Isnin, 8 Februari 2010

Muzik dan Illuminasi

Terfikirkah kita kenapa sesetengah artis berada di puncak dan kekal di atas sedangkan bakatnya hanya boleh dikatakan sederhana. Kenapa sesetengah artis yang mempunyai bakat yang besar tidak mencapai kejayaan seperti mereka? Jawapannya sesetengah daripada mereka dilahirkan untuk menjadi 'duta' kepada golongan elit dalam bidang seni sahaja dan sesetengah daripada mereka diambil untuk menjadi 'duta' kerana mempunyai ciri-ciri yang sesuai.

Bagaimanakah golongan elit ini menggunakan industri hiburan untuk menjayakan pelan agung mereka? Mari kita berkenalan serba sedikit dengan pelan-pelan golongan ini berkaitan industri hiburan ini.


1. Kebanyakan rancangan mereka yang melibatkan politik dan ekonomi bergerak di sebalik tabir, contohnya melalui Perjumpaan Rahsia Bilderbergh. Tetapi mereka mempunyai alat yang tidak kurang hebatnya, iaitu Hollywood dan Industri Muzik, melalui medium inilah mesej-mesej rahsia mereka dapat disampaikan kepada masyarakat dunia dengan mudah menggunakan 'duta' mereka ini.

2. Mewujudkan idola ikutan seperti The Beatles, Stones, Hendrix, Jim Morrison, *** Pistols, Eminem, Curt Cubain, Black Sabbath, Led Zeppelin dan sebagainya. Inilah yang menjadi punca kerosakan akhlak remaja dulu, kini dan selamanya dengan pelbagai budaya kurang sihat yang diambil dari idola mereka ini. Punk, skinhead, hip hop dan sebagainya adalah dicetus daripada idola mereka ini.

3. Ada juga artis yang betul-betul mempunyai bakat dan menjadi 'duta' secara tidak mereka sedari kerana mereka telah mengikut landasan yang sedia ada yang telah ditinggalkan oleh 'duta' sebelum ini.

4. Artis yang tidak ada kaitan dengan mereka dan mempunyai idea yang tidak sehaluan atau berlawanan selalunya tidak akan dapat menyampaikan idea yang ingin diketengahkan kerana mereka lah yang mengawal industri ini.

5. Ada artis yang hebat seperti John Lennon, Jim Morrison, Kurt Cobain, Jimi Hendrix dan Micheal Jackson yang telah melalui pelbagai program 'Mind Control' seperti MK Ultra, Monarch dan sebagainya bertindak menentang kembali mereka. Dan kesudahannya, pasti kita tahu apa yang terjadi kepada mereka ini.

Di bawah disertakan gambar-gambar 'duta' mereka yang telah berkhidmat untuk mereka secara sedar ataupun tidak. Dan kebanyakannya menggunakan simbol All Seeing Eye di dalam kulit album mereka.

a)Rihanna

Di konsertnya, perhatikan dia berada di dalam piramid.


b)Ratu Kabbalah Hollywood (Madonna)





Sekarang mungkin sudah merebak di negara kita klik sini.

Tiada ulasan: