Ahad, 20 Jun 2010

Sejarah Bangsa Yahudi (bab 4)

Masa Pengasingan, Bani Israel dan Ilmu Sihir

Dalam bab sebelumnya, telah disajikan kepada kita penghijrahan Bani Israel. Kini kita akan melihat satu sudut kehidupan Bani Israel dalam pengasingan mereka.

Setelah Bani Israel selamat dari kekejaman Firaun, muncullah sekelompok orang yang menentang Nabi Musa dan Nabi Harun. Kelompok ini dikenali dengan keras kepala dan berlumuran dosa.

Tingkah laku mereka yang bongkak ini nampak ketika Nabi Musa mengajak kaumnya untuk masuk ke Kana’an (Palestin)

Jawapan dari kaumnya dapat kita baca di surah ke-5 ayat ke-22. Intinya adalah Bani Israel ingin masuk ke Kana’an tanpa bersusah payah melawan musuh yang ada di tanah tersebut. Menurut mereka selama ini Allah telah banyak membantu mereka dari kekejaman Firaun, terutama terbelahnya laut Merah. Demikianlah pendapat mereka.


Ucapan yang terlontarkan dari mereka sangat tidak layak.
”Pergilah Engkau dan Tuhanmu dan berperanglah kamu berdua. Sesungguhnya kami hanya duduk menanti saja.”

Demikianlah jawapan dari Bani Israel.
Secara jasmaninya mereka telah merdeka. Tetapi secara jiwa mereka masih tetap budak yang hina.

Mereka hanya menanti kemenangan tanpa perlawanan, dan bermimpi di siang hari bahawa Tuhan akan pasti memberi mereka tanah itu seperti yang dijanjikan. Jadi, untuk apa bersusah payah berperang.

Inilah pemikiran licik dan sekaligus memperlihat sifat mereka yang penakut, tidak memiliki harga diri. Akhirnya, Allah membiarkan mereka selama 40 tahun menjadi pengembara di padang pasir tanpa dapat memasuki tanah Kana’an.

40 tahun ini bermakna Allah akan menghilangkan satu generasi yang berjiwa kecil tadi dan akan menggantikan generasi lain yang bersemangat dan patuh.

Sebelum mereka berjaya masuk ke tanah kana’an, Nabi Musa wafat terlebih dahulu. Namun, banyak kisah di dalam Al Qur’an yang mengkisahkan beberapa kejadian yang terdapat di dalam Al Qur'an.

Kejadian ini berkait hingga ke hari ini. Cerita yang popular adalah penyembahan anak lembu. Penyembahan anak lembu ini terjadi ketika Nabi Musa bertemu dengan Allah selama 40 hari. Selama itu pulalah terjadi penyelewengan di Bani Israel. Anak lembu yang diperbuat dari emas bukanlah ide yang timbul begitu saja dari diri Samiri, tokoh pengasasnya.

Seperti yang kita ketahui, Bani Israel telah lama tinggal di negeri Mesir , sebuah negeri yang penuh dengan dewa-dewa. Hubungan budaya serta agama Mesir dengan Bani Israel telah terjalin lama, dan dari sebahagian Bani Israel inilah yang masih ada yang menyimpan budaya Mesir, iaitu penyembahan terhadap dewa.

Tokoh Samiri sendiri di angkat oleh Allah dalam Al Qur'an bukanlah hanya sekadar nama. Ia lebih kepada memiliki ilmu sihir, sebuah ilmu wajib dipelajari di Mesir, dan belum hilang kepercayaannya terhadap kekuatan dewa yang ia yakini, walaupun mereka telah melihat dengan mata sendiri bagaimana Firaun mati tenggelam dan bagaimana pula ular-ular, sebuah makhluk binatang yang menjadi simbol kekuatan di Mesir, milik para ahli sihir kalah dengan tongkat Nabi Musa. Samiri rupanya masih menyimpan keyakinan pagan.

Sejak ribuan tahun hingga kini, ilmu sihir, ular dan simbol-simbol peradaban Mesir kuno ini masih digunakan oleh Yahudi dalam organisasi rahsianya (FREEMASON). Untuk memahami pergerakan organisasi tersebut kita harus tahu lebih dahulu sejarah panjang Bani Israel ini. Bukan hal yang aneh jika Allah mengangkat kisah Nabi Musa lebih banyak dari pada nabi-nabi yang lain kerana ini terkait dengan zaman hari ini.

Kita sambung semula berkenaan Samiri, Samiri juga tahu kalau bukan hanya dirinya yang masih menyimpan keyakinan pagan Mesir ini. Dia dengan cerdik menggunakan kesempatan emas tanpa kehadiran Nabi Musa. Adapun Nabi Harun, Samiri tahu Nabi Harun tidak setegas Nabi Musa.


Kisah ini dapat kita susuri lebih jauh dalam surah Thoha surat ke-20 ayat ke-85 hingga ke-98. Selepas kepulangan Nabi MUsa, Baginda sangat marah dengan perlakuan Bani Israel akibatya Samiri diusir oleh Nabi Musa. Tidak dijelaskan selanjutnya bagaimana nasib Samiri. Tetapi yang menarik adalah timbul pertanyaan, apakah Samiri diusir diikuti pula oleh sebahagian Bani Israel yang percaya pada apa yang Samiri bawa?

Jika tidak, mengapa budaya bangsa India hari ini sama dengan cerita dalam Al Qur'an, penyembahan anak lembu ini. Perlu diselidiki lebih lanjut oleh para sejarahwan kaitan yang begitu erat antara Mesir kuno dan India hari ini, Kita tahu kalau sungai Nil merupakan sungai suci bagi bangsa Mesirdi India ada sungai Gangga. Hapi dewa sungai Nil begitu juga dengan Gangga, dewi sungai Gangga. Kita tahu kalau lembu adalah dewa bangsa Mesir dan lembu jugaklah binatang suci umat Hindu. Apis, dewa berbentuk lembu bangsa Mesir maka, Nandini lembu tunggangan dewa agama hindu

Kita tahu kalau ular kobra adalah simbol kekuatan bagi Firaun dan tukang sihir di Mesir dan ular kobra pulalah binatang yang begitu dekat dengan budaya India. Apopis, dewa ular bangsa Mesir demikian juga Dewa Siwa, perhatikan ular kobra yang ada di lehernya. Kita juga tahu kalau bangsa Mesir percaya dewa matahari Ra dan Hindu percaya pada dewa Surya. Ra, dewa matahari bangsa Mesir kuno. Surya pula dewa matahari agama Hindu (jika berkesempatan kita akan susuri lagi kisah tersebut dan kaitan tersebut dengan apa yang dipanggil THE LOST TRIBE atau bangsa yang hilang dan kemungkinan teori bangsa yang hilang ini).

Kembali kepada kisah penyembahan lembu. Bangsa Mesir telah lama percaya akan penyembahan lembu dan Samiri menggunakan ilmu sihirnya untuk membuktikan bahawa budaya Mesir kunolah yang menolong mereka dari bencana Firaun. Ini dikatakan olehnya dalam Al Qur'an:
"Inilah Tuhanmu dan Tuhan Musa tetapi Musa telah lupa" (Thoha-88)

Perhatikan kata-kata Samiri: Musa telah lupa. Samiri tahu dahulu Nabi Musa pernah dibesarkan dalam istana Mesir yang penuh dengan ukiran dewa-dewa. Dan Samiri tahu jika Nabi Musa dulu pernah lama tinggal di Mesir dan hidup serta bergaul dengan budaya Mesir. Tentunya Nabi Musa tahu siapa itu Apis, dewa lembu bangsa Mesir. Maka dia mengatakan kalau Nabi Musa lupa. Lupa akan budaya dan dewa Mesir.

Tetapi Samiri juga yang lupa Nabi Musa bukanlah penyembah dewa!. Penyembahan Bani Israel kepada anak lembu hasil ilmu sihir Samiri merupakan bukti bahawa Bani Israel percaya kepada sihir begitu kuat. Mengapa dapat dikatakan demikian? Mereka dengan jelas melihat kekuatan Allah melalui terbelahnya laut Merah tetapi tidak percaya akan kewujudan Allah itu sendiri.

Untuk menghapus keyakinan mereka pada kekuatan lembu ini, maka Allah membuat senario akan terbunuhnya salah seorang Bani Israel. Dan untuk mengetahui siapa pembunuhnya tersebut mereka harus memotong seekor lembu! Tetapi Bani Israel mengajukan pelbagai soalan sebagai keengganan mereka untuk melakukannya.

Keengganan ini ada dua. Pertama untuk menutupi pembunuh dan yang kedua ada yang merasa 'dosa' memotong lembu ynag dulu mereka percayai sebagai binatang suci. Kalaupun lembu itu dipotong, yang mereka tahu adalah ritual ala bangsa Mesir kuno bukan dengan ritual baru ala syariah Nabi Musa.

Tiada ulasan: