Selasa, 8 Februari 2011
Epik - Rabbani
(٨) وَهَلۡ أَتَٮٰكَ حَدِيثُ مُوسَىٰٓ (٩) إِذۡ رَءَا نَارً۬ا فَقَالَ لِأَهۡلِهِ ٱمۡكُثُوٓاْ إِنِّىٓ ءَانَسۡتُ نَارً۬ا لَّعَلِّىٓ ءَاتِيكُم مِّنۡہَا بِقَبَسٍ أَوۡ أَجِدُ عَلَى ٱلنَّارِ هُدً۬ى (١٠) فَلَمَّآ أَتَٮٰهَا نُودِىَ يَـٰمُوسَىٰٓ (١١) إِنِّىٓ أَنَا۟ رَبُّكَ فَٱخۡلَعۡ نَعۡلَيۡكَۖ إِنَّكَ بِٱلۡوَادِ ٱلۡمُقَدَّسِ طُوً۬ى (١٢) وَأَنَا ٱخۡتَرۡتُكَ فَٱسۡتَمِعۡ لِمَا يُوحَىٰٓ (١٣)
(8) Dan sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa? (9) Ketika dia melihat api, lalu berkatalah dia kepada isterinya: Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat api semoga aku dapat membawa kepada kamu satu cucuhan daripadanya atau aku dapat di tempat api itu: Penunjuk jalan. (10) Maka apabila dia sampai ke tempat api itu (kedengaran) dia diseru: Wahai Musa! (11) Sesungguhnya Aku Tuhanmu! Maka bukalah kasutmu, kerana engkau sekarang berada di Wadi Tuwa yang suci. (12) Dan Aku telah memilihmu menjadi Rasul maka dengarlah apa yang akan diwahyukan kepadamu.
Epik - Rabbani
Seperti yang termaktub dalam surah Al-Qasas
Diramal falak teruntuh takhta
Raja Firaun bisa akan diguling golongan hamba
Bani Israel yang dizaliminya
Lalu dititah ajal menemui bayi yang lahir
Terselamat satu nyawa dihanyut ke hilir
Difirman 'Kun Fayakun' ditemui Permaisuri Raja
Diasuh dan dinamakan Musa
Mesir bakal menjulang pewaris gagah dan berani
Takdir menanti tak disedari
Tergerak hatinya
membela hamba tak berdosa
Dah dirasanya tiada berdarah istana...
Dalam usaha tersurat kisah
Terampas nyawa kaum pemerintah
Dan diarahkan Musa dikorbankan
Namun sempat diri dilarikan
Berpayung awan ke kota Madyan...
Disana bertembung anak gadis seorang pengembala
Shafura digelarkan isteri
Sepuluh tahun hidup diperantauan bagai diusir
Terlintas hajat pulang ke Mesir
Tiba di Thur Sina...
Nyalaan api mengundangnya ke lembah suci Thuwa
Diturun wahyunya..
Berbekal dua mukjizat baginda diperintahkan
berdakwah di tanah lahirnya
Berteman saudaranya Harun yang lebih petah lidah
Menghadap Raja berbalas hujah
Sukar diterima... namun doa dikurniakan
Malapetaka melanda... mereka yang kehanyutan...
Merentas laut menempuh gurun
Seluruh umat setia dihimpun
Timbulnya hasrat untuk bermunajat
Diwaris azimat dalam taurat
Sekembalinya umatnya tersesat
yang murtad digesakan bertaubat
Untuk meneruskan perjalanan ke
tanah suci yang dijanjikan
Begitulah kisah dalam Al-...Quran...
Download
Mp3
Ringtone
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan