Penindasan dan Penghijrahan
Penindasan Firaun ke atas Bani Israel begitu hebat, hingga Al-quran menceritakan," . . .mereka menyiksa kalian dengan seksa yang pedih . . .Pada yang demikian itu ada cubaan yang besar dari Tuhan (Ibrahim: 6)
Penindasan tidak hanya berupa fizikal dengan menjadikan mereka hamba tetapi juga berlanjutan terhadap generasi mereka. Firaun, dalam sejarah yang maasyhur adalah Ramses II, juga memerintahkan untuk membunuh anak lelaki Bani Israel dan para perempuannya dimalukan. Dalam konteks moden, memalukan perempuan bererti dijadikan pelacur atau dijadikan objek lucah dalam bentuk tarian setengah telanjang atau dijadikan pelayan dengan pakaian setengah telanjang. Itu semua dilakukan oleh Firaun.
Setelah lama menjadi hamba, kira-kira hampir 400 tahun lamanya, Bani Israel pun mendapat seorang penolong yang pernah menjadi anak angkat Firaun sendiri, iaitu Musa.
Nama Musa sendiri adalah dari bahasa Kopti tua, gabungan di antara dua kata, Mu dan Sa. Mu artinya air dan Sa artinya pohon. Jadi Musa berarti pohon air.
Baginda dinamakan demikian sebab di waktu bayi baginda dilemparkan oleh ibunya ke sungai Nil dengan diletakkan di dalam sebuah peti kayu, lalu dipungut oleh Permaisuri Firaun.
Setelah berlawan kekuatan antara sihir dan mukjizat Allah di hadapan seluruh rakyat Mesir, Firaun semakin gusar akan kehadiran Nabi Musa di Mesir dengan misinya : Pembebasan Bani israel.
Kegusaran Firaun bukan hanya kekuasaanya tak diendah Nabi Musa sebagai Tuhannya bangsa Mesir, tetapi juga akan tiadanya Bani Israel di tanah Mesir. Apalah ertinya seorang raja tanpa hamba belian yang hina? Tidak ada seorang pun yang jadi raja jika tidak ada yang menjadi hamba.
Prinsip sederhana ini merupakan alasan Firaun untuk tidak melepaskan Bani Israel dari tanah Mesir. Bani Israel dihina tapi juga diperlukan. Bani Israel ditindas tetapi juga berguna atas nama pembangunan.
Sebuah kisah klasik hingga ke zaman moden: suatu bangsa ditindas akan hak-haknya tetapi diperlukan dalam perekonomian atas nama Negara. Kita dapat melihatnya sekarang, kaum buruh dengan upah yang murah tapi tidak dipedulikan hak-haknya. Namun begitu, para buruh tersebut sangat diperlukan untuk menggerakkan roda perekonomian Negara. Menjadi hamba di Negara sendiri? Boleh jadi demikian.
Kembali kepada nasib Bani Israel. Pembangunan piramid dan bangunan besar lainnya di Mesir pastilah memerlukan tenaga yang banyak dan murah. Ini jelas didapatkan daripada tenaga Bani Israel. Sebuah bangsa yang begitu besar populasinya sejak dinasti Hyksos.
Maka Allah mengurus Nabi Musa untuk membebaskan Bani Israel dari perhambaan. Pembebasan Nabi Musa ini meliputi dua perkara. Yang pertama pembebasan secara fizikal dari perhambaan. Yang kedua pembebasan secara spiritual dari hamba hawa nafsu dengan hanya bertauhid kepada Allah. Hanya Allah sajalah yang patut disembah dan dipuja.
Dengan petunjuk Allah, Nabi Musa mulai melakukan gerak kerja politik dengan menggalang kekuatan untuk bersiap sedia penghijrahan besar-besaran keluar daripada Mesir. Tetapi langkah Nabi Musa ini juga dicemuh oleh Bani Israel sendiri. Ibarat, mereka seperti anjing yang tersepit di pagar. Tidak ditolong anjing tersebut kesakitan jika ditolong ia akan menggigit kita.
Bani Israel mengeluh dengan perjuangan Nabi Musa ini dirakam dalam Al Qur’an surah ke-7 ayat 129, ”Mereka (Bani Israel) berkata, ”Telah disakiti kami sebelum engkau datang kepada kami, dan sesudah engkau mendatangi kami. ” Dengan keteguhannya dan dengan optimis berlandaskan iman, Nabi musa menyakinkan Bani Israel bahawa akan membimbing mereka ke tanah yang dijanjikan, Kana’an, Palestin sekarang ini.
Tanah atau bumi yang dijanjikan oleh Allah melalui Nabinya hanyalah untuk hamba-hambaNya saja. Dengan kata lain, hanya bangsa yang beriman kepada Allah, Dengan demikian tanah Palestin adalah tanah yang dijanjikan untuk semua bangsa yang beriman (bertauhid) kepada Allah. Bukan hanya untuk Bani Israel semata!
Untuk mempertegas hal ini silalah buka surah ke-7 ayat ke-128 dan surat ke-21 ayat ke-41.
Berbalik pada kisah Nabi Musa, Nabi Musa membawa misi untuk melepaskan Bani Israel dari penindasan Firaun juga membawa misi lain iaitu dakwah tauhid. Bukan rahsia lagi kalau bangsa Mesir begitu percaya dengan dewa-dewa. Di samping percaya dengan dewa-dewa, mereka juga percaya dengan kekuatan sihir yang menurut mereka adalah bentuk pertolongan dari para dewa.
Hal inilah maka Firaun meminta para ahli sihirnya untuk bertarung dengan kekuatan yang dibawa oleh Nabi Musa. Maka terjadilah pertarungan terbuka antara Nabi Musa dan para ahli sihir tersebut. Bersambung...
Khamis, 3 Jun 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan