Isnin, 31 Mei 2010

Unit Amal yang digeruni !


Kisah hebatnya Unit Amal telah mendorong beberapa pemuda dari Dewan Penyokong PAS menganggotainya secara sukarela. Jika di Bukit Gantang, mungkin ada sebahagian menyedari wajah seorang petugas yang hanya mahu dikenali dengan nama Tanga. Beliau beragama Hindu, tetapi sangat mengagumi dan menghargai pengorbanan Unit Amal.

Lalu secara sukarela beliau menyarungkan seragam merah membantu rakan lain ketika berlangsung acara besar parti di sana. Kebetulan baru-baru ini, penulis berkesempatan bertemu dengan beliau, hatinya telah pasrah dan ikhlas untuk bersama Unit Amal. Beliau merupakan penyokong PAS yang tegar. Dicermin depan kereta kecilnya terlekat logo PAS dan TGNA. Itulah kenderaan yang sering ditahan oleh anggota keselamatan universiti setiap kali beliau keluar dan masuk ke fakulti. Tidak sedikit pun berbekas untuk takut atau malu memberi tahu bahawa beliau pencinta PAS dan Pakatan Rakyat.


Dunia mahasiswanya telah berakhir mei lalu. Tesis kajian telah selamat dihantar ke Fakulti. Masa yg luas terbentang ini memberikan beliau kebebasan untuk bersama Unit Amal. Tahniah Tanga. Penulis kagum sama kamu ! Sekagum penulis apabila kamu menjadikan penulis sebagai sebahagian sumber tesis kamu. Tanpa dipinta, sebuah buku yang mengandungi kajian lengkap beliau diberikan kepada penulis sebagai penghargaan.

Tesis kamu mengingatkan pengalaman penulis menyiapkan beberapa kajian ketika di universiti dulu. Cerita lama. Tetapi apa yang mahu digarap pada pagi ini lebih mengarah kepada Unit Amal, yang menjadi cerita yang hebat kamu kepada semua orang. Penulis juga mengkagumi Unit ini. Siapa yang tidak kenal akan Unit Amal.

Mengimbau semula kisah lalu, penulis nukilkan semula tulisan dari sahabat penulis, cenangau di blog beliau tentang pahit getir Unit Amal di bahagian banner di atas. Ada sesuatu yg tersirat akan kata-katanya.

Juga tidak tertulis rasanya di atas kertas jika pengorbanan mereka dinilai, tidak ada bingkisan atau kata-kata yang indah untuk menggambarkan pengorbanan mereka, hanya doa dan harapan dipanjatkan agar pengorbanan mereka mendapat penilaian terbaik di sisi Allah. Kehebatan yang dimiliki oleh anggota unit amal mungkin tidak dapat diakukan oleh kita.

Kita mungkin memandang dengan simpati atau dengan sebelah mata di dalam menilai kerja. Tidak ramai yang sanggup menjadi anggota unit amal. Bahkan ada di kalangan kita malah peringkat pimpinan yang mengeluarkan kata-kata yang tidak sedap didengar yang mana kadang kala mengguris hati mereka yang berkorban dan berjuang. Saya mendengar banyak cerita, rungutan dan pandangan ahli terhadap mereka. Tidak kurang juga cerita sedih, suka dan duka mereka melaksanakan amanah ini.

Penulis sentiasa menyokong penuh Unit Amal dalam apa jua program. Jika di Parit Buntar, bulan lalu kejayaan Unit Amal melengkapkan kejayaan program mereka mencari dana terserlah dengan baik. Pertandingan memancing di Ban Pecah, Tg. Piandang. Itu satu perkara. Mereka terpaksa mencari dana sendiri.

Kita tidak memandang sebelah mata apa yang mereka lakukan kerana kita mungkin tidak dapat menggalasnya dan meakukannya. Kita lebih seronok melakukan sesuatu yang tidak menyusahkan, tidak membebankan atau dipandang elit dan penuh protokol.

Beberapa kisah dari episod pengorbanan mereka amat menyentuh jiwa saya bila mana bertugas, Unit Amal menjadi benteng hadapan dalam setiap majlis dan himpunan besar PAS. Dari menjadi mengawal trafik dan lalu lintas, kawat hormat, mengawal pimpinan sehinggalah berhadapan dengan polis dan pihak berkuasa.

Mereka digeruni musuh hasil dari keikhlasan kerja mereka. Penulis begitu tersentuh dan teruja hati melihat Unit Amal yang bertugas yang kadang kala berbelanja dengan kewangan sendiri. Sesekali duit minyak tidak mencukupi mereka terpaksa membawa tong pungutan derma bagi menampung kos. Kadang-kadang berlaku situasi yang mana ada pihak tertentu menjanjikan bayaran untuk memastikan kelancaran program tetapi memungkiri janji setelah selesai kerja bahkan ada pihak yang menganggap Unit Amal suka meminta-minta.

Kata-kata hanya ada Allah dan Rasul yang keluar dari petugas unit Amal bukanlak retorik atau sengaja diadakan. Keluar bertugas dengan tidak ada wang atau peruntukan yang jelas amatlah dikagumi, meninggalkan bekalan untuk keluarga dengan kadar yang amat minima serta pengorbanan keluarga yang memberi sokongan adalah penyuntik semangat untuk bertugas.

Insyaallah ketulusan serta keikhlasan yang lahir dari nurani mereka akan menjadi contoh yang baik untuk semua pejuang dan menguatkan lagi pengaruh PAS.

(*) Terima kasih kepada Unit Amal, kerana pasukan anda pernah melindungi kami, bloggers Pakatan Rakyat yang diundang bahaya dan ancaman ketika di Bagan Pinang dan ketika Rampasan Kuasa di negeri Perak satu waktu dahulu. Tabik hormat untuk Unit Amal.

kredit to http://politikbanjar.blogspot.com/2010/05/unit-amal-yang-digeruni.html

Tiada ulasan: