Rabu, 23 Jun 2010

Sejarah Bangsa Yahudi ( bab 9 )

Lahirnya Talmud, Kitab Hitam Yahudi


Pada masa Cyrus the Great, bangsa Yahudi dibenarkan pulang ke tanah Palestin setelah masa pengasingan mereka di Babylonia. Sama saat ini yang mana gerakan Zionis meminta semua Yahudi kembali ke Palestin tetapi tidak semua Yahudi mahu mengikuti ajakan ini kerana merasa sudah selesa di negeri lain, Yahudi di masa Cyrus pun demikian. Tidak semua bangsa Yahudi mahu kembali ke Palestin apatah lagi mereka telah memiliki rumah dan pekerjaan yang tetap serta kehidupan yang lebih baik.

Melihat hal ini, maka para Rabi yang mempunyai semangat persatuan, mulai gusar kerana bangsa Yahudi yang merata-rata di negeri orang tidak ingin kembali ke tanah Palestin. Maka, mereka membuat satu doktrin yang mana terus dipertahankan hingga ke hari ini dengan jubah Zionis. Doktrin tersebut ialah bangsa Yahudi adalah bangsa pilihan Tuhan dan Palestin adalah tanah yang dijanjikan oleh Tuhan dan tidak ada kejayaan bangsa Yahudi kecuali bersatu di Palestin dengan bernostalgiakan Haikal dan kejayaan kerajaan Nabi Sulaiman.

Untuk "menghalalkan" doktrin ini ia mestilah bertaraf perintah Tuhan, maka para rabi membungkusnya dengan istilah "Taurat tidak tertulis" atau dengan kata lain wahyu Tuhan yang difirmankan kepada Musa tetapi tidak tertulis. Untuk memudahkan, seperti hadits Qudsi. Bezanya, Wahyu ciptaan rabi ini tidak memiliki dasar riwayat dan baru terdengar di zaman Cyrus, tidak di zaman Nabi Musa yang jauh telah wafat sebelumnya.

Untuk menjayakan hal ini, maka para rabi mengajarkannya secara lisan dan terbatas. Dan dipelopori oleh Ezra dan Nehemia yang telah menyusun lebih dahulu Taurat versi baru, maka Ezra dan Nehemia juga mengajarkan "Taurat Lisan" ini. "Taurat Lisan" ini terus diajarkan untuk menyemai dan semarakkan semangat nasionalisme bangsa Yahudi secara turun-temurun.

Persoalannya adalah mengapa sampai perlu para rabi mereka "Taurat Lisan" ini? Jawapan yang mungkin ialah kerana bangsa Yahudi pada saat itu tidak memiliki seseorang yang dapat dijadikan pemimpin semenjak hancurnya dua kerajaan kecil mereka.
Krisis kepimpinan inilah yang ingin dibangunkan oleh rabi. Memang dalam "Taurat Lisan" tersebut ada disebutkan jika tidak patuh apa yang disampaikan oleh rabi maka itu termasuk dosa besar.

"Taurat Lisan" ini diberi nama Talmud,ia menjadi kitab inspirasi zionis hari ini. Mengapa begitu? Sebab dalam Talmud disebutkan bahawa bangsa selain Yahudi adalah binatang dan najis. Sebuah rasisme yang sangat luar biasa dari sebuah bangsa yang terhina oleh dosa mereka sendiri.

Untuk lebih jelas mengenai kitab Talmud disarankan untuk membaca buku karya Prof. DR. Muhammad Abdullah asy-Syarqawi dengan judul "Talmud, Kitab Hitam Yahudi Yang Menggemparkan".

Bagi mendapatkan rujukan terus mengenai Talmud, boleh melayari di www.sacred-texts.com dan juga boleh mendownload isi dari kitab Talmud ini.

Tiada ulasan: