Sabtu, 5 Jun 2010

Lady Gaga agen puak illuminasi?

Sebut saja nama Lady Gaga,siapa yang tak kenal,dari budak hingusan kepada orang dewasa mengenalinya.Apa tidaknya,cerita Lady Gaga selalu mendapat liputan di akhbar,tv dan juga di alam siber.Semuanya memberikan pandangan positif seperti DI SINI dan DS SINI dan ada sesetengahnya mengikuti fesyennya seperti DI SINI.Terkejutkah kita sekiranya dikatakan Lady Gaga ini adalah agen puak illuminasi.

Di sini diberikan beberapa fakta mengenai hubungkait Lady Gaga dengan puak Illuminasi.

1.Namanya
“Gaga” mungkin adalah kata yang paling mudah untuk diucapkan dalam bahasa inggeris, seperti apa yang sering dilontarkan oleh bayi ketika pertama kali meniru ucapan. jadi namanya secara sederhana dapat diisi Kekosongan kepala oleh segala hal yang dimahu. Tiru saya para remaja. Keadaan jiwa seperti ini tejadi setelah proses kawalan minda yang berjaya.

Namanya juga dikatakan inspirasi oleh lagu Queen “Radio Gaga”. Video lagu ini banyak mengandung adegan filem Metropolis (1927). Filem ini mencerita tentang seorang wanita yang dipilih oleh kaum elit untuk memberikan hidup pada sebuah robot, melalui campuran dari ilmu pengetahuan dan ilmu hitam.

2.Logonya

Logonya sangat nyata dan tepat. Badan seorang wanita tanpa kepala dengan sambaran petir sepanjang tubuhnya. Sekali lagi, fokus kepada kurangnya kesedaran fikiran dari si penyanyi. Sambaran petir menggambarkan tubuh tanpa fikirannya telah di “charged” oleh suatu kekuatan yang memberikan hidup ( trauma-based mind control sering dilakukan dengan menggunakan perlakuan electro-shock).

3.Simbolisme All-Seeing Eye
Kita hanya perlu melihat beberapa foto atau video dari Lady Gaga untuk menyedari secara konsistan ia menyembunyikan satu matanya. Mereka yang telah mengetahui 101 simbol illuminati tahu bahwa All-Seeing Eye kemungkinan adalah simbol yang paling dikenali. Gerakan menyembunyikan satu mata, umumnya mata kiri merupakan perintah okult. Di bawah ini penjelasan asalnya All-Seeing Eye bermula dari Eye of Horus.

Horus, the sun of Osiris and Isis disebut ‘Horus who rules with two eyes’. Mata kanannya putih dan diibaratkan matahari. Mata kirinya hitam dan diibaratkan bulan. berdasarkan mitos, Horus kehilangan mata kirinya oleh saudara jahatnya, Seth, yang dia musuhi untuk membalas dendam pembunuhan Seth terhadap Osiris. Seth berjaya melukai mata tapi kalah dalam pertarungan. Mata disembuhkan kembali oleh sihir, oleh Thoth, Horus mempersembahkan matanya pada Osiris, yang mengalami kebangkitan di underworld.






Gambar terakhir adalah paling jelas. Memastikan bahawa fakta mata yang tertutup digunakan dalam konteks simbolisme esoteric. Mata kirinya ada pada tangannya, merujuk pada Hand of Fatima (evil eye). Juga, tak dapat dinafikan mirip dengan good ol’ Baphomet.

4.Videonya
Bersambung....

Jumaat, 4 Jun 2010

Sambungan Sejarah Bangsa Yahudi (Bab 3)

maka Firaun meminta para ahli sihirnya untuk bertarung dengan kekuatan yang dibawa oleh Nabi Musa. Maka terjadilah pertarungan terbuka antara Nabi Musa dan para ahli sihir tersebut.Maka, para ahli sihir tersebut kalah.

Untuk pengetahuan, ahli sihir di zaman Firaun memiliki kedudukan lebih dekat daripada para jenderal perang atau yanglainnya. Ini dijelaskan oleh Al Qur’an dalam surah ke-7 ayat ke-110 ketika Firaun memerintahkan kepada ahli sihir melawan kekuatan yang dibawa Nabi Musa berupa tongkat yang menjadi ular.

Tapi apa yang terjadi ketika mereka kalah dihadapan Nabi Musa? Ibarat pepatah, sudah jatuh tertimpa tangga pula. Itulah yang terjadi pada Firaun. Ahli sihir yang sudah kalah itu mengikuti ajaran Nabi Musa. Murkalah Firaun kepada Nabi Musa dan Bani Israel. Bani Israel pula menyalahkan kepada Nabi Musa atas semuanya kejadian ini.

Setelah itu, maka Allah memerintah Nabi Musa untuk segera keluar dari tanah Mesir.
penghijrahan terbesar dalam sejarah pun terjadi. Bani Israel yang di bawah pimpinan Nabi Musa mulai keluar dari tanah Mesir. Sebuah penghijrahan Bani Israel yang sangat bersejarah dan sekaligus berbahaya !

Bersejarah kerana:
1.Langkah awal mereka mula mengawal sebuah kehidupan baru hingga masa kini, dan kerana inilah juga mereka menjadi sebuah bangsa yang benar-benar memiliki sebuah tanah sendiri, bukan tanah bangsa lain. Dan tanah tersebut adalah Kana’an, Palestin.

2.Permulaan mereka menjadi sebuah bangsa yang merupakan pembangkang, penakut, sombong, tamak terhadap dunia, pembunuh, pengadu domba dan sebagainya yang dapat kita rasakan hingga masa sekarang ini.

3.Mereka akan terpecah menjadi dua kekuatan besar di masa sekarang ini selain agama Islam, Yahudi dan Nasrani.

4.Mereka menjadi bangsa yang merdeka. Bukan lagi menjadi budak hina.


Tetapi berbahaya juga kerana:
1.mereka pasti diburu oleh tentara Firaun untuk dibunuh karena keluar dari Mesir.

2.mereka baru kali pertama menggembara di padang pasir tanpa pengalaman.

3.mereka akan menghadapi semuanya demi tanah yang dijanjikan, hidup bebas, ideologi tauhid walaupun dengan taruhan nyawa.

Tetapi Bani Israel tidak ada pilihan lain. Antara hijrah atau tidak sama sekali! Ingin membuat sejarah baru ataupun terkubur oleh sejarah itu sendiri di tanah Mesir.
Nabi Musa pun mulai mengantarkan mereka menuju tanah baru. Ketika sampai di hadapan laut merah ada di antara mereka mula tak keruan. Di depan laut terbentang luas sementara mereka tidak punya kapal atau perahu untuk menyeberang. Di belakang tentera Firaun sedang mara. Kembali mereka menyalahkan Nabi Musa atas keadaan mereka.

Dan terbelahnya laut Merah atas pertolongan Allah dengan melalui ketukan tongkat Nabi Musa, maka selamatlah Bani Israel dari dikejar tentera Firaun.Nasib Firaun sendiri? Mati secara ngeri di lautan yang ia akui di bawah kekuasaannya bersama seluruh tenteranya ketika mencuba jalan yang sama dilalui oleh Bani Israel.

Dan mayatnya ini tetap dijaga oleh Allah sebagai bukti kekuasaan Allah atas manusia paling sombong yang pernah lahir di dunia. Menurut sejarah, hanya mayat Firaun Ramses II ini sajalah yang paru-parunya terdapat bekas rendaman air laut. Adapun mumia yang lain tiada. Ini yang membuat para ahli sejarah Mesir Kuno menyakini jika Ramses II adalah Firaun yang mengejar Nabi Musa.

Terlepas dari Firaun, sejarah kehidupan Bani Israel memasuki bab yang baru. Dan selepas ini kita akan selak bagaimana watak asli mereka hingga mampu merubah wajah dunia ini menjadi baik dan buruk.

Khamis, 3 Jun 2010

Sejarah Bangsa Yahudi (Bab 3)

Penindasan dan Penghijrahan
Penindasan Firaun ke atas Bani Israel begitu hebat, hingga Al-quran menceritakan," . . .mereka menyiksa kalian dengan seksa yang pedih . . .Pada yang demikian itu ada cubaan yang besar dari Tuhan (Ibrahim: 6)

Penindasan tidak hanya berupa fizikal dengan menjadikan mereka hamba tetapi juga berlanjutan terhadap generasi mereka. Firaun, dalam sejarah yang maasyhur adalah Ramses II, juga memerintahkan untuk membunuh anak lelaki Bani Israel dan para perempuannya dimalukan. Dalam konteks moden, memalukan perempuan bererti dijadikan pelacur atau dijadikan objek lucah dalam bentuk tarian setengah telanjang atau dijadikan pelayan dengan pakaian setengah telanjang. Itu semua dilakukan oleh Firaun.

Setelah lama menjadi hamba, kira-kira hampir 400 tahun lamanya, Bani Israel pun mendapat seorang penolong yang pernah menjadi anak angkat Firaun sendiri, iaitu Musa.

Nama Musa sendiri adalah dari bahasa Kopti tua, gabungan di antara dua kata, Mu dan Sa. Mu artinya air dan Sa artinya pohon. Jadi Musa berarti pohon air.

Baginda dinamakan demikian sebab di waktu bayi baginda dilemparkan oleh ibunya ke sungai Nil dengan diletakkan di dalam sebuah peti kayu, lalu dipungut oleh Permaisuri Firaun.

Setelah berlawan kekuatan antara sihir dan mukjizat Allah di hadapan seluruh rakyat Mesir, Firaun semakin gusar akan kehadiran Nabi Musa di Mesir dengan misinya : Pembebasan Bani israel.

Kegusaran Firaun bukan hanya kekuasaanya tak diendah Nabi Musa sebagai Tuhannya bangsa Mesir, tetapi juga akan tiadanya Bani Israel di tanah Mesir. Apalah ertinya seorang raja tanpa hamba belian yang hina? Tidak ada seorang pun yang jadi raja jika tidak ada yang menjadi hamba.

Prinsip sederhana ini merupakan alasan Firaun untuk tidak melepaskan Bani Israel dari tanah Mesir. Bani Israel dihina tapi juga diperlukan. Bani Israel ditindas tetapi juga berguna atas nama pembangunan.

Sebuah kisah klasik hingga ke zaman moden: suatu bangsa ditindas akan hak-haknya tetapi diperlukan dalam perekonomian atas nama Negara. Kita dapat melihatnya sekarang, kaum buruh dengan upah yang murah tapi tidak dipedulikan hak-haknya. Namun begitu, para buruh tersebut sangat diperlukan untuk menggerakkan roda perekonomian Negara. Menjadi hamba di Negara sendiri? Boleh jadi demikian.

Kembali kepada nasib Bani Israel. Pembangunan piramid dan bangunan besar lainnya di Mesir pastilah memerlukan tenaga yang banyak dan murah. Ini jelas didapatkan daripada tenaga Bani Israel. Sebuah bangsa yang begitu besar populasinya sejak dinasti Hyksos.

Maka Allah mengurus Nabi Musa untuk membebaskan Bani Israel dari perhambaan. Pembebasan Nabi Musa ini meliputi dua perkara. Yang pertama pembebasan secara fizikal dari perhambaan. Yang kedua pembebasan secara spiritual dari hamba hawa nafsu dengan hanya bertauhid kepada Allah. Hanya Allah sajalah yang patut disembah dan dipuja.

Dengan petunjuk Allah, Nabi Musa mulai melakukan gerak kerja politik dengan menggalang kekuatan untuk bersiap sedia penghijrahan besar-besaran keluar daripada Mesir. Tetapi langkah Nabi Musa ini juga dicemuh oleh Bani Israel sendiri. Ibarat, mereka seperti anjing yang tersepit di pagar. Tidak ditolong anjing tersebut kesakitan jika ditolong ia akan menggigit kita.

Bani Israel mengeluh dengan perjuangan Nabi Musa ini dirakam dalam Al Qur’an surah ke-7 ayat 129, ”Mereka (Bani Israel) berkata, ”Telah disakiti kami sebelum engkau datang kepada kami, dan sesudah engkau mendatangi kami. ” Dengan keteguhannya dan dengan optimis berlandaskan iman, Nabi musa menyakinkan Bani Israel bahawa akan membimbing mereka ke tanah yang dijanjikan, Kana’an, Palestin sekarang ini.

Tanah atau bumi yang dijanjikan oleh Allah melalui Nabinya hanyalah untuk hamba-hambaNya saja. Dengan kata lain, hanya bangsa yang beriman kepada Allah, Dengan demikian tanah Palestin adalah tanah yang dijanjikan untuk semua bangsa yang beriman (bertauhid) kepada Allah. Bukan hanya untuk Bani Israel semata!

Untuk mempertegas hal ini silalah buka surah ke-7 ayat ke-128 dan surat ke-21 ayat ke-41.

Berbalik pada kisah Nabi Musa, Nabi Musa membawa misi untuk melepaskan Bani Israel dari penindasan Firaun juga membawa misi lain iaitu dakwah tauhid. Bukan rahsia lagi kalau bangsa Mesir begitu percaya dengan dewa-dewa. Di samping percaya dengan dewa-dewa, mereka juga percaya dengan kekuatan sihir yang menurut mereka adalah bentuk pertolongan dari para dewa.

Hal inilah maka Firaun meminta para ahli sihirnya untuk bertarung dengan kekuatan yang dibawa oleh Nabi Musa. Maka terjadilah pertarungan terbuka antara Nabi Musa dan para ahli sihir tersebut. Bersambung...

Rabu, 2 Jun 2010

Sinar Islam Untuk Semua

Firman Allah SWT (Surah al-Mumtahanah 60:8):

yang bermaksud : Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu Karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.

Penganjuran ”Seminar Hubungan Muslim – Non Muslim Dalam Konteks Malaysia” pada saya adalah memenuhi dan sangat tepat pada masanya. Ini kerana kita seringkali dihidangkan dengan isu-isu panas yang melibatkan pertikaian antara kaum dan agama yang ditimbulkan oleh piha-kpihak tertentu semata-mata untuk menjaga kepentingan politik.

Perjuangan untuk Allah

Akhir-akhir ini, pertembungan ini dilihat semakin dahsyat ditambah pula oleh peranan media massa yang turut menyimbah minyak ke atas api pertikaian yang marak. Jika dahulu, parti-parti seperti PAS dilabel sebagai parti perkauman, rasis, radikal dan sebagainya, maka hari ini seolaholah label itu telah bertukar arah dan dipakai pula oleh golongan yang dulunya mendakwa liberal. Perlulah disedari, PAS sendiri tidak pernah bersikap perkauman sejak dari dahulu hinggalah ke hari ini. Label-label yang negatif yang dipakaikan oleh pihak media massa
langsung tidak benar dan hari ini ia terbukti merupakan tuduhan yang tidak berasas semata-mata. Perjuangan PAS sendiri bukanlah mengajak kepada menegakkan idealisme perkauman yang sempit tetapi mengajak manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT selaku pencipta alam semesta.

Dunia yang indah ini tidak mungkin wujud dengan sendirinya tanpa Pencipta. Akal logik tentu sekali tidak dapat menafikan wujudnya kuasa yang mengatur perjalanan alam yang begitu tersusun ini. Peredaran bulan dan bintang, pergantian malam dan siang yang begitu teratur
mustahil wujud kecuali adanya kuasa yang mencipta dan mengurus tadbirnya. Kita tentu sekali boleh menerima bagaimana tubuh badan manusia yang terdiri daripada pelbagai anggota dan beribu-ribu sendi hanya dikawal oleh akal sebagai papan kawalan utama.

Demikianlah juga sebuah kilang yang terdiri daripada pelbagai jentera dan mesin namun kesemuanya hanya digerakkan dengan hanya menekan suis utama. Maka begitu jugalah alam semesta yang begitu hebat ini tentulah ditadbir oleh satu kuasa saja. Kuasa ini esa, tidak ada dua dan tiganya.

Asal manusia dari Nabi Adam
Dalam ajaran Islam, Kuasa Yang Maha Mencipta ini disebut Allah SWT. Dialah Tuhan yang menciptakan alam ini untuk kehidupan manusia. Dialah juga yang menciptakan manusia bermula dari seorang lelaki yang dinamakan Adam dan dijadikan pula dari Adam itu isterinya Hawa. Ini disebut di dalam firmanNya (surah an-Nisa’ 4:1):

yang bermaksud : Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang Telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak.

Merujuk kepada firman Allah SWT ini, agama Islam mengajar penganutnya agar meyakini bahawa semua manusia ini berasal dari bapa yang sama iaitu Adam. Walau apapun warna kulit, manusia sebenarnya bersaudara atau adik-beradik kerana datang dari sulbi yang sama atau satu keturunan. Sebutlah apa nama bangsa sekalipun, ia tetap merupakan anak cucu kepada Nabi Adam. Justeru, langsung tidak timbul soal bangsa dan warna kulit di dalam Islam. Bangsa, bahasa dan warna kulit tidak lain hanyalah merupakan unsur atau ciri untuk membezakan manusia. Oleh yang demikian, ia tidak patut dijadikan punca manusia bersengketa antara satu sama lain. Sekalipun secara fitrahnya manusia tentulah menyintai bangsanya sendiri lebih daripada bangsa yang lain, namun cinta dan kasih itu tidaklah menghalalkan dirinya untuk melakukan kezaliman dan ketidakadilan kepada bangsa yang lain.

Realiti perjuangan Islam
Menghayati maksud firman Allah SWT ini, maka inilah perjuangan Islam di bawa PAS yang ingin membawa masyarakat mengenali Tuhan Yang Maha Mencipta alam ini iaitu Allah SWT. Inilah hasrat para ulama Tanah Melayu satu ketika dahulu yang mengambil inisiatif menubuhkan Parti Islam Se-Tanah Melayu dan hari ini dikenali sebagai Parti Islam Se-Malaysia atau singkatnya PAS. Dari awal penubuhannya hinggalah ke hari ini, matlamatnya tidak pernah lari walau seinci, tidak pernah berganjak walau sejengkal. Misi utamanya ialah memperkenalkan Allah SWT sebagai pencipta dan mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah SWT bukan hanya di tikar sejadah tetapi di medan siasah. Allah itu yang disembah di dalam sembahyang, Allah itu jugalah yang disembah di dalam pentadbiran. Inilah hakikat yang tidak dibawa oleh UMNO yang menyebabkan para alim ulama yang asalnya berada di dalam UMNO bertindak keluar menubuhkan PAS.

Sejak 50 tahun yang lampau, kita tidak pernah lekang menyebut hakikat ini di hadapan rakyat jelata. Jatuh bangun kita sepanjang melalui jalan politik ini tidak pernah menjauhkan kita walau sedikit dari matlamat utama memperkenalkan Islam yang tulen kepada masyarakat. Kita mengajak semua lapisan rakyat untuk meyakini bahawa dunia ini diciptakan oleh Allah SWT dengan manusia hanya bertaraf penumpang walau sebesar manapun pangkat dan kuasanya. Kita juga menyeru rakyat agar meyakini bahawa selepas hidup ini akan tiba kehidupan yang lain iaitu alam akhirat. Di alam akhiratlah segala amalan manusia akan dibalas tanpa ditinggalkan sedikitpun oleh Hakim Yang Maha Adil iaitu Allah SWT.

PAS akan terus menongkat cita-cita murni ini walau sehebat manapun gelora yang membadai. Kita penuh yakin bahawa UMNO tidak akan jujur di dalam memperkenalkan Islam kepada rakyat Malaysia khususnya. Bagi kita, ke hulu atau ke hilir kita berakit, tetap Islam menjadi tali pengikatnya. Jika kita boleh menerima bahawa di rumah ada peraturan yang perlu dipatuhi oleh anak-anak, di sekolah ada peraturan yang perlu dipatuhi oleh para pelajar, di dalam negara ada peraturan yang perlu dipatuhi oleh rakyat, maka sudah tentu di bumi ada peraturan yang perlu dipatuhi. Peraturan tersebut ialah Islam dan bukan semangat nasionalis yang membawa kepada ideologi perkauman yang sempit. Kesemua enakmen-enakmen peraturan hidup di dunia ini telah termaktub di dalam al-Quran selaku lidah rasmi Allah SWT atau disebut sebagai kalamullah.

Peraturan Islam jamin keamanan semua manusia
Peraturan yang diperkenalkan Islam sama sekali tidak akan menyusahkan manusia. Ia akan mengamankan semua manusia. Lihatlah perkara-perkara yang diharamkan oleh Islam, kesemuanya merupakan perkara-perkara yang memudaratkan. Menghindarinya bermakna
mengamankan hidup kita. Ini kerana mencuri, merompak, berzina, menipu, rasuah, menyeleweng, khianat yang kesemuanya diharamkan oleh Islam turut ditolak oleh kesemua manusia tidak mengira bangsa dan agama. Demikian juga perkara-perkara yang diwajibkan atau digalakkan oleh Islam seperti mentaati pemimpin, mematuhi ajaran nabi, bercakap benar, menepati janji, tidak menipu, menghormati orang tua, menghormati semua agama, menghubungkan persaudaraan adalah kesemuanya merupakan nilai-nilai yang baik dan diterima secara universal. Oleh yang demikian, tidak ada sebab untuk kita menolak ajaran Islam. Jika semua kita menerima pakai ajaran Islam dan boleh menepikan seruan kedaulatan bangsa tertentu sehingga mengguris bangsa lain, saya yakin ia akan mengurangkan ketajaman perselisihan antara kaum yang sedang diasah oleh pihak-pihak tertentu dalam negara kita. Inilah dasar Islam yang cukup adil dan mulia. Maka sesuai dengan maksud al-Quran yang telah dirujuk pada awal di atas, ia jelas menunjukkan bagaimana perintah Allah SWT sendiri supaya melakukan kebaikan kepada orang-orang bukan Islam yang tidak memerangi orang Islam. Atas perintah Allah inilah bagi pihak kerajaan yang berkuasa adalah menjadi tanggungjawab memberi keadilan dan layanan yang baik bukan sahaja kepada umat Islam tetapi seluruh rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang sosial mereka.

Menerima pandangan Dr. Yusuf al-Qaradawi
Atas kemuliaan ajaran Islam, maka usaha untuk memperkenalkan Islam yang sebenar turut dilakukan oleh tokoh intelek Islam terkenal, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi melalui bukunya “Golongan Nonmuslim di dalam Masyarakat Islam” (غير المسلمين في المجتمع السلمي)

Buku ini adalah antara hidangan istimewa yang sesuai untuk kita hadam dan diskusikan oleh semua pihak ke arah memahami Islam dan menolak prejudis terhadap Islam. Secara peribadi, saya telah mengikuti pandangan beliau semenjak saya pulang ke tanah air sekitar tahun 1960-an. Saya mula menggunakan kitab beliau iaitu ”Islam dan Sekular : Satu Pertentangan” di dalam majlis pengajian yang saya kendalikan. Satu demi satu kitab beliau saya habiskan hinggalah ke hari ini, saya menggunakan kitab karangan beliau iaitu Fiqh Daulah di dalam majlis pengajian saya.

Sepanjang pengkajian saya terhadap pendekatan yang digunakan oleh beliau, nyata sekali beliau merupakan seorang tokoh intelek yang mengamalkan pendekatan sederhana. Beliau tidak ekstrim dalam mengemukakan pandangannya, dan tidak pula menolak mentah-mentah pandangan orang lain. Sesuai dengan pengalaman yang pernah terlibat dengan usaha dakwah Islamiah menerusi pertubuhan Ikhwanul Muslimin, maka pandangannya dilihat rasional dan berssandarkan pengalaman praktikal serta sesuai untuk direalisasikan dalam masyarakat berbilang kaum dan agama seperti di Malaysia ini.

Justeru, ketokohannya diiktiraf oleh dunia dengan pelbagai anugerah yang diperolehi termasuklah dua anugerah dari Malaysia iaitu anugerah Ijazah Kehormat dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada tahun 1996 dan terbaru sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat kebangsaan pada tahun 2009. Semoga pandangan-pandangan sederhana beliau seperti yang ditulis di dalam banyak bukunya dapat diterima pakai sebagai asas membina hubungan yang harmoni di antara Muslim dengan Nonmuslim di Malaysia.

Sinar Islam memenuhi harapan
Harapan masyarakat Malaysia adalah untuk mewujud sebuah kehidupan aman, damai, sejahtera dan harmoni berteraskan agama. Besarlah harapan agar kita semua dapat menjernihkan pandangan kita terhadap Islam yang sekian lama disolekkan dengan wajah yang comot oleh pihak-pihak yang tertentu. Segala prejudis dan salah faham yang sering mengabui mata hendaklah dicuci sama sekali, agar kita semua dapat melihat warna Islam yang sebenar. Sesungguhnya sinar Islam adalah cahaya yang boleh memenuhi harapan kita semua. Sejarah sendiri menyaksikan bagaimana orang Cina dan India lebih dahulu menerima Islam berbanding orang Melayu. Ia berlaku kerana sinar Islam itu dipancarkan dengan baik kepada mereka. Ia cukup membuktikan bahawa Islam tidak asing di kalangan kedua-dua bangsa ini. Justeru, kepada sahabat sebangsa saya yang masih enggan menerima Islam, ingatlah, sesungguhnya Allah SWT hanya akan memuliakan sesuatu bangsa itu dengan Islam. Tanpa Islam, Allah SWT pastinya akan menggantikan kaum yang lain untuk menerajui pentadbiran di bumiNya sebagaimana firmanNya (surah Muhammad :38):

yang bermaksud : dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma) nescaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini.

Semoga setiap amalan yang kita lakukan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT, maka bersetujulah kita dengan kemuliaan dan kebesaran-Nya yang merahmati umat manusia ini dengan sinar Islam.

Kredit to http://www.blogtokguru.com/

Sejarah Bangsa Yahudi (bab 2)

Bani Israel di Mesir

Para sejarawan berpendapat ketika nabi Yaakub dan semua keluarganya hijrah ke Mesir, Mesir saat itu di bawah pemerintahan dinasti Hyksos pada abad kesembilan belas sebelum Masehi (1878-1580).

Hyksos adalah bangsa pengembala asal Asia yang hijrah ke Mesir. Bangsa ini berjaya memanfaatkan kelemahan penguasa Mesir pada masa itu dan membentuk empat dinasti penguasa Mesir yang seterusnya.

Semasa dinasti Hyksos, Bani Israel hidup dalam keadaan aman dan makmur. Tetapi ketika, Ahmes berjaya mengalahkan dinasti Hyksos dan mengusir mereka. Maka Mesir kembali di bawah pemerintahan bangsa asli Mesir.

Dinasti penguasa Mesir baru ini melihat bahawa Bani Israel lebih berpihak ke Hyksos daripada mereka, maka dinasti ini pun mulai merasa resah terhadap Bani Israel di Mesir.

Pada masa Ramses II, Bani Israel mengalami masa-masa yang paling sulit dalam kehidupan mereka. Hal ini disebabkan pada masa pemerintahan yang lalu, orang-orang Mesir mendapatkan perlakuan yang berbeza dalam masa dinasti Hyksos dan juga semakin banyaknya populasi mereka hingga menjadi begitu dominan dalam masyarakat.Bani Israel dijadikan budak yang hina dengan hak-hak kehidupan yang begitu jauh dari orang-orang Mesir.

Dalam keadaan tertekan inilah, muncullah pemuda terbaik dari Bani Israel yang kemudian dijadikan oleh Allah menjadi nabi sekaligus sebagai pembebas Bani Israel dari kehinaan, iaitu Nabi Musa.


Bagaimana nasib Bani Israel selanjutnya? bersambung dalam bab 3

Isnin, 31 Mei 2010

Sejarah Bangsa Yahudi (Bab 1)

Imbasan
Sejarah ini dimulai dari sebuah kisah Nabi yang menjadi pengikat tiga agama besar di dunia ketika ini iaitu Nabi Ibrahim,Kerana menceritakan mengenai sejarah bangsa ini terasa kurang bila tidak menceritakan terlebih dahulu mengenai Nabi mulia ini.

Kebanyakan sejarawan sepakat bahawa Nabi Ibrahim lahir di kota Ur , Kaldan di bahagian selatan Iraq. Ada sebahagian lagi mengatakan baginda lahir di kota Kutsa, selatan Iraq. Sebagai tempat kelahiran baginda, kota ini juga masih menyimpan bekas-bekas runtuhan dewa-dewa yang baginda hancurkan. Runtuhan ini masih dapat dilihat hingga sekarang dan diberi nama Tel Ibrahim.

Ketika itulah yang memegang kekuasaan adalah raja Namrud bin Kana’an bin Kusyi.
Setelah baginda selamat dari menjadi korban api besar yang dijadikan sebagai“penebusan dosa” untuk para dewa, baginda pun hijrah. Hal ini disebabkan selama ini kaumnya tidak pernah menghiraukan dakwah beliau.

Penghijrahan baginda merupakan kebiasaan para nabi. Pada masa selanjutnya, Nabi Yaakub, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad semuanya pernah berhijrah.
Baginda hijrah ke tanah Syam dan tinggal di Haran, sebelah utara Syam. Tetapi di sini para penduduknya juga tidak menghiraukan dakwah baginda. Bagindapun berhijrah ke tanah Kana’an (Palestin). Di tanah Kan’aan ini baginda menyebarkan tauhid bahawa hanya Allah yang patut disembah.

Ketika tanah Kana’an mengalami musim kemarau. Baginda pun bersama isteri, Sarah menuju Mesir. Ketika itu Mesir sudahpun maju dan makmur di bawah kekuasaan raja (Fir’aun) Sanusart II dan Sanusart III. Wilayah kekuasaan Fir’aun pada saat itu membentang hingga Syam. Ketika berada di Mesir inilah Baginda mendapatkan isteri keduanya yang bernama Hajar, inilah sejarahnya bermula dari kedua rahim isteri nabi Ibrahim inilah dunia ini menjadi sebuah wacana pertempuran tiga ideologi besar, Yahudi Nasrani dan Islam.

Seterusnya, Nabi Ibrahim kembali lagi ke Kan’an (Palestin) dan singgah di Hebron. Di tanah Kana’an ini baginda sempat mengunjungi beberapa tempat seperti Beersheba, Al Quds, el Khali dan tempat lainnya.

Dari isteri kedua baginda, Hajar mendapatkan keturunan Ismail dan dari isteri pertama iaitu Sarah mendapatkan keturunan Ishak, yang kedua-duanya kelak menjadi seorang nabi. Kemudian Nabi Ishak mendapatkan putera bernama Yaakub yang mempunyai nama panggilan Israel.

Nabi Yaakub dilahirkan di Palestin, kira-kira pada tahun 1750 sebelum Masehi. Menurut riwayat beliau hijrah ke tanah Haran. Di tanah baru ini beliau menikah dan dikurnia dua belas putera: Simeon (Samson), Reuben, Levy, Judah, Issachar, Zebulun, Dan, Naphtali, Gad dan Asher. Sedangkan putera terakhir beliau Benyamin, dilahirkan di tanah Kana’an (Palestin), setelah Nabi Yaakub kembali bersama anak-anaknya ke Sa’ir, dekat el Khalil (Hebron).

Yaakub dan keluarganya hijrah pula ke Mesir seperti kejadian yang dialami oleh Nabi Ibrahim. Di Mesir inilah Al Qur’an mengisahkan bagaimana kehidupan Nabi Yusuf dalam surah Yusuf.

Di atas kebaikan Nabi Yusuf inilah anak-anak nabi Yaakub dan semua keturunannya hidup dengan tenang. Inilah babak awal Bani Israel. Sejarah Bani Israel pun bermula dari Mesir. Dan Sejarah besar mula tercatat di tanah ini hingga ke Palestin.

Rakyat M'sia antara diserang kapal perang Israel

Rakyat Malaysia yang menaiki sebuah daripada enam flotila bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza diserang kapal perang Israel mengakibatkan 16 orang terbunuh manakala puluhan lagi cedera.Menurut The Star, rakyat Malaysia itu adalah krew televisyen dari Astro yang menaiki kapal dari Turki.

Sementara itu menurut AFP yang memetik laporan televisyen yang dimiliki Hamas, anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang didakwa dipenuhi aktivis pro-Palestin yang berjuang untuk Gaza.

Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.

Rangkaian televisyen berkenaan berkata, dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera.

Tentera Israel enggan mengulas laporan itu dan penganjur konvoi bantuan berkata, mereka terputus hubungan dengan bot berkenaan.

Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.

Kredit to http://www.malaysiakini.com

Unit Amal yang digeruni !


Kisah hebatnya Unit Amal telah mendorong beberapa pemuda dari Dewan Penyokong PAS menganggotainya secara sukarela. Jika di Bukit Gantang, mungkin ada sebahagian menyedari wajah seorang petugas yang hanya mahu dikenali dengan nama Tanga. Beliau beragama Hindu, tetapi sangat mengagumi dan menghargai pengorbanan Unit Amal.

Lalu secara sukarela beliau menyarungkan seragam merah membantu rakan lain ketika berlangsung acara besar parti di sana. Kebetulan baru-baru ini, penulis berkesempatan bertemu dengan beliau, hatinya telah pasrah dan ikhlas untuk bersama Unit Amal. Beliau merupakan penyokong PAS yang tegar. Dicermin depan kereta kecilnya terlekat logo PAS dan TGNA. Itulah kenderaan yang sering ditahan oleh anggota keselamatan universiti setiap kali beliau keluar dan masuk ke fakulti. Tidak sedikit pun berbekas untuk takut atau malu memberi tahu bahawa beliau pencinta PAS dan Pakatan Rakyat.


Dunia mahasiswanya telah berakhir mei lalu. Tesis kajian telah selamat dihantar ke Fakulti. Masa yg luas terbentang ini memberikan beliau kebebasan untuk bersama Unit Amal. Tahniah Tanga. Penulis kagum sama kamu ! Sekagum penulis apabila kamu menjadikan penulis sebagai sebahagian sumber tesis kamu. Tanpa dipinta, sebuah buku yang mengandungi kajian lengkap beliau diberikan kepada penulis sebagai penghargaan.

Tesis kamu mengingatkan pengalaman penulis menyiapkan beberapa kajian ketika di universiti dulu. Cerita lama. Tetapi apa yang mahu digarap pada pagi ini lebih mengarah kepada Unit Amal, yang menjadi cerita yang hebat kamu kepada semua orang. Penulis juga mengkagumi Unit ini. Siapa yang tidak kenal akan Unit Amal.

Mengimbau semula kisah lalu, penulis nukilkan semula tulisan dari sahabat penulis, cenangau di blog beliau tentang pahit getir Unit Amal di bahagian banner di atas. Ada sesuatu yg tersirat akan kata-katanya.

Juga tidak tertulis rasanya di atas kertas jika pengorbanan mereka dinilai, tidak ada bingkisan atau kata-kata yang indah untuk menggambarkan pengorbanan mereka, hanya doa dan harapan dipanjatkan agar pengorbanan mereka mendapat penilaian terbaik di sisi Allah. Kehebatan yang dimiliki oleh anggota unit amal mungkin tidak dapat diakukan oleh kita.

Kita mungkin memandang dengan simpati atau dengan sebelah mata di dalam menilai kerja. Tidak ramai yang sanggup menjadi anggota unit amal. Bahkan ada di kalangan kita malah peringkat pimpinan yang mengeluarkan kata-kata yang tidak sedap didengar yang mana kadang kala mengguris hati mereka yang berkorban dan berjuang. Saya mendengar banyak cerita, rungutan dan pandangan ahli terhadap mereka. Tidak kurang juga cerita sedih, suka dan duka mereka melaksanakan amanah ini.

Penulis sentiasa menyokong penuh Unit Amal dalam apa jua program. Jika di Parit Buntar, bulan lalu kejayaan Unit Amal melengkapkan kejayaan program mereka mencari dana terserlah dengan baik. Pertandingan memancing di Ban Pecah, Tg. Piandang. Itu satu perkara. Mereka terpaksa mencari dana sendiri.

Kita tidak memandang sebelah mata apa yang mereka lakukan kerana kita mungkin tidak dapat menggalasnya dan meakukannya. Kita lebih seronok melakukan sesuatu yang tidak menyusahkan, tidak membebankan atau dipandang elit dan penuh protokol.

Beberapa kisah dari episod pengorbanan mereka amat menyentuh jiwa saya bila mana bertugas, Unit Amal menjadi benteng hadapan dalam setiap majlis dan himpunan besar PAS. Dari menjadi mengawal trafik dan lalu lintas, kawat hormat, mengawal pimpinan sehinggalah berhadapan dengan polis dan pihak berkuasa.

Mereka digeruni musuh hasil dari keikhlasan kerja mereka. Penulis begitu tersentuh dan teruja hati melihat Unit Amal yang bertugas yang kadang kala berbelanja dengan kewangan sendiri. Sesekali duit minyak tidak mencukupi mereka terpaksa membawa tong pungutan derma bagi menampung kos. Kadang-kadang berlaku situasi yang mana ada pihak tertentu menjanjikan bayaran untuk memastikan kelancaran program tetapi memungkiri janji setelah selesai kerja bahkan ada pihak yang menganggap Unit Amal suka meminta-minta.

Kata-kata hanya ada Allah dan Rasul yang keluar dari petugas unit Amal bukanlak retorik atau sengaja diadakan. Keluar bertugas dengan tidak ada wang atau peruntukan yang jelas amatlah dikagumi, meninggalkan bekalan untuk keluarga dengan kadar yang amat minima serta pengorbanan keluarga yang memberi sokongan adalah penyuntik semangat untuk bertugas.

Insyaallah ketulusan serta keikhlasan yang lahir dari nurani mereka akan menjadi contoh yang baik untuk semua pejuang dan menguatkan lagi pengaruh PAS.

(*) Terima kasih kepada Unit Amal, kerana pasukan anda pernah melindungi kami, bloggers Pakatan Rakyat yang diundang bahaya dan ancaman ketika di Bagan Pinang dan ketika Rampasan Kuasa di negeri Perak satu waktu dahulu. Tabik hormat untuk Unit Amal.

kredit to http://politikbanjar.blogspot.com/2010/05/unit-amal-yang-digeruni.html

Ahad, 30 Mei 2010

Majlis Kenduri Kahwin yang mendapat berkat.

Sempena cuti sekolah ini, satu kemestian undangan yang kita terima dan tidak akan terlepas ialah undangan kenduri kahwin, mungkin mengambil kesempatan daripada cuti sekolah bagi memeriahkan lagi majlis ini. Bukan soal cuti sekolah atau undangan kenduri kahwin yang akan dibicarakan tetapi majlis kenduri kahwin itu sendiri.

Pada pemerhatian, terdapat juga majlis kenduri kahwin atau walimatul urus yang diadakan tidak merujuk kepada ajaran Islam yang berpaksikan dengan ilmu Tauhid dan Fiqah. Sudah tentu masih ada majlis yang merujuk dan mengambil berat mengenainya, mereka ini tidak perlu dibimbangkan kerana telah berada di atas landasan yang betul.

Di dalam Tauhid dan Fiqah dianjurkan supaya di dalam sesuatu majlis yang diadakan hendak sifar aktiviti yang melanggar syariat Allah. Di antara program dan aturcara majlis perkahwinan pada asasnya ialah:
- Meminang.
- Bertunang.
- Akad Nikah.
- Kenduri.
semua perkara tersebut masih diamalkan dengan baik tanpa meninggalkan atau mengabaikannya.Tetapi terdapat juga perlanggaran dan pencemaran hukum ketika perlaksanaan aturcaranya.

- Majlis Pertunangan.
Majlis ini biasanya dicemari dengan pembaziran atau mempamerkan diri, ketokohan atau status keluarga.

- Majlis Akad Nikah.
Majlis Akad Nikah yang diadakan di masjid biasanya berlaku pengabaian terhadap galakan menghormati masjid, terdapat di kalangan tetamu yang hadir tidak bersolat menghormati masjid ( Tahiyatul masjid ) termasuk pengantin perempuan kerana terhalang dengan pakaian khas dan perhiasan yang sedang dipakai.Lagipun, Mak Andam yang digunakan khidmatnya bukanlah terdiri dari mereka yang peka sangat dengan hal-hal seperti itu.

- Majlis Kenduri Kahwin.
Nabi Muhammad.s.a.w. sangat mengambil berat tentang perkara ini kerana kenduri itu suatu cara mengisytiharkan kepada masyarakat tentang pernikahan kedua-dua mempelai tersebut. Nabi menyarankan agar kenduri kahwin dibuat walaupun sekadar menyembelih seekor kambing untuk dijamukan kepada tetamu, tetapi apa yang berlaku kini aturcara kenduri kahwin telah banyak tersasar dengan perbagai acara selingan yang mampu menghalau keberkatan kepada pasangan pengantin, sebaliknya mengundang iblis dan syaitan untuk memporak-perandakan ikatan perkahwinan pada masa akan datang.

- Aturcara yang lazim terdapat di majlis kenduri kahwin pada masa kini, mungkin di antaranya dapat disenaraikan seperti berikut:

- Malam himpunan ahli keluarga - dan berinai pengantin (jika pengantin perempuan).
- majlis Khatam al.Quran/bertahlil / Marhaban.
- Jamuan.
- ( Biasanya majlis ini diadakan pada waktu malam ).
- Jamuan kenduri - mulai jam 12.00 t.hari.
- Mungkin diiringi dengan....
. Persandingan.
. Pertunjukan silat.
. Nyanyian(Karaoke) dan tarian.( lelaki dan perempuan bergandingan ).

Aturcara tersebut adalah yang tersurat dan nyata kepada semua yang hadir, mungkin di sana terdapat juga upacara tertentu yang berkaitan dengan amalan tradisi keluarga yang dilarang oleh syariat Islam dan diamalkan di balik tabir.

Adakah terdapat di sana acara yang seolah-olah menyindir Allah Taala, kalau ada mungkinkah doa beramai-ramai yang telah diminta itu mempunyai peluang untuk dimakbulkan Allah.

Sebenarnya majlis kenduri kahwin seperti di atas perlu disemak semula dan difikirkan semula serta membuat suatu tapisan untuk mengabaikan aturcara yang tidak sesuai dengan majlis perkahwin yang mengharapkan keberkatan, kemudian buatlah anjakan ke arah suatu pakej yang baru dan diberkati Allah.Sekiranya kita usahakan insya Allah kita akan memperolehi dan dapat mewujudkan Majlis Kenduri Kahwin yang mendapat berkat.
Read More..