Jumaat, 12 Februari 2010

Apa kata mereka?

Bayangkan sekira sekarang negara kita sedang berdepan dengan ancaman "perang". Jet tak dapat terbang kerana tiada enjin....Kapal selam tak dapat menyelam serta rahsia keselamatan negara sudahpun diambil oleh musuh...Adakah kapal selam tersebut tersalah menggunakan enjin jet yang hilang?...Jadi terpaksalah RAKYAT TERBANYAK MENGIKUT CADANGAN HANG NADIM, MENANAM POHON PISANG BANYAK-BANYAK UNTUK DIJADIKAN PERISAI DARI TUSUKAN PELURU....

Banyak cakap sinis mengenai isu-isu ini kebelakangan ini. Cuba kita buka minda dengan menilai penjelasan kedua pihak ini(kerajaan dan pembangkang). Penjelasan dari pihak kerajaan boleh dibaca di sini,Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman mengalami kecacatan pada komponen (Defect High Pressure Air Blowing) yang boleh menjejaskan keselamatan kapal berkenaan jika ia menyelam."Ia boleh selam, tapi tidak diizinkan menyelam. Memandangkan ia masih berada dalam tempoh jaminan, maka kontraktor dan pembekal akan (terlebih dahulu) memperbaiki kecacatan yang berlaku."ujar beliau.

Klik di sini untuk hujah di pihak pembangkang pula Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, selain meyedihkan, ianya juga satu lagi rekod buruk sistem penting negara yang memerlukan siasatan rapi dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar berlakunya keadaan tersebut.“Ini sudah tentu ada kaitan dengan hasil pembelian yang tidak ikut spesifikasi, kita pertikai pihak yang buat perundingan dan pihak yang membeli,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily pagi ini.

Pemerhati bebas politik pula berpendapat isu ini perlukan penjelasan yang lebih tepat dan telus lagi kerana BELUM pun sempat beroperasi kapal selam KD Tunku Abdul Rahman sudah rosak dan tersadai klik di sini. Walaupun rosaknya kecil saja seperti yang dikatakan Panglima Tentera Laut, Abdul Aziz Jaafar tetapi ia dipanggil rosak juga. Tentulah kerosokan kecil itu menyebabkan kapal itu tidak sempurna dan tidak boleh dipakai.

Jangan menghukum tanpa mencari fakta...


Tiada ulasan: