Sabtu, 22 Mei 2010

Tiada cadangan laksana syarat lesen perguruan

KUALA LUMPUR 22 Mei - Cadangan agar para guru disyaratkan memiliki lesen perguruan hanyalah salah satu perkara yang dibincangkan dalam pemukiman Kementerian Pelajaran baru-baru ini dan kerajaan tidak bercadang melaksanakannya, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, selepas meneliti perkara itu, kerajaan mendapati cadangan supaya guru memiliki lesen perguruan sama seperti doktor, peguam dan akauntan tidak praktikal untuk dilaksanakan di Malaysia.

"Itu hanya satu perkara yang dibincangkan dalam pemukiman kementerian tetapi ia tak ada apa, cuma pandangan guru-guru besar dan guru-guru yang mahu tekankan kualiti guru yang mengajar.

"Saya sudah teliti perkara itu dan saya berpendapat ia tidak sesuai dan tidak akan laksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi semalam bahawa kementerian itu sedang menimbang untuk mensyaratkan guru memiliki lesen perguruan, bagi memelihara integriti profesion itu serta menjadikan sistem pendidikan negara bertaraf dunia.

Muhyiddin berkata, kementerian itu sudah mempunyai penilaian tersendiri yang digunakan untuk meneliti kedudukan guru-guru yang ada. - Bernama

Kredit to http://www.utusan.com.my

2010 :Lesen berkaitan dengan INTEGRITI rupanya....patutlah gila lesen jadinya, lesen judi berkaitan INTEGRITI jugak ke...apa yang penting bagi guru adalah ini

Tiada ulasan: