nama Darakhi Musa yang bererti “Jalan Musa” lalu kitab ini diterima oleh kalangan Yahudi Barat.

Rabu, 30 Jun 2010

Sejarah Bangsa Yahudi (Bab 10)

Sejarah Talmud dan Kaitannya dengan Zionisme.

Seperti yang telah disampaikan pada bab sebelumnya bahawa Yahudi tidak hanya memiliki kitab ajaran tertulis yang telah ditulis(seleweng) oleh Ezra dan Nehemia, tetapi mereka juga memiliki kitab “Taurat Lisan” iaitu Talmud.

Talmud terdiri daripada dua bahagian utama iaitu Mishnah dan Gemara pun begitu masih ada lagi lampiran-lampiran dan tafsiran-tafsiran lain di luar dua bahagian utama tersebut. Mengapa terjadi demikian? Hal ini disebabkan ada beberapa rabi yang mendakwa apa yang ia sampaikan juga merupakan “Taurat Lisan” Nabi Musa. Tidaklah menghairankan sebab sejarah awal Talmud ini berasal dari inspirasi manusia yang mana memiliki motif masing-masing.

Ezra dan Nehemia, dua rabi penulis Taurat awal memiliki motif untuk menyatukan bangsa Yahudi yang telah merata-rata dan memiliki kepercayaan ala Babilonia dan Persia. Tentu saja langkah kedua rabi tersebut yang memiliki “Taurat Lisan” ini diikuti oleh rabi lain dengan pendakwaan yang sama: mendapat inspirasi dari Tuhan untuk menyampaikan “Taurat Lisan”.


Dengan demikian, Talmud memiliki isi yang pelbagai dan satu sama lain isinya ada yang berbeza. Dalam sejarahnya pula, agama Yahudi memiliki dua aliran kitab Talmud: versi Babilonia dan versi Palestin. Dalam versi Babilonia, Mishnah dibahagi menjadi Sura, Pumbaditha, dan Neherdea dan dalam versi Palestin Mishnah dibahagi menjadi Tiberias, Jamina dan Lydia.

Mishnah adalah bahagian pertama dan yang paling utama. Mishnah ditulis dalam bahasa Ibrani baru (new Hebrew) yang telah terpengaruh oleh bahasa Yunani, Latin dan Persia. Tiga bangsa dari tiga bahasa ini memang pernah menjajah bangsa Yahudi cukup lama. Mishnah terdiri daripada enam bahagian iaitu:
1. Zeraim. Bahagian ini terdiri dari 11 risalah. risalah Kesebelas itu adalah:
a. Berakhoth, tentang pemberian berkah dan doa-doa juga membahas tentang aturan upacara keagamaan.

b. Peah, tentang masalah tanah perkebunan dan hasilnya.

c. Demai, tentang masalah subhat.

d. Kilaim, tentang masalah percampuran

e. Schebiith, tentang hukum berkaitan hari Sabtu.

f. Terumoth, tentang masalah persembahan, korban, dan apa saja yang dapat dipersembah kepada rabi.

g. Maaseroth, tentang pajak sepersepuluh persen dari harta yang dimiliki yang wajib diserahkan kepada anggota keluarga Lewi (:kabilah Ibrani).

h. Maaser Schemi, juga mengenai pajak.

i. Chaalah, tentang keju dan bahagian-bahagiannya yang wajib diberikan kepada para rabi.

j. Orlah, tentang kaum yang tidak dikhitan (kaum paganis atau non-Yahudi)

k. Bikhurim, tentang buah tanaman pertama yang wajib diserahkan kepada para rabi.

Daripada risalah Zeraim ini dapat Anda bayangkan bagaimana berpengaruhnya para rabi. Memang sejak awal penyusunan Taurat, para rabi mengambil alih kekosongan tokoh yang dapat menyatukan Yahudi setelah dihancur-leburkan oleh Nebukhanedzar. Disebabkan tiada tokoh yang disegani dan dihormati inilah punca para rabi menyusun Taurat dan membuat “Taurat Lisan” atau Talmud sebagai kekuatan agama walaupun Talmud bukanlah risalah Nabi Musa yang diturunkan oleh Allah kepada beliau. Talmud hanyalah rekaan rabi untuk menjadi pemimpin atau tokoh yang dihormati.

Bahagian kedua dari Mishnah pula adalah
2. Moed, tentang puasa dan hari-hari besar. Bahagian ini terdiri daripada 12 risalah iaitu:
a. Scabbath, tentang perbuatan yang diharamkan pada hari Sabtu.

b. Erubhin, tentang segala perintah dan larangan tentang makanan pada malam Sabtu.

c. Pesachim, tentang hari raya Paskah Yahudi.

d. Schekalim, tentang besar, panjang dan sifat-sifat bendul.

e. Ioma, mengenai dengan “Hari Kaffarat” (Hari Penebusan Dosa) dan pelbagai kewajiban.

f. Sukkah, tentang khemah yang dipakai oleh kaum Yahudi sebagai Candi Berpindah (Tabernacle) setelah runtuhnya Haikal Sulaiman. Risalah ini juga membahas hukum-hukum yang berhubungan dengan upacara keagamaan di khemah atau candi.

g. Betsah, membahas perbuatan yang haram dan yang mubah yang dilakukan pada setiap hari-hari besar.

h. Rosh Haschanah, tentang tahun baru Ibrani atau upacara yang dilakukan pada tahun baru.

i. Taanith, tentang puasa dan segala permasalahannya.

j. Megillah, tentang pembacaan buku Ester dan hal-hal yang berhubungan dengan upacara keagamaan pada hari raya Purim.

k. Moed Katon, tentang hari raya kedua (Minor Feast) dan membahas tentang segala aturan yang berhubungan dengan hari-hari pertama pada perayaan Paskah Yahudi dan perayaan Succoth.

l. Chagigah, tentang perbandingan antara tiga hari raya iaitu Paskah, Succoth, dan hari raya Khemah atau Candi.

3. Nashim, tentang pelbagai undang-undang tentang wanita, seperti pernikahan, perceraian, kewajiban wanita, shalat wanita, dan segala masalah yang berhubungan dengan mereka. Ini terdiri dari 7 risalah, yang salah satunya yang terkenal adalah Abhodah Zarah (penyembah berhala). Risalah ini menjadi landasan bagi orang-orang yahudi dalam mengeratkan hubungan mereka dengan agama-agama berhala. Agama berhala di sini maksudnya adalah semua agama selain Yahudi. Seperti yang telah mereka alami dijajah oleh pelbagai bangsa yang beragama pagan dari Mesir, Assyria, Babilonia, Persia dan Yunani, maka hubungan antara agama mereka dan agama pagan ini sangat kental. Termasuklah mereka percaya bahawa Nabi Sulaiman sendiri sebagai Nabi yang membolehkan untuk melakukan sihir dan hubungan dengan alam ghaib. Hal ini dibantah oleh Allah dalam Al Baqarah ayat ke-102.

Ketujuh risalah dari Nashim adalah;
a. Jebbamoth, tentang saudara-saudara perempuan suami atau saudara-saudara perempuan isteri.

b. Kethuboth, tentang akad nikah

c. Gittin, khusus membahas masalah perceraian.

d. Nedarim, khusus tentang masalah nazar.

e. Nasir, khusus tentang apa-apa yang telah dinazarkan.

f. Sotah, tentang perempuan yang dianggap pezina.

4. Nazikin. Bahagian ini khusus berhubungan dengan masalah kejahatan atau jenayah, (hukuman dan pengadilan). Bahagian ini terdiri dari 10 risalah iaitu:

a. Baba Kama atau Pengantar Pertama. Tentang kejahatan dan kezaliman, serta cara-cara mengatasinya.

b. Baba Metsia atau Pengantar Pertengahan. Tentang aturan-aturan yang berhubungan dengan barang-barang temuan, amanat, jual-beli, penyewaan, peminjaman, dan jasa.

c. Baba Bathra atau Pengantar Penutup. Ini membahas tentang aturan-aturan yang berhubungan dengan harta perniagaan dan modal yang pada umumnya didapatkan melalui cara konvensional. Ini juga membahas tentang pembahagian harta warisan.

d. Sanhendrin, tentang mahkamah atau pengadilan yang mencakupi hakim, pendakwa, orang didakwa dan sebagainya.

e. Makkoth, tentang hukuman sebat bagi penjenayah.

f. Schebuoth, tentang masalah sumpah.

g. Edaioth, tentang masalah kesaksian.

h. Horaioth, tentang pengadilan yang menangani kes-kes yang dihadapkan ke meja pengadilan.

i. Abhodah Zarah, tentang paganisme (hukum penyembahan berhala).

j. Abhoth, tentang pelbagai hukum yang berkaitan dengan orang tua dan nenek moyang. Risalah ini juga dinamakan Pirke Abhoth.


5. Kodashim. Bahagian ini membahas masalah sembahan, korban, dan semua upacara keagamaan. Ini terdiri dari 11 risalah iaitu:
a. Zebbachim, tentang sembahan, haiwan-haiwan yang layak dijadikan sembahan.

b. Chullin, tentang perkara najis dan cara menyembelih haiwan yang disembelih untuk kgunaan seharian.

c. Menachoth, tentang tatacara penghidangan daging dan makanan cair.

d. Bekhoroth, tentang anak pertama, baik anak pertama sendiri atau anak pertama dari binatang peliharaan.

e. Erakhin, mengenai penyucian batin agar mengkhususkan kehidupan dirinya hanya untuk Allah.

f. Temurah, tentang tukar menukar harta benda.

g. Meilah, tentang dosa dan hal-hal yang dapat mengotorkan kesucian.

h. Kerithuth, tentang pajak atau pungutan yang wajib dibayar untuk menebus dosa-dosa yang telah dilakukan.

i. Tamid, tentang korban harian, yakni membahas tentang tatacara pengabdian pada Candi yang berhubung dengan persembahan pagi dan petang setiap hari.

j. Middoth, tentang ukuran dan bentuk candi secara geometri. Candi yang dimaksud adlaah Haikal Sulaiman.

k. Kinnim, tentang sembelihan-sembelihan burung dan yang dipersembahkan kepada orang-orang miskin.

6. Toharoth. Tentang masalah thaharah yang berkaitan dengan kesucian zahir daripada benda-benda najis. Bahagian ini mengandungi 12 risalah iaitu:
a. Kelim, tentang bekas yang dapat dijadikan sebagai alat untuk bersuci pada upacara keagamaan.

b. Oholoth, tentang khemah dan tempat tinggal serta masalah kotoran dan penyuciannya.

c. Negaim, tentang air yang ada di kolam atau ruangan.

d. Parah, tentang lembu kecil dan pemakaian abu bangkainya untuk bersuci.

e. Tohoroth, tentang bersuci daripada najis.

f. Mikvaoth, membahas tentang keadaan kolam atau ruangan yang layak dijadikan sebagai tempat membersihkan diri.

g. Inddah, tentang masalah haid dan najis-najis yang keluar daripaada tubuh wanita.

h. Makschirin, tentang ramuan-ramuan.

i. Zabhim, tentang air mani, air kencing, dan kotoran lain yang keluar daripada tubuh.

j. Tebihul Iom, tentang mandi setiap hari.

k. Iadaim, tentang tangan dan tatacara membersihkannya daripada segala najis.

l. Oketsin, tentang buah-buahan dan kulitnya serta cara membuang najisnya menurut aturan agama.

Secara keseluruhannya Mishnah ini terdiri daripada 63 risalah yang masing-masing memiliki ayat tertentu yang disebut dengan Perakim.









Read More..