Rabu, 17 Februari 2010

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW

BIODATA RASULULLAH SAW

Junjungan Mulia-Rabbani

· Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka‘abah)

· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

· Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf

· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah(digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

· Ibu susu pertama: Thuwaibah(hamba perempuan Abu Lahab)

· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ‘ diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)



USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa‘(sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)

· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.

· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN
(Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.

· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘ ,jilid 1, halaman 184-187 menyatakan padaketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

· Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah..

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.

· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka‘abah.

· Pembinaan semula Ka‘abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.

· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ketempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.

· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.

§ Khadijah Binti Khuwailid§ Saudah Binti Zam ‘ ah§ ‘ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)§ Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab)§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)§ Zainab Binti Jahsy§ Maimunah Binti Harith§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra ‘


ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy binZurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy.Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).


SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN
SAUDARA SUSUAN

1.. Thuwaibah1. Hamzah2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad1. Halimah Al-Saidiyyah1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘ Uzza3.. Syaima ‘ binti Harith bin Abdul ‘ Uzza4. ‘ Aisyah binti Harith bin abdul ‘ Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAKKEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al- ‘ Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ‘ Abdul ‘ Uzza)
8.. Abdul Ka ‘ bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13.. ‘ Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al- ‘ Awwam) *** *** Sempat masuk Islam.##


Sabda Rasulullah SAW:“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku,maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)

credit to http://fadhlibrahim.blogspot.com

Selasa, 16 Februari 2010

HUKUM MENYAMBUT MAULID AL RASUL

Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama tentang hukum menyambut maulid Nabi, hanya akan mengutip beberapa pendapat yang masyhur sahaja.

1)membolehkan sambutan hari maulid Nabi
Al-Hafiz Ibnu Hajar, Ibnu al-Haj, Ibnu Katsir, Ibnu Abaad, Ibnu Marzuq, al-Subki, Abu Syamah (guru Imam Nawawi), Ibnu Duhayyah, al-Suyuthi, al-Sakhawi dan beberapa ulama lain lagi membolehkan sambutan hari kelahiran Nabi dengan syarat sambutan tersebut bersih dari segala aktiviti kemungkaran.

2)mengharamkan sambutan maulid Nabi
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah, al-Syatibi, al-Abdari dan beberapa ulama lain mengharamkan sambutan maulid ini.

3)sambutan maulid Nabi ini sebagai bid’ah
Al-Hafiz Ibnu Hajar, Ibnu al-Haj dan al-Sakhawi setuju bahawa sambutan maulid al-Rasul adalah bid’ah kerana tidak pernah dilakukan pada zaman Rasulullah, tidak pula pada zaman sahabat dan generasi sesudah mereka. Namun begitu, mereka menilai bahawa sambutan maulid Nabi ini sebagai bid’ah hasanah (bid’ah yang baik), dan akan menjadi bid’ah dhalalah (bid’ah yang sesat) jika mengandungi kemungkaran. Sebahagian besar ulama memandang bahawa sambutan maulid al-Rasul adalah bid’ah muharramah (bid’ah yang haram). Mereka juga berpendapat bahawa segala perbelanjaan harta (infaq) untuk sambutan maulid adalah haram.Yang paling masyhur di antara para ulama yang menyatakan hal ini merupakan bid’ah dhalalah adalah Tajudin Umar bin Ali al-Lakhami al-Sakandari al-Maliki yang terkenal dengan panggilan al-Fakihani. Beliau mengarang kitab berjudul al-Maurid fi al-Kalami ala Amali al-Maulid yang memuat jawapan dari pelbagai pertanyaan oleh masyarakat.



Berpegang Kepada Dalil, Jangan Bertaklid Buta

Sesungguhnya dalam apa jua perkara yang diperselisihkan oleh umat Islam, maka wajiblah dikembalikan kepada Allah dan Rasul. Firman Allah, “...jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (Al-Sunah) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhir...” [TMQ al-Nisa’ (4):59]. “Tentang suatu apa pun yang kamu berselisih, maka hukumnya (terserah) kepada Allah” [TMQ al-Syura (42):10]. Atas dasar ini, maka marilah kita mengembalikan perkara ini (sambutan maulid al-Rasul) kepada Kitabullah dan Sunah RasulNya. Di dalam KitabNya, Allah mengingatkan kita bahawa, “Dan apa sahaja yang dibawa (diperintahkan) oleh Rasul kepadamu, maka ambillah (laksanakanlah) ia, dan apa sahaja yang dilarangnya, maka tinggalkanlah ia” [TMQ al-Hasyr (59):7]. Allah juga berfirman, “Dan hendaklah orang-orang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa fitnah atau ditimpa azab yang pedih” [TMQ al-Nur (24):63]. Sambutan maulid al-Rasul ini pastinya bukan perkara yang didatangkan oleh Rasulullah kerana tidak ada seorang pun yang meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah menyatakan atau melakukan atau memerintahkan atau menunjukkan persetujuannya terhadap sambutan hari lahir baginda.

Dengan merujuk kepada Al-Sunnah pula, kita tidak akan menjumpai nas yang menjelaskan Rasulullah menyambut hari kelahiran baginda atau memerintahkan umatnya untuk menyambutnya. Tidak pula kita dapati ia disambut oleh para Khulafa’ Rasyidin atau sahabat-sahabat yang lain, tidak juga oleh para tabi’in mahupun tabi’ihim bi ihsan (generasi sesudahnya yang mengikut mereka dengan baik). Dengan ini, amatlah jelas bagi mereka yang berakal bahawa sambutan maulid al-Rasul merupakan perkara yang tidak pernah dikenal pada masa awal Islam, sehingga dapat dikatakan secara pasti bahawa sambutan maulid al-Rasul ini adalah termasuk dalam perkara bid’ah. Di sini timbul satu persoalan bagi mereka yang membolehkan sambutan maulid al-Rasul ini atas niat ibadah atau taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Apakah hukumnya? Sebenarnya hal inilah justeru yang dengan sendirinya menjadikan perkara ini sebagai bid’ah, kerana bid’ah itu bermaksud suatu perbuatan yang dilakukan seseorang dengan niat beribadah dan bertaqarrub kepada Allah tetapi tanpa didasari oleh dalil syara'. Agar ibadah dikatakan benar dan sah, maka mestilah ada nas yang membenarkannya. Ibadah adalah termasuk di dalam persoalan yang bersifat tauqifiyyah (telah ditetapkan oleh Allah dan di ambil seadanya, tanpa boleh diubah, ditambah atau dikurangi). Kita tidak boleh melakukan ibadah, kecuali dengan cara (kaifiyat) yang telah ditunjukkan oleh Rasul kepada kita sahaja. Jika seseorang beribadah kepada Allah dengan caranya sendiri (tanpa ada nas), maka dia telah mengikut hawa nafsu dan akan tergolong ke dalam ahlu al-bid’ah. Na’uzubillah min zalik. Segala jenis ibadah dan bentuk taqarrub illallah wajiblah dilakukan mengikut Rasulullah secara tauqifi (seadanya).

Jadi, sekiranya seseorang Muslim berniat ingin beribadah dan ingin bertaqarrub kepada Allah tetapi dengan cara yang tidak pernah disyariatkan oleh Allah maka hal inilah yang justeru disebut bid'ah. Adapun pandangan sesetengah ulama' yang mengatakan bahawa ada terdapat perbuatan yang disebut bid'ah hasanah (bid’ah yang baik), maka hal ini mestilah dikembalikan kepada nas dengan cara yang benar, sesuai dengan sabda Rasulullah, “Setiap (perbuatan) bid'ah itu sesat” [HR Abu Daud, Tirmidzi, Ahmad]. Inilah yang hak/benar (yakni) setiap bid’ah itu adalah sesat dan tidak ada pada hakikatnya yang disebut di dalamnya bid’ah yang baik. Sabda Rasulullah lagi, “Barangsiapa yang melakukan suatu perbuatan tanpa didasari perintah dari kami maka perbuatan tersebut tertolak” [HR Bukhari & Muslim].

Di samping termasuk di dalam hal bid’ah, sambutan maulid al-Rasul ini juga boleh menjerumuskan seseorang Muslim itu kepada tasyabbuh bil kuffar (menyerupai orang-orang kafir) jika ia disambut dengan niat ke arah itu. Jika kita mengamati sambutan maulid Nabi yang dirayakan sejak dahulu lagi maka kita akan dapati sebahagian dari umat Islam melakukan hal ini sebagai sikap taqlid dan menyerupai orang-orang Nasrani yang merayakan hari Krismas bagi menyambut kelahiran Nabi Isa. Hal ini pernah terjadi ke atas kaum Muslimin di masa kemunduran berfikir melanda mereka, sehingga mereka berkata, “Nabi Muhammad lebih utama dari Nabi Isa, jadi mengapa mereka boleh memuliakan Isa dan kita tidak boleh memuliakan Nabi Muhammad?” . Dengan analogi yang salah dan tidak berdasarkan nas ini, mereka menganggap bahawa ianya adalah baik jika diadakan. Bagi mereka yang melakukan hal ini berdasarkan analogi tersebut maka mereka telah termasuk ke dalam perbuatan yang haram kerana menyerupai orang-orang kafir. Banyak hadis sahih yang melarang tasyabbuh bil kuffar ini. Di antaranya, “Tidak termasuk golongan kita orang yang menyerupai kaum lain” dan “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk salah seorang dari mereka” [HR Muslim dan Ahmad]. Rasulullah begitu menekankan perlunya kita berbeza dari golongan kafir sehingga orang-orang Yahudi pernah berkata, “Muhammad ini tidak meninggalkan sesuatu urusan kita melainkan melakukan hal-hal yang sebaliknya”.

Dengan ini, amatlah jelas bahawa sambutan maulid Nabi ini tidak termasuk bahagian dari ajaran Islam, malah merupakan satu hal yang bid’ah dan tasyabbuh bil kuffar yang mesti ditinggalkan. Bagi yang melakukannya kerana ingin memuliakan Rasulullah, maka ingin kami tegaskan di sini bahawa memuliakan Rasul itu memanglah wajib, tetapi ia hendaklah dilakukan dengan cara yang telah ditetapkan oleh syara’, bukan mengikut hawa sendiri. Sesungguhnya memuliakan Nabi itu adalah dengan mengikuti dan berpegang teguh kepada segala sunnahnya, baik itu perkataan, perbuatan ataupun taqrir (pembenaran) baginda. Memuliakan Rasul juga boleh dilakukan dengan cara membaca selawat ke atas baginda di setiap waktu, bukan hanya di hari maulid baginda. Firman Allah, “Allah dan malaikatNya berselawat kepada Nabi (Muhammad Sallallahu alaihi wa Sallam). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya” [TMQ al-Ahzab (33):56]. Kaum Muslimin di zaman Rasulullah begitu berhati-hati dalam melakukan sebarang perbuatan kerana bimbang akan melakukan bid'ah. Pernah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim bahawa para sahabat pernah bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah caranya untuk kami ucapkan selawat untukmu? Maka Nabi pun mengajarkan mereka caranya...” .Terdapat banyak lagi hadis yang menjelaskan keutamaan berselawat kepada Rasul di setiap waktu, namun apa yang jelas, perbuatan selawat sekalipun, haruslah mengikuti dalil-dalil syara’ yang telah ditetapkan. Malangnya kini umat Islam terlalu berpegang kepada fatwa-fatwa yang kadangkalanya terpesong jauh dari hukum syara’ dan umat Islam terlalu banyak bertaqlid buta tanpa mengkaji sendiri dengan lebih mendalam akan dalil-dalil bagi setiap perbuatan yang ingin dilakukan mereka. Keadaan menjadi lebih parah apabila para pemerintah dan ulama yang ada membenarkan, dan lebih buruk mengarahkan perkara ini tanpa mengkaji nas-nas dengan terperinci akan kebolehannya. Islam di ambil hanya di dalam bentuk untuk memuaskan kehendak kerohanian atau untuk memenuhi gharizah tadayyun (naluri beragama) semata-mata, tanpa diambil sebagai hukum-hakam untuk menyelesaikan seluruh permasalahan manusia.

Bagi para ulama dan juga kaum Muslimin yang membolehkan sambutan maulid al-Rasul dengan alasan masih terdapat syubhat al-dalil di dalamnya, maka semoga hal tersebut dapat menjadi hujah dan alasan yang membebaskan mereka di sisi Allah nanti kerana hal itu dibolehkan/dilakukan atas dorongan kecintaan, penghormatan dan keagungan mereka kepada Rasulullah; atau dengan maksud untuk bersyukur kepada Allah di atas kurnia yang diberikanNya kepada kaum Muslimin dengan dilahirkan seorang manusia yang paling mulia di muka bumi yang mana kita telah menjadi umatnya. Namun mesti diperhatikan di sini bahawa para ulama yang membolehkan diadakannya sambutan maulid Nabi ini telah mensyaratkan bahawa ia mestilah bersih dari segala kemungkaran seperti zikir yang menyesatkan, ratapan, tangisan yang berlebih-lebih, nyanyian, iktilath (percampuran antara lelaki dan perempuan), tabarruj (bersolek dan menghiaskan diri - bagi perempuan) dan lain-lain kemungkaran lagi.

credit to http://www.mykhilafah.com
Read More..