Imbasan
Sejarah ini dimulai dari sebuah kisah Nabi yang menjadi pengikat tiga agama besar di dunia ketika ini iaitu Nabi Ibrahim,Kerana menceritakan mengenai sejarah bangsa ini terasa kurang bila tidak menceritakan terlebih dahulu mengenai Nabi mulia ini.
Kebanyakan sejarawan sepakat bahawa Nabi Ibrahim lahir di kota Ur , Kaldan di bahagian selatan Iraq. Ada sebahagian lagi mengatakan baginda lahir di kota Kutsa, selatan Iraq. Sebagai tempat kelahiran baginda, kota ini juga masih menyimpan bekas-bekas runtuhan dewa-dewa yang baginda hancurkan. Runtuhan ini masih dapat dilihat hingga sekarang dan diberi nama Tel Ibrahim.
Ketika itulah yang memegang kekuasaan adalah raja Namrud bin Kana’an bin Kusyi.
Setelah baginda selamat dari menjadi korban api besar yang dijadikan sebagai“penebusan dosa” untuk para dewa, baginda pun hijrah. Hal ini disebabkan selama ini kaumnya tidak pernah menghiraukan dakwah beliau.
Penghijrahan baginda merupakan kebiasaan para nabi. Pada masa selanjutnya, Nabi Yaakub, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad semuanya pernah berhijrah.
Baginda hijrah ke tanah Syam dan tinggal di Haran, sebelah utara Syam. Tetapi di sini para penduduknya juga tidak menghiraukan dakwah baginda. Bagindapun berhijrah ke tanah Kana’an (Palestin). Di tanah Kan’aan ini baginda menyebarkan tauhid bahawa hanya Allah yang patut disembah.
Ketika tanah Kana’an mengalami musim kemarau. Baginda pun bersama isteri, Sarah menuju Mesir. Ketika itu Mesir sudahpun maju dan makmur di bawah kekuasaan raja (Fir’aun) Sanusart II dan Sanusart III. Wilayah kekuasaan Fir’aun pada saat itu membentang hingga Syam. Ketika berada di Mesir inilah Baginda mendapatkan isteri keduanya yang bernama Hajar, inilah sejarahnya bermula dari kedua rahim isteri nabi Ibrahim inilah dunia ini menjadi sebuah wacana pertempuran tiga ideologi besar, Yahudi Nasrani dan Islam.
Seterusnya, Nabi Ibrahim kembali lagi ke Kan’an (Palestin) dan singgah di Hebron. Di tanah Kana’an ini baginda sempat mengunjungi beberapa tempat seperti Beersheba, Al Quds, el Khali dan tempat lainnya.
Dari isteri kedua baginda, Hajar mendapatkan keturunan Ismail dan dari isteri pertama iaitu Sarah mendapatkan keturunan Ishak, yang kedua-duanya kelak menjadi seorang nabi. Kemudian Nabi Ishak mendapatkan putera bernama Yaakub yang mempunyai nama panggilan Israel.
Nabi Yaakub dilahirkan di Palestin, kira-kira pada tahun 1750 sebelum Masehi. Menurut riwayat beliau hijrah ke tanah Haran. Di tanah baru ini beliau menikah dan dikurnia dua belas putera: Simeon (Samson), Reuben, Levy, Judah, Issachar, Zebulun, Dan, Naphtali, Gad dan Asher. Sedangkan putera terakhir beliau Benyamin, dilahirkan di tanah Kana’an (Palestin), setelah Nabi Yaakub kembali bersama anak-anaknya ke Sa’ir, dekat el Khalil (Hebron).
Yaakub dan keluarganya hijrah pula ke Mesir seperti kejadian yang dialami oleh Nabi Ibrahim. Di Mesir inilah Al Qur’an mengisahkan bagaimana kehidupan Nabi Yusuf dalam surah Yusuf.
Di atas kebaikan Nabi Yusuf inilah anak-anak nabi Yaakub dan semua keturunannya hidup dengan tenang. Inilah babak awal Bani Israel. Sejarah Bani Israel pun bermula dari Mesir. Dan Sejarah besar mula tercatat di tanah ini hingga ke Palestin.
Isnin, 31 Mei 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
slm bro, rajin demo menaip noe..
Wasalam,bak ko taip jah buku duk depe doh....
Catat Ulasan