Ahad, 31 Julai 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan - Nadamurni



Ahlan wa sahlan marhaban
Ahlan wa sahlan Ya ramadhan

Ramadhan menjelang lagi
Membawa rahmat dan maghfirah
Sambutlah ketibaannya
Dengan penuh tanggungjawab
Dengan penuh keinsafan
Dan siap siaga

Rahmat dan maghfirah
Yang mencurah curah ini
Bukan rahmat dan maghfirah
Seperti bulan bulan biasa
Ia datang setahun sekali
Bagi mukmin yang berpuasa
Bagi mukmin yang bertaqwa

Di dalamnya pertemuan hikmah al quran
Dengan mujahadah nafsu dan syaitan
Anugerah Allah... Lailatul qadar
Kebajikan yang dibuat pahala diganda

Sambutlah ramadhan dengan jiwa terbuka
Seperti ketibaan orang yang kita cinta
Dengan ucapan ahlan wa sahlan
Rarhaban ya ramadhan
Hati gembira pintu terbuka
Rahmat Allah yang maha besar


Download
Mp3