Isnin, 2 Ogos 2010
Said Bin Zaid Bin Amru Bin Nufail
Said bin Zaid bin Amru bin Nufail Al Adawi atau sering juga disebut sebagai Abul A'waar lahir di Mekah 22 tahun sebelum Hijrah. Beliau termasuk sepuluh orang yang diberi khabar gembira akan masuk syurga oleh Nabi s.a.w.
"Wahai Allah, jika Engkau mengharamkanku dari agama yang lurus ini, janganlah anakku Sa’id diharamkan pula daripadanya.” (Doa Zaid untuk anaknya Said).
Ayah Said bernama Zaid bin Amru bin Nufail, tidak suka dan tidak pernah mengikuti ajaran jahiliyah. Beliau, yang diberi gelar Hanif, adalah penyelamat bayi perempuan yang ingin di bunuh oleh bapanya pada masa tersebut dan mengambilnya sebagai anak angkat. Beliau juga tak pernah menyekutukan Allah, juga tak pernah menggunakan apa pun sebagai perantaranya dengan Allah. Beliau pernah mempelajari agama Yahudi dan Nasrani, tapi masih juga tak berpuas hati, sampai akhirnya beliau bertemu dengan seorang rahib yang memberitahu bahawa Allah akan mengirimkan seorang Nabi dari kalangan bangsa Arab. Oleh kerana itu beliau memutuskan untuk kembali ke Mekah. Di tengah jalan beliau terbunuh oleh kawanan perompak sehingga tak sempat kembali ke Mekah. Tapi doanya agar Allah tidak menghalangi anaknya masuk Islam sebagaimana beliau terhalang akhirnya terkabul.
Allah memperkenankan doa Zaid. Pada waktu Rasulullah s.a.w mengajak orang ramai untuk masuk Islam, Said segera memenuhi panggilan Islam. Said bin zaid menjadi pelopor orang-orang beriman dengan Allah dan membenarkan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.
Said bin Zaid tidak seorang diri masuk Islam , beliau bersama-sama dengan isterinya, Fathimah binti Khathab, adik perempuan Umar bin Khatthab. Kerana pemuda Quraisy ini masuk Islam, dia disakiti dan dianiaya, serta dipaksa oleh kaumnya agar kembali kepada agama mereka. Tetapi jangankan mereka berhasil mengembalikan Said dan isterinya kepada kepercayaan nenek moyang mereka, bahkan sebaliknya Said dan isterinya berhasil menarik seorang laki-laki Quraisy yang paling berani dan gagah, baik fizikal mahupun intelektualnya masuk ke dalam Islam. Mereka berdualah yang telah menyebabkan Umar bin Khathab masuk Islam.
Said bin zaid pernah hijrah ke Habsyah (Ethiopia), kemudian Madinah, dan Rasulullah s.a.w mempersaudarakan beliau dengan Ubay bin Ka’ab.Rasulullah s.a.w pernah mengutus beliau bersama Thalhah bin Ubaidillah untuk mengintai kafilah Quraisy yang pulang dari berniaga, dan saat keduanya melaksanakan tugas, terjadilah perang Badar yang berakhir dengan kemenangan untuk kaum muslimin, kemudian keduanya pulang dan Rasulullah s.a.w memberikan keduanya bahagian dari harta rampasan perang. Said terkenal dengan keberaniannya dan kegagahannya, dan selalu mangikuti setiap peperangan.
Baliau termasuk seorang yang doanya selalu dikabulkan oleh Allah, diriwayatkan bahawa Arwa binti Uwais telah melakukan kebohongan dengan menuduhnya merampas sebahagian tanah miliknya, kemudian perempuan itu pergi ke Marwan bin Hakam yang waktu itu menjadi sebagai gabenor Madinah, dan mengadukan masalahnya. Maka Marwanpun mengutus seseorang kepada Said untuk berjumpanya, lalu Marwan berkata,"Sesungguhnya wanita ini menuduh engkau telah merampas tanahnya," Said berkata,"Bagaimana mungkin saya menzaliminya sedangkan saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Barangsiapa yang mengambil tanah orang lain walau sejengkal maka nanti di hari kiamat Allah akan memikulkan tujuh lapis bumi kepadanya”. Marwan berkata : “Jadi engkau harus bersumpah”, Said berkata : “Ya Allah jika wanita ini berdusta, maka janganlah engkau matikan dia kecuali matanya lebih dahulu buta, dan menjadikan kuburnya di sumur dan meninggalkan tanah yang diakui itu sebagai miliknya menjadi kuburannya”. Setelah waktu berjalan, mata Arwa menjadi buta dan selalu dipimpin oleh pembantunya, dan pada suatu malam dia bangun dari tidurnya, sedangkan pembantunya belum bangun lalu berjalan dan dirinya terjatuh ke dalam sumur lalu mati dan dijadikan sumur itu sebagai kuburnya.
Said bin Zaid adalah sahabat yang sangat terkenal di kalangan manusia, beliau mencintai mereka dan merekapun mencintainya, dan waktu terjadi fitnah di kalangan umat Islam beliau tidak ikut di dalamnya, beliau sangat tekun dalam ketaatan kepada Allah dan beribadah kepada-Nya hingga akhir hayatnya.
Said bin Zaid meninggal pada umur 73 tahun, 51 tahun sesudah Hijrah di Madinah, Saad bin Abi Waqqash dan Abdullah bin Umar yang menolong masukkan jenazahnya ke dalam liang lahat.
Download
Mp3
Ringtone
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan