Jumaat, 9 Mac 2012

Pemimpin Yang Adil - Nadamurni






Pemimpin Yang Adil - Nadamurni
Pemimpin yang adil sangat dikehendaki
Penyelamat umat dunia dan akhirat
Tiada keadilan umat kan huru hara
Pemimpin menanggung dosa rakyatnya


Pemimpin yg adil orgnya tawaddu’
Boleh duduk sama dgn rakyat-rakyatnya
Kehidupannya tidak jauh beza dgn rakyatnya
Kepentingan rakyat lebih utama


Dia boleh ditegur oleh rakyat-rakyatnya
Kasih sayang teserlah di mukanya
Sombong dan takabur tiada pada dirinya
Rakyat taat dan sayang padanya


Kepentingan rakyat sangat dijaga
Wang rakyat dan negara tidak disalah guna
Rasuah dan kemungkaran sangat dijauhinya
Rakyat diajak mentaati Allah


Pemimpin yang adil mengutamakan akhirat
Mengingatkan rakyat tipu dunia
Akhlak yang mulia pakaian dirinya
Rakyat hormat bukan takut padanya


Pemimpin-pemimpin di akhir zaman
Kebanyakkan pencetus huru hara
Untuk melindungi kesalahan dirinya
Dia tuduh orang melakukannya


Mana nak dicari pemimpin yang begini


Download
Mp3

Tiada ulasan: