Rabu, 31 Mac 2010

Ikut Musim Macam Musim Buah-Buahan

Tak faham kenapa Negara kita ini semacam semua isu dan masalah bermusim.Habis isu politik,isu dera anak sekarang isu buang bayi.Gegak gempita seluruh buana mengutuk perbuatan membuang bayi,kutuklah sekali perbuatan zina itu.

Hampir 99% perbuatan ini dilakukan akibat daripada perzinaan.Faktornya MARUAH,aik...pandai pula menjaga maruah,sampai tidak terjaga dosa dan pahala.Ada pula,cadangan mengatakan kalau tidak mahu bayi jangan dibuang sebaliknya hantar kepada Jabatan atau Pertubuhan yang bertanggungjawab.Kenyataan tersebut seolah-olah merelakan perbuatan zina,sepatutnya ditebang masalah pokoknya bukan rantingnya sahaja.

Firman Allah, Surah al-Israa’ di ayat yang ke 32 bermaksud:
“Dan janganlah kamu menghampiri ZINA, Sesungguhnya ZINA itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (membawa kerosakan)” [al-Israa' 17: 32]


Itulah perbuatan yang keji.
Perbuatan keji yang telah ditutup pintunya oleh Allah melalui pembetulan sosial melalui batas hubungan antara silang jantina, menjaga aurat, memelihara pandangan, dan sudah tentu pembetulan Aqidah, pandangan hidup dan sistem nilai yang mendasari perbuatan manusia.

Zina itu sudah ditutup pintu-pintunya melalui kepatuhan kepada peraturan itu.Namun pintu zina kembali terbuka.Dalam segala kemudahan yang diusahakan untuk manusia
bergaul sesama mereka secara halal, yang HARAM itu juga menjadi pilihan.

ZINA bukan kesudahannya.

ZINA adalah permulaannya.




Tiada ulasan: