Selasa, 19 Mei 2009

Masalah penempatan setinggan di tengah kepesatan pembangunan Bandar raya Kota Kinabalu.(bhg. 5)

LANGKAH MENGATASI MASALAH SETINGGAN

Pelbagai usaha telah dan sedang diambil untuk menangani masalah setinggan dinegara ini. Antaranya satu kajian telah dibuat dimana 2 tujuan utamanya telah digariskan seperti berikut:-
•Pembentukan cadangan pelan tindakan dasar, strategi dan garis panduan
berkaitan dengan pengawalan dan penempatan semula setinggan.

•Membangunkan Sistem Maklumat Setinggan Berkomputer (SMS).

Dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8), JPN merangka beberapa Program Perumahan Rakyat (PPR) seperti Program Perumahan Rakyat Bersepadu, Program Perumahan Rakyat Disewa (Dasar Baru), Program Perumahan Rakyat Dimiliki (Dasar Baru) dan Projek Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR). PPR adalah salah satu program kerajaan untuk menempatkan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Sehingga Disember 2006 bilangan unit yang terlibat adalah sebanyak 95,222 unit yang merangkumi 158 projek.

a) PPR Bersepadu
Dilaksanakan mulai Disember 1998 berikutan keputusan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), supaya menyediakan kemudahan perumahan untuk disewa pada harga RM124 sebulan bagi penempatan semula golongan setinggan. Matlamatnya ialah supaya memastikan pencapaian setinggan sifar menjelang tahun 2005. Sehingga Disember 2006 bilangan projek yang dilaksanakan ialah 52 yang melibatkan 53,348 unit.

b)PPR Disewa (Dasar Baru)
Di bawah strategi diberi dan Dasar Baru pelaksanaan PPR oleh kerajaan pada Februari 2002, keutamaan kepada tanah yang disediakan oleh kerajaan Negeri. Kos penyediaan tapak dan pembinaan bangunan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan.Rumah PPR Disewa adalah disewa pada kadar harga RM124 sebulan. Projek yang telah disiapkan akan diserah kepada Kerajaan Negeri bagi urusan pemilikan penyewa dan kerja-kerja penyelenggaraan.

Sasaran utama adalah masyarakat setinggan, namun ianya akan dibuka kepada golongan berpendapatan rendah yang lain setelah matlamat setinggan sifar tercapai. Disasarkan sebanyak 50,000 unit rumah PPR Disewa akan dibina dalam tempoh 5 tahun. Sebanyak 12,426 (14 projek) sedang dilaksanakan oleh JPN.

c)PPR Dimiliki (Dasar Baru)
Program ini menggantikan Program Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) dibawah strategi dan Dasar baru pelaksanaan PPR pada Februari 2002.Kos tanah dan 50% kos infrastruktur akan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan dalam bentuk geran tetapi keutamaan diberi kepada tanah yang disediakan oleh Kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan membayar sepenuhnya kos pembinaan bangunan dan 50% kos infrastruktur daripada Tabung Pusingan PPR Dimiliki.
Harga jualan adalah antara RM25,000 hingga RM35,000 berdasarkan harga tanah dan lokasi projek iaitu di Bandar raya, Bandar besar dan pinggir Bandar, Bandar kecil atau luar Bandar dengan kenaikan tidak melebihi 20% bagi negeri Sabah dan Sarawak. Hasil jualan dimasukkan ke dalam Tabung Pusing PPR Dimiliki untuk membiayai pembinaan Projek-projek akan datang.
Disasarkan pembinaan 40,000 unit PPR Dimiliki dalam tempoh lima tahun. Sebanyak 3,644 unit (25 projek) sehingga Disember 2006 dilaksanakan oleh JPN di Pahang, manakala bakinya dilaksanakan oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd.Sasaran utama adalah golongan berpendapatan rendah yang layak termasuk setinggan yang berdaftar dengan Sistem Pendaftaran Terbuka yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri masing-masing.

PENUTUP
Memandangkan masalah yang timbul disebalik penempatan setinggan di Bandar raya Kota Kinabalu memberi banyak kesan yang buruk kepada Bandar dan penduduk itu sendiri,amat wajar sekiranya kerajaan pusat serta kerajaan negeri mengambil langkah untuk menjalankan pembangunan perumahan kos rendah dan pengurangan kawasan setinggan di Bandar raya Kota Kinabalu.
segala usaha ini memerlukan perancangan dan pemantauan yang lebih sistematik untuk menangani isu dan masalah berkaitan perumahan kos rendah dan setinggan. Ini sekaligus akan dapat membantu Dewan Bandaraya Kota Kinabalu(DBKK) membuat dasar dan polisi pembangunan dalam menangani isu dan permasalahan tersebut. Perancangan dan pembangunan Pogram Perumahan Kos Rendah adalah salah satu pendekatan utama di dalam menempatkan semula kawasan-kawasan setinggan.
Justeru, perancangan di peringkat wilayah akan berfungsi sebagai ‘penasihat’ kepada Pihak DBKK dalam usaha mengatur strategi pembangunan perumahan kos rendah dan seterusnya mengurangkan masalah kewujudan kawasan setinggan khasnya di Bandar raya Kota Kinabalu,Sabah.

Tiada ulasan: