Radio Televisyen Malaysia (RTM) membuat keputusan mengharamkan penyiaran lagu Aku Bukan Musuh Harta yang liriknya ditulis bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin.
Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Adilah Shek Omar, berkata lagu nyanyian kumpulan Kopratasa itu tidak diluluskan kerana liriknya tidak sesuai.
"Kita tidak luluskan lagu ini kerana liriknya kasar," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.
Lagu ini adalah satu daripada lapan lagu puisi Dr Asri yang dimuatkan di dalam album Yang Benar Tetap Benar nyanyian Kopratasa dan beberapa penyanyi lain.
Dr Asri yang kini menyambung pembelajarannya di sebuah universiti di Lampeter, United Kingdom, tidak dapat dihubungi.
Difahamkan stesen radio dan televisyen swasta tidak mengambil tindakan yang sama mengharamkan lagu itu.
Antara lain lirik lagu itu menyebut Ya telah kaya para pendusta, syarat mereka lupakan Yang Esa, harta rakyat semua disebat, harta awam semua dibekam, hukum syaitan mereka bertuhan.
Selain daripada menulis lapan lirik lagu itu, Dr Asri turut menyampaikan dua puisi bertajuk Itulah Politik Namanya dan Salah Menduga.
http://www.liriklagumuzik.co.cc
Ini Lagu DIA
Mereka kata :
Mengapa kita tidak kaya raya?
Tengoklah si fulan itu,bermewahan saja..
Aku bertanya : apakah caranya untuk aku kaya?
Tapi.. secara mulia dan tanpa berdusta
Bukan kita tidak tahu
Jalan, denai dan liku
Agar harta ditemu dan disapu
Tapi semuanya cara palsu dan tipu..
Bukan kita tidak mahu,
Tapi kita tidak mampu,
Takut dan terkedu
Mengenangkan Yang Maha Satu
Yang Tiada BagiNya sekutu
Ya, telah kaya para pengkhianat,
Dengan harta yang sarat,
Tapi mereka lupa akhirat,
Balasan yang berat,
Dunia, jiwa bertukar menjadi keparat
Ya, telah kaya para pendusta,
Syarat mereka : lupakan Yang Esa,
Harta rakyat, semua disebat
Harta awam, semua dibekam
Hukum syaitan, mereka bertuhan
Kita pun ingin kaya,
Ada harta, ada kereta yang istimewa,
Ada rumah mewah yang melimpah,
Ada hidangan yang bukan sebarangan,
Ada duit yang bukan sedikit
Tapi, jalannya hendaklah suci,
Bukan seperti seorang pencuri,
Jika ada jalan yang mulia,
Di hujungnya ada harta,
Tunjukkan kita, di mana saja
Kita bukan musuh harta,
Kita cuma musuh pengkhianat bangsa
Dan Negara,
Apatah lagi pengkhianat agama..
NOTA:Di mana kasarnya perkataan yang digunakan, penulis tak jumpa cuma yang ada terlalu berterus terang.Apakah perkataan yang terdapat dalam lirik di atas tidak berlaku dalam kehidupan kita sekarang?. Samalah keadaannya filem yang menayangkan perbuatan polis menerima rasuah,kita tak dibenarkan mengADAkan scene tersebut adakah kerana tiada amalan tersebut atau TAKUT.......
Jumaat, 30 April 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan