Isnin, 21 Jun 2010

Sejarah Bangsa Yahudi (bab 5)

Zaman Setelah Nabi Musa

Nabi Musa wafat sebelum, menginjakkan kakinya di tanah Kana'an. Adapun nasib Bani Israel sendiri dipimpim oleh Yusya' bin Nuh atau dalam Bible beliau disebut Joshua. Menurut para ahli tafsir, beliaulah yang menemani Nabi Musa dalam surat al Kahfi ayat ke-60 dan 62.

Di bawah kepimpinnan Yusya' bin Nuh ini, Bani Israel mulai menyusun serangan dalam satu pasukan generasi baru setelah empat puluh tahun lamanya mereka terkinja-kinja di padang pasir.

Pada tahun 1190 sebelum Masihi, beliau berjaya menakluk mush dan menduduki kota Jericho. Kemudian mereka menyerang kota Adi, sebelah Ramallah,dan berusaha menaklukan al Quds (yang ketika itu menjadi ibu kota bangsa Yabus). Namun, beliau gagal. Jumlah pasukan yang lebih kecil dari musuh membuat mereka terhalang untuk menguasai semua wilayah di Kana'an (Palestin).

Yusha bin Nuh adalah seorang pahlawan yang gagah berani dan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad nama beliau disebut oleh Rasul sebagai berikut:
"Sesungguhnya matahari belum pernah ditahan bagi manusia kecuali untuk Yusya'di hari-hari pertempurannya merebut kota al Quds."

Sepeninggal Yusya', Yahudi dipimpin oleh sekelompok pemimpin yang dikenal dengan panggilan "Para Hakim", dan zaman mereka ini dikenal dengan nama "Zaman Para Hakim".

Keadaan masyrakat Bani Israel ketika di Palestin kembali mengalami penyelewengan moral serta agama. Dan hal ini lebih teruk dan sulit untuk diperbaiki. Sepuluh perintah Allah dari Nabi Musa dalam Taurat banyak yang diselewengkan.

Memang mereka menguasai tanah Palestin, tetapi kesatuan dan kekuatan mereka lemah akibat dari perbuatan mereka sendiri yang lebih mementingkan nafsu diri sendiri. Di saat itulah banyak kabilah-kabilah badui yang menyerang mereka.

Dalam keadan tersepit, Allah melahirkan di tengah-tengah mereka Para Hakim. Dan kepimpinan mereka ini tidak berdasarkan hak warisan keturunan. Mereka mendapatkan kedudukan ini setelah melalui ujian berat. Dengan adanya ujian ini, lahirlah para pahlawan Bani israel. Kerana itu dalam satu waktu, terdapat saja beberapa Hakim yang maju bersama-sama memerangi musuh-musuh mereka. Dan pemerintahan Para hakim ini berlangsung selama 150 tahun.

Dari sekian Para hakim, yang terkenal adalah:
1. Gideon.
Beliau berusaha menyatukan Bani Israel di bawah kekuasaannya. Namun, watak keras kepala Bani Israel telah menenggelamkan rasa persatuan dan perjuangan mereka. Inilah faktor yang menggagalkan tujuan Gideon.

2. Samson.
Beliau adalah seorang yang keras dan kuat. Banyak peranan yang dilakukannya dalam memerangi bangsa Kannan. Dalam filem Samson and Delillah beliau digambarkan tidak terhormat kerana gara-gara wanita beliau terhina.

3. Samuel.
Beliau adalah seorang pemimpin agama yang kemudian dijadikan Nabi. Beliaulah yang merupakan kisah di mana Thalut menjadi jeneral unutk berperang dengan Jalut dalam surah Al Baqarah ayat ke-246 hingga 251.

Pada masa beliau, Bani Israel dalam masa-masa sukar sebagai sebuah bangsa besar. Mereka ingin kejayaan sebagai sebuah bangsa besar dapat diwujudkan. Ini hanya diraih dengan berperang melawan mush-musuh mereka. Kerana itulah, mereka meminta kepada Nabi Samuel untuk menentukan seorang raja bagi mereka yang dapat memimpin dan berperang melawan musuh-musuh mereka. Selanjutnya, dapat merujuk ke surah al Baqarah ayat ke-246 hingga 251.

4. Deborah.
Beliau adalah seorang wanita yang kuat dan nekad. Beliau mampu mengambil peranan lelaki di dalam pelbagai peperangan. Ia adalah seorang wanita keturunan Ephraem.

Masa Para Hakim ini berlangsung sehingga berdirinya kerajaan Bani Israel. Jumlah mereka sampai lima belas hakim di antara mereka yang telah disebutkan di atas adalah Tashnael, Ahor, Shamago, Yadan, Yefta dan lain-lain.

Para sejarahwan mengatakan bahawa pada zaman Para Hakim, Bani Israel mirip dengan Amerika Syarikat: setiap wilayah satu suku dipimpin oleh beberapa pembesar suku. Suku-suku ini semuanya saling berhubungan dan disatukan oleh satu ikatan.

Jika dibaca Kitab Para Hakim di Bible, Anda akan mendapatkan kesimpulan bahawa masa ini adalah masa terburuk Bani Israel. Kejahatan dan kemungkaran tersebar, patung-patung disembah, orang-orang saleh dibunuh dan perzinaan merebak. Akibat dari penyimpangan akidah dan moral, Bani Israel ditimpa banyak cubaan dan serangan musuh.

Kemuncak dari peristiwa mereka ini disampaikan melalui dialog di surah al Baqarah tadi. Maka Allah memilih Thalut atau Saul sebagai pemimpin perang. Jadilah beliau pemimpin Bani Israel untuk berperang. Dan ini terjadi pada 1025 sebelum Masihi.

Thalut ataus Saul adalah raja pertama Bani Israel. Namun, beliau tidak pernah berada di ibu kota. Hidupnya lebih banyak dihabiskan di medan pertempuran. Musuh-musuhnya tidak pernah memberi kesempatan untuk membentuk identiti sebuah kerajaan.

Peperangan beliau yang termasyhur adalah ketika berhadapan dengan Jalut atau Goliath. Tidak hanya kerana pasukan yang dibawanya yang sedikit melawan pasukan berjumlah besar, tetapi juga munculnya seorang anak muda yang berjaya membunuh Jaluth atau Goliath, Daud yang kemudian juga menjadi raja sekaligus nabi.

Nabi Daud atau David lahir di kota Betlehem. Beliau adalah Daud bin Yussa. Di masa remajanya baginda adalah penggembala kambing, sebuah profesion para nabi dan rasul sebelum di angkat menjadi nabi atau rasul.

Nabi Daud menjadi raja setelah Thalut wafat. Beliau menjadi raja pada tahun 1044 sebelum Masihi hingga 963 sM. Kira-kira 40 tahun masa pemerintahan beliau. Pada tujuh tahun pertama pemerintahannya, el Khalil (Hebron) adalah ibu kota kerajaan. Namun, pada tahun-tahun berikutnya, ibu kota kerajaan dipindahkan ke Yerusalem.

Pada masa pemerintahannya, beliau berjaya menakluk dan mengusir bangsa Yabus dari kota al Quds pada tahun 995 sM. Beliau adalah pendiri kerajaan Islam untuk Bani Israel di Palestin.

Kerajaan Islam? Mungkin kia bertanya demikian. Mengapa disebut kerajaan Islam? semua Nabi dari Nabi Adam hingga Nabi Muhammad membawa satu misi yang sama: Tiada Tuhan selain Allah. Dan ini adalah tauhid. Dan inti dari Islam. Yang membezakan hanyalah syariat. Syariat Nabi Musa dan Nabi Muhammad berbeza, kerana situasi waktu dan tempat serta memang itu adalah ketetapan Allah.

Maka kitapun harus berbangga bahawa pendiri kerajaan dan kejayaan Islam pertama di bumi Palestin adalah Nabi Daud. Ini penting untuk disampaikan. Kerana bumi Allah ini hanya untuk orang muslim untuk diolah sesuai titah pertama: khalifatullah fil ardh.

Ini juga penting disampaikan di sini bahwa nabi Daud adalah beragama islam. Maka jika Geert wilders dalam wawancaranya mengatakan I don't hate moslem but I hate Islam, maka ia telah membenci apa yang dibawa oleh Nabi Musa dan Nabi Daud. Dan kalimat Geert Wilders tersebut pun dalam konteks agar umat Islam mengganti agamanya. Karena yang ia "bakar" adalah lumbung yang bernama Islam sementara isinya tidak dibakar. Padahal bila seseorang tidak ingin terbakar olehnya ia harus keluar dari lumbung tersebut. Ini artinya ia harus keluar dari agama Islam. Sebuah kalimat bersayap agar umat Islam berganti agama atau paling tidak tidak beragama Islam!

Setelah Nabi Daud wafat, penggantinya adalah Nabi Sulaiman. Zaman ini secara umum adalah zaman tenang baik secara politik, sosial dan ekonomi. Hal tersebut disebabkan Nabi Daud telah menghilangkan segala rintangan dan menakluk seluruh kekuatan politik. Dengan demikian, Nabi Sulaiman dapat menumpukan pada pembangunan dan perluasan kerajaan menjadi raja pada tahun 963 hingga wafat pada tahun 923 sM.

Kejayaan kerajaan Islam zaman Nabi Sulaiman ini merupakan hal yang wajar. Di satu sudut kerana masa tenang secara politik juga kerana Nabi Sulaiman memohon agar baginda diberi sebuah kerajaan yang hebat hingga tidak ada lagi Nabi sesudahnya yang diberi anugerah sepertinya. Ertinya, semasa hidup Nabi sesudah Nabi Sulaiman tidak memiliki apa yang dimiliki oleh Nabi Sulaiman. Permintaan baginda terbatas pada nabi bukan umat. Sebab kejayaan umat Islam zaman sesudah Nabi Muhammad lebih besar dan hebat dari kerajaan Islam zaman Nabi Sulaiman.

Dan pada masa ini baginda membangun sebuah masjid yang dikatakan oleh Yahudi sebagai kuil. Istilah kuil lebih dekat kepada agama pagan, sementara masjid lebih dekat istilahnya kepada Islam.

Jika memang Nabi Sulaiman membangun sebuah masjid, tentu masjid tersebut bukanlah tempat menyimpan harta yang banyak. Sebab di zaman sekarang banyak Yahudi yang menduga di bawah runtuhan kuil itu terdapat harta Nabi Sulaiman yang kini berdiri masjid al Aqsa. Sebagai seorang muslim dan Nabi, raja Sulaiman tidaklah mungkin menyimpan harta kekayaannya di kuilnya.

Menurut Sayid Quthub dalam tafsirnya, beliau mengatakan:
"Tidak semua penduduk bumi menjadi tentera Nabi Sulaiman, kerana kerajaannya tidak lebih dari apa yang ada sekarang dikenal dengan Palestin kerana ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Sulaiman hanya untuk Bani Israel dan tanah Palestin sebagai misi warisan dari Nabi Musa dan bukan untuk menguasai seluruh wilayah timur tengah. Kerana itu, dakwah Islam Nabi Sulaiman terbatas pada bangsa Israel. Juga tidak semua jin dan burung ditundukkan bagi Nabi Sulaiman, hanya beberapa kelompok dari mereka."

Demikian pendapat Sayid Quthub.

Sebagai penutup untuk bab ini, Nabi Sulaiman inilah yang menjadi sasaran fitnah Yahudi zionis di masa sekarang sebagai penguasa ilmu sihir dan pelindung syaitan. Fitnah terus berlangsung dengan ilusi tentang kuil yang sejatinya hanyalah sebuah masjid untuk beribadat. Tetapi oleh Yahudi-zionis dijadikan alasan untuk meruntuhkan masjid al Aqsa dan mendirikan kerajaan syaitan berlandaskan ilmu sihir kabbalah.

Hal ini disampaikan oleh Allah dalam surah al Baqarah ayat ke-102 tentang fitnah atas Nabi Sulaiman yang penyembah Iblis dan pelindung syaitan serta memiliki ilmu sihir warisan ilmu sihir kabbalah.

Tiada ulasan: