Jumaat, 9 Julai 2010

Sejarah bangsa Yahudi (Bab 10 Sambungan)

Sejarah Talmud dan Kaitannya Dengan Zionis

Selain Taurat dan Talmud ada juga kitab lain yang sama pentingnya bagi Yahudi iaitu Zohar. Menurut para rabi Yahudi, kitab ini merupakan Mishnah ketika Nabi Musa berada di gunung Sinai. Baginda tidak mewariskannya kepada Joshua (Jusa’ bin Nuh) atau kepada tetua Bani Israel tetapi kepada Nabi Harun secara langsung. Lalu Nabi Harun mewariskannya kepada Eliyazar sehingga ajaran-ajaran lisan ini dikitabkan dan dinamakan Zohar yang bererti Cahaya. Kitab ini menjelaskan dan syarahan terhadap Taurat.

Di samping itu, ada lagi empat yang lainnya yang tidak termuat dalam kitab Talmud, tetapi para rabi era terakhir menggabungkannya ke dalam Talmud. Empat kitab tersebut adalah:
a. Masikhith Sufisrim, tentang para penulis.
b. Ibihil Rabiti, tentang hukum pandai besi.
c. KalAllah, tentang pesta (perayaan) dan hukum-hukumnya.
d. Masikhith Dirikh Iritis, yang ertinya Petunjuk Hidup, dan kitab ini terbahagi kepada:
1. Rabbah,bahagian utama
2. Zuta, bahagian tengah.


Seperti yang telah disampaikan kepada kita bahawa begitu banyak rabi yang mengarang kitab Talmud dan ini menyebabkan begitu banyak kitab yang disebut sebagai Talmud dan masing-masing memiliki peranan penting bagi Yahudi. Di antara kitab-kitab tersebuat adalah:

Biar, berisi tentang pemberitahuan, penjelasan, dan komentar di atas komentar.

Halakhoth, karya Hil Khoth yang bermaksud hukum-hukum dan usulan-usulan. Kitab ini ditulis oleh beberapa rabi iaitu: Musa ben Maimon (Maimonides), Beshai, Edels, Moses of Kotzen, Kimchi, dan lain-lain lagi. Pada sebahagian besar masalah, kitab ini mengutip dari kitab Maimonides, Hilkoth Akum iaitu makalah berisi berbagai pendapat tentang bintang, planet, dan darjat bangsa-bangsa juga risalah lainnya bernama Hilkhoth Maakhaloth Asavoroth, iaitu makalah tentang makanan haram

Iuchasin atau juga disebut Sepher Iu Chasin iaitu makalah tentang keturunan. Membahas tentang sejarah bangsa Yahudi yang suci dari permulaan dunia sampai tahun 1500 M. Kitab ini diterbitkan di Karaku pada tahun 1580 M.

Jalkut sebuah ulasan biasa dari pelbagai kitab masa lalu disusun oleh Shimeon of Frankfurt. Kandungan kitab ini tidak bersifat formatik tapi hanya bersifat kiasan.

Ked Hakkemach, kitab ini menerangkan tentang tempat-tempat dan kedudukan alam laut sesuai dengan susunan abjad. Penyusunnya adalah Rabi Bishai.

Maagen Abraham, penyusunnya adalah Barizula.

Mizbeach Hazzahabh yang bererti “Penyembelihan Emas”. Penyusunnya adalah Rabi Shilimon ben Rabi Mordecai. Kitab ini dicetak di Basel pada tahun 1602 M.

Machzor, tentang pelbagai solat pada hari hari perayaan besar.

Menorath Hammaor, Kitab yang ditulis berdasarkan Talmud ini memuat ulasan-ulasan majazi dan sejarah terhadap keseluruhan Talmud. Penyusunnya adalah Rabi Ishaq Ayuhab dan dicetak pada tahun 1544 M.

Maine Haieshuah yang bererti sumber-sumber mata air yang setia. Kitab yang disusun oleh Rabi Ishaq Abribanil dan dicetak pada tahun 1551 M. Kitab ini berisi ulasan-ulasan menarik tentang kitab Daniel, seorang Nabi bagi Bani Israel, juga terdapat perdebatan-perdebatan sengit melawan kaum Nasrani.

Mikra Gedolah yang bererti Pertemuan Besar. Sebuah kitab suci berbahasa Ibrani disertai dengan ulasan-ulasan Rabi Solomon Iarachi dan Rabi Ezra.

Maschima Iesshuah yang bermaksud khabar gembira untuk selamat dari dosa. Mengandungi pelbagai keterangan tentang semua nabi. Juga berisi tentang masalah selamat dari dosa pada masa depan. Penyusunnya adalah Rabi Abarbaniel.

Nizzachoni yang bererti kemenangan. Kitab ini mendebat kaum Kristian dan empat Injil pertama dari kitab Perjanjian Baru yang membicarakan tentang kehidupan, kematian, dan kebangkitan Isa Al Masih. Penyusunnya adalah Rabi Libman dan dicetak pada tahun 1559 M.

Sepher Ikkari, berisi pelbagai akidah, dasar atau tentang isi-isi iman. Kitab ini mengandungi serangan keras terhadap agama Kristian.

En Israel, sebuah kitab terkenal yang terdiri dari dua juz. Juz kedua bernama Beth Jacob (keluarga Ya’qub) dan membicarakan tentang sebahagian besar kisah Talmud yang menyenangkan. Dicetak di Venesia pada tahun 1547 M.

Scaare Ohar yang bererti limpahan embun. Sebuah kitab terkenal yang dianggap sebagai kunci membuka kitab Zohar dan kitab-kitab yang serupa. Penyusunnya adalah Rabi Shiphitil Horoyits.

Toldoth Ieschu yang bererti keturunan Yesus. Kitab ini merupakan risalah kecil namun penuh dengan makian dan kutukan, pelbagai dusta dan perselisihan tentang kisah Isa Al Masih.

Demikianlah begitu banyaknya kitab Talmud yang berlainan versinya. Melihat hal ini maka tidaklah menghairankan jika ini menimbulkan permasalahan besar iaitu timbulnya kumpulan yang menerima Talmud dan yang menolaknya. Dalam sejarah Yahudi ada tiga kumpulan utama yang mula timbul semenjak Rabi Ezra memulakan penulisan Taurat dan juga mengajarkan “Taurat Lisan” atau Talmud. Rabi Ezra yang paling bertanggung jawab merosakkan agama tauhid yang dibawa oleh Nabi Musa.

Nabi Ibrahim, Nabi Musa hingga Nabi Muhammad adalah satu akidah dan satu agama iaitu agama Islam kerana inti dari agama ini adalah Tiada Tuhan selain Allah. Dan ketika akidah yang telah dibawa oleh Nabi Musa ini dirosak dari dalam oleh Rabi Ezra dengan menyebutkan agama ini menjadi agama Yahudi dengan berpegangan pada Taurat karya rekaannya dan Talmud dalam bentuk dakwah secara lisan maka agama Islam berpecah pertama kali adalah buah tangan dari para rabi.

Dalam Al Qur’an, Allah menyebut kaum Nabi Musa ini dengan tiga nama yaitu: Bani Israel, Yahudi dan Ahlul Kitab. Masing-masing penyebutan ini dalam Al Qur’an memiliki konteks tersendiri.

Jika Allah menyebut Bani Israel adalah ketika mereka semua masih dalam satu akidah, agama Islam yang belum pecah menjadi firqah atau golongan baru meskipun panggilan ini selalu diikuti oleh kenikmatan-kenikmatan yang Allah berikan kepada mereka agar mereka bersyukur. Dan penyebutan ini melingkupi semua anak keturunan dari Nabi Ya’qub tidak peduli mereka beriman atau tidak. Hanya saja penyebutan ini mengingatkan kepada mereka akan begitu hebatnya nikmat Allah yang telah diberikan kepada mereka agar mereka tetap ingat pada satu jalan: Islam.

Adapun penyebutan Yahudi ini sebagai penyebutan mereka yang telah keluar dari agama Islam yang mereka sendiri tahu bahawa misi Nabi Musa hanyalah ini sebagai mana disebutkan dalam Ten Commandments ayat pertama. Dan ketika mereka patuh pada rabi yang telah membuat kitab suci yang bukannya dari Allah dan tidak mengikuti ajaran murni Nabi Musa maka mereka sendiri disebut beryahudi bukan berislam lagi. Hal ini dilabelkan kepada mereka sebab Islam hanya layak bagi yang memegang teguh ajaran utama: Tiada Tuhan selain Allah. Dan doktrin ini di antaranya adalah tidak menyembah selain kepada Allah semata. Dan sebahagian Bani Israel menyembah kepada para rabinya yang telah terang-terang merekacipta kitab suci. Inilah yang sempat ditanyakan oleh para sahabat bagaimana Bani Israel menyembah kepada para rabi mereka. Jawapan Rasul adalah kerana mereka tahu rabi tersebut mengarang kitab dan dikatakan kitab dari Allah dan juga mereka tahu para rabi berbuat dosa tetapi mereka diam saja dan bahkan patuh begitu saja. Sebagai pengajaran untuk kita bacalah ayat Al Qur’an di At Taubah ayat 31:

“Mereka menjadikan orang-orang alim (Yahudi) dan rahib-rahibnya (Nasrani) sebagai Tuhan selain Allah, dan (juga) Al Masih putra Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Maha Esa; Tidak ada tuhan selain Dia. Maha Suci Dia dari apa yang mereka persekutukan.”

Pada ayat ke-34 surat yang sama (dan juga bacalah artikel sebelum ini akan isi Talmud tentang pemberian harta wajib kepada rabi):
“Wahai orang-orang beriman! Sesungguhnya banyak dari orang-orang alim (Yahudi) dan rahib-rahib (Nasrani) mereka benar-benar memakan harta orang dengan jalan yang batil dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah.”

Dan tentang Taurat serta Talmud yang dikarang oleh para rabi, Allah menyatakannya dalam Al Qur’an di surat Al Baqarah ayat ke-78 dan-79:
“Dan di antara mereka ada yang buta huruf, tidak memahami kitab (Taurat) kecuali hanya berangan-angan dan mereka hanya menduga-duga.”
“Maka celakalah orang-orang yang menulis kitab dengan tangan mereka (sendiri) kemudian berkata;”Ini dari Allah,” (dengan maksud) untuk menjualnya dengan harga murah. Maka celakalah mereka, kerana tulisan mereka, dan celakalah mereka atas apa yang mereka perbuat.”

Agama Yahudi adalah “agama” yang pertama kali menyimpang dari Islam dan inilah sebuah kerosakan besar dari hasil buah tangan Bani Israel. Selain membunuh para nabi merupakan kerosakan yang mereka timbulkan kerana para nabi mengajak mereka ke jalan Islam bukan agama Yahudi, Bani Israel juga adalah pelopor pembuat penambahan dalam agama Islam.

Mereka tidak hanya membuat agama baru iaitu Yahudi tetapi dari agama baru ini pula timbul kumpulan-kumpulan baru lagi yang semuanya jauh dari apa yang disampaikan oleh Nabi Musa. Kumpulan yang ada di dalam agama Yahudi ada 8, tetapi tidak semua Bani Israel mengikuti agama Yahudi ini yang berlandaskan fatwa sesat rabi yang dimulai dari rabi Ezra.

Dari golongan yang tetap mengikuti ajaran murni Nabi Musa ini disebut Essene atau Al Qurraiyin atau Qumrn. Golongan inilah yang berpegang teguh pada kemurnian Taurat hingga datang Nabi Isa dan mereka menjadi pengikut setia beliau. Manakala kumpulan yang terkenal adalah Phareesis (al Farisiyyun) dan Sadduccees (as Shadduqiyyun). Kumpulan Phareesis adalah kumpulan yang menerima Talmud sebagai kitab suci di samping Taurat. Untuk menjamin kesucian Talmud ini mereka menyatakan bahwa kekuasaan tertinggi ada di tangan para rabi. Sedangkan Sadduccees tidak percaya kepada Talmud. Kumpulan ini mengingkari adanya hari kiamat, penghisaban dan hari akhri, baik surga dan neraka. Kumpulan ini tidak condong pada gerakan-gerakan revolusi atau gerakan keras, tetapi lebih condong untuk taat pada hukum yang berlaku selama agama Yahudi itu dihormati. Nabi Isa as memiliki hubungan yang baik dengan mereka, sebab beliau menyerang kumpulan Pharissee yang mana kumpulan ini menerima kekuasaan Kaisar Romawi. Namun, kumpulan Sadducce yang ingkar hari akhir menjadi sebab perpecahan di antara mereka dan akhirnya ada di antara mereka yang menentang keras dakwah Nabi Isa.

Tiada ulasan: